Jangan Putus Asa

Assalamualaikum,

Saya hanya ingin share kisah hidup saya d perantauan dari selepas spm hinggalah saya berumur 33 tahun dengan tujuan mmberi semangat kepada adik² yang membaca confession agar sentiasa brsemangat dalam apa jua keadaan sama ada belajar dan bekerja. saya anak seorang nelayan brcita² ingin memperbaiki kehidupan diri dan keluarga.. utk pengetahuan, selepas spm sy menyambung diploma ke sebuah kolej d utara semenanjung. Sebenarnya sy puas pujuk ibu ayah sebab mereka x mampu dengan kos pengajian 16k tapi sy terangkan sy boleh apply mara. Sy graduate dgn pointer 2.48 rendah Kan? Abg sulong sy ada menasihati utk minta nurse sbb kebtulan anak² buah sebelah wife keje sbg nurse tp memikirkan kena bljr semula 3thn sy tolak (Ms tu nak apply msk sng lg xmcm skarang) bg sy xde pkara dlm hidup ni kena buat 2kali, apa jua keadaan sy teruskan sbb family bkn org senang. Selepas grad sy bekerja sebagai sales girl (pembantu jualan tp dlu pggil sales girl) dgn gaji rm700 basic xmsk ot dgn komisyen d area penang. Masa tu kerja seronok sgt sebab dpt pegang duit sndiri dpt bagi mak ayah kat kg rm300, menyewa rm300 trmasuk sewa kereta dgn kwn² msh boleh saving. Dengan saving tu sy berniat nak amik lesen kereta and beli kereta.. 7bln bekeja br betul mampu p amik lesen dan keluarkan kereta kancil 2nd. Pada ms yg sama sy msh mencari kerja yg tetap sbb kwn² dh ad kerja elok, ms tu klu hari jumaat nampak bdk² pejabat/government msk kedai dalam hati seronoknya dpt pakai lawa² tp kita tracksuit bj sport tiap² hari.

Suatu hari sy dpt panggilan interview government pen.pegawai antidadah kebangsaan. Seronoknya berangan-angan keja government  1st time iv menggigil tak terkata dan akhirnya xbrjaya pon iv tu.. masih kerja sales girl ni hampir 1thn stgh dgn x de life p siang balik mlm off day Shari smggu tp tulah sbb memikirkan family kat kg msti harap duit bulanan. Brbekalkan pgalaman sbg sales girls tu sy cuba minta supervisor kat sebuah butik yg brjenama juga dan akhirnya d terima dgn basic rm1300 xtrmsk ot and komisyen.. sepanjang sy bekerja byk pengalaman handle customer, cara brkomunikasi smakin baik mmg seronok ms tu.. dalam ms sy bkerja swasta sy ad jg iv gov… iv pembantu tadbir and iv inspektor polis (zmn sy inspektor guna dip lg) tp xlps pon.. rezeki sy memihak kepada pembantu tadbir. Masa sy iv tu ingat lg org yg iv sy provok boleh ke hidup dgn gj rm830 ni sekarang awk gaji dh byk tp nak keje gov punye psl kan xpa semua boleh tapi rs sesak sebenarnya sbb gaji skit.. byk sebab kenapa sy pilih gov mgkn sy teringin nak kerja pjbt baju kurung liplap hahaha ms tu umur br 23thn dgn frust lg bcinta hahaha sbb pkwe keje pen.pegawai xpndang kt ni keja kedai sj tu jumpa org keja bank msti dia nak yg tu, xpa tu kita dh move on.. sy cuma share kisah hidup sy utk adik² lihat in real xsemua yg kt inginkan kt perlu dpt .. kerja lah mcm² sambil tu cari keja dgn kelayakan kt jangan memilih sgt ingat rezeki Allah tu luas.. next

Selepas setahun sy bekerja sbg PT (pembantu tadbir) , sy apply bljr pjj d usm. ms tu fight dgn 2nd boss sbb xnak bg sy bljr mmg kecewa sgt sbb dh dpt tp nak kena tolak apapon alhamdulillah boss plg ats bg kelulusan mmg muka masam 2nd boss tu slps tu asyik cari salah sy je. Rezeki sy dpt bljr pjj usm wlupon br stahun kerja sbb slps tu keluar pekeliling pjj di benarkan utk mereka yg bkhidmat slps 3 tahun shj.. sy mmg minat bljr dlu slps hbs diploma, sy ad brniat nk smbung degree tp xnak swasta sbb xmmpu dh brhutang, tp ipta plak xlyn pointer sy rendah sgt (sy mmg xbaper cerdik skit emm tapi rajin). Pjj usm ni yuran sy byr guna kwsp akaun dua and utk makluman ms sy pjj yuran usm antara trmurah sbb blajar 4 thn yuran around 5k shj and alhamdulillah kwsp ckup utk menampung. Spjg sy bkerja n bljr byk dugaan sy lalui yg plg sy trkesan bila rakan sekerja ckp xelok ttg kita dgn boss and boleh kwn lain bgtaw yg sy ni bljr² pon ttp pt smpi pencen.. sedih jg sbb suasana kerja jd xseronok dlu ms keje swasta sy xpnh hadapi kwn kerja ad mcmni. Swasta more to teamwork and support each other.. Kali ni sy grad dgn pointer 3.1 alhamdulillah.. kmudian sy bpndah ke negeri lain sbb brkahwin.. sy x tahu pt yg ad degree ni mmg sll akan d perli dgn kwn kerja n boss ats kita. Mmg sy update spa tp mgkn blm ad rezeki utk pggil sy iv.. semasa bekerja bila rajin skit, mula lah suara² sumbang kedengaran.. rajin bakal ptd ni.. lps tu canang dgn sekeliling kita ad degree layak jd ptd.. malu sgt ad satu ms kwn kerja ckp dpn ptd kita.. x lama lg khadijah ni jd mcm puan lh ptd sbb dia ad degree layak.. kami mcmni jela.. ya Allah ptd tu muda dr kt, tnya kenapa xmohon Jwtn yg brkelayakan. sy ckp dh mohon tp mgkn blm ada rezeki.. bgitulah hari ke hari bganti tahun (sy ad p iv imigresen, ptd, kebajikan guna degree sbb yg dip xpnah d pggil mgkn sbb pointer rendah) pun blm ad rezeki dan sy msh tahan telinga dgn sindiran halus kwn kerja.. katanya itulah dia xnak smbung bljr sbb penat je alih² pt juga nnti kup cc je.. sy ad diploma n degree sgt trkesan tp itu x mematahkan semangat utk sntiasa brsaing meningkatkan kerjaya sbb rezeki ada mgkn lambat itu sj ataupon rezeki lain yg kt x tahu.. sy sentiasa positif dgn apa yg sy ada..

8 tahun servis sebagai PT akhirnya sy d terima ke jawatan gred N41 ms ni kwn² mcm trdiam bila sy kata dpt lantikan tetap selepas dpt tahu result, ad jg kawan bunyi masin mulut dok sebut khadijah bakal ptd x jd ptd tetap jd pegawai. Allah sebaik-sebaik penentu.. semasa sy hbs diploma xtpikir utk mnjawat jawatan tinggi tp keinginan sy memperbaiki kehidupan itu ada.. semua itu datang tepat pada waktunya.. kita kena brsabar tp pd masa yg sama jgn brputus asa cari jalan utk tingkatkan prestasi kehidupan.. diploma sy bljr sains komputer tp xbkerja pon dlm bidang it, degree sains masyarakat pon xjd kurator tp rezeki dpt kerja dgn kelayakan kita ada.. mudah-mudahan adik² d luar sana yg mn msh study.. belajar rajin² utk dptkn pointer tggi sbb skarang pointer bawah 3 ssh dh kena pggil iv and nasihat sy jika ada yg lepasan spm dpt score tp mikir utk bljr sbb tkt hbs bljr xdpt kerja.. sy cadangkan cukup 18tahun apply dlm SPA nurse kah, fisioterapi,juruxray, makmal, ik ke sbb jawatan² ni kena bljr 3thn under kkm slps tu kerja xyah pikir nak cr kerja… Dlu sy x berapa taw jawatan² yg sy sebut kcuali nurse.. tp slps sy jd pt sy nasihat anak² buah apply terus spa alhamdulillah ada yg jadi MA, fisioterapi and IK.. Cuba lah tp spm sains, math n english kena score.

Akhir kata yg baik drpd Allah, yg buruk drpd sy.. sy hanya meluahkan bdasarkan kisah hidup sy sndiri.. maaf jika ad slh silap atau terasa.. sy x pandai myusun ayat dan cuba utk cut² tp ttp pjg

Sekian confession pjg merapu dr sy
Khadijah

– Khadijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit