Assalamualaikum.. Memandangkan dalam sebulan dua ini merupakan musim konvo, banyak lah juga posting dan gambar yang melintas di FB dan juga INSTA aku. Teringat pula kenangan zaman belajar dahulu. Izinkan aku untuk share kisah hidup aku yang tak seberapa ini.
Aku Ahmad, 28 tahun dan masih bujang. Buat pengetahuan semua, aku ni dalam akademik boleh tahan sahaja. Waktu UPSR, PMR, SPM boleh tahan sahaja, setengah daripada matapelajaran yang aku ambil ada gred A.
Semasa aku di diploma, aku ambil jurusan Pentadbiran Pejabat, result pun not bad, merasa lah jugak anugerah dekan. Tapi satu kelemahan aku, aku lemah dalam subjek yang melibatkan kira-kira seperti Matematik ataupun Akaun.
Ditakdirkan aku gagal subjek Matematik sebanyak 2 kali sewaktu diploma, nasib baiklah, aku lulus dalam percubaan yang ketiga.
Walaupun, gagal 2 kali tapi pointer aku masih cantik sebab subjek-subjek lain ok. Konvolah aku dengan bangganya, aku juga antara pelajar lelaki yang menyinar dalam fakulti, rupa pun ada, cehhh bangga sikit.
Orang Putih kata “STRUGGLE IS REAL”, hal ini sungguh, aku tak tipu. Masukklah aku degree dalam jurusan Pentadbiran Korporat.
Masa ini bermula struggle aku, main ambil je jurusan ni tanpa buat kajian. Rupa-rupanya, jurusan ini setiap semester pasti ada subjek Law, Account dan juga Taxation, menangis weyy, kalau boleh emoji menangis tu, pasti aku dah letak.
Jadi kesannya, bermula semester 2 sampai habis belajar, pasti setiap semester aku gagal dan repeat subjek. Terpaksalah, extend pengajian sehingga semester 9.
Jumlah subjek yang aku repeat sepanjang pengajian adalah sebanyak 13 kali dan juga 2 kali dismiss daripada universiti. Memang dah niat, untuk berhenti belajar sebab aku tak boleh bawa, tapi doa mak ayah yang buatkan aku habiskan belajar.
Dek kerana extend ni, aku putuskan hubungan aku dengan makwe aku yang bernama Mayra, tiba-tiba putus, Mayra agak kecewa dengan aku sebenarnya.
Walhal selama ini, dialah antara individu yang kuat sokong aku. 2 kali dismiss, 2 kali aku buat rayuan untuk sambung belajar. Mungkin orang akan kata aku tak serius, tapi aku pun dah buat yang terbaik, tapi tak cukup baik agaknya.
Ada orang cakap “Eh Ahmad, ni bukan budak pandai ke, macam mana boleh jadi sampai macam ni”. Tak tahu nak letak muka kat mana. Waktu inilah, fasa-fasa depression aku bermula. Tidur tak lena, selera makan kurang, suicidal thought, hubungan dengan manusia out dan macam2 lagi.
Akhirnya, pada semester ke 9, tamatlah pengajian aku, berjaya juga habiskan. Aku tak pergi konvokesyen, cukup sekadar Universiti poskan sijil tamat pengajian.
Habis pengajian, struggle juga cari kerja, merata minta tapi masih tiada apa-apa berita. Jadi, aku pergi kerja cuci pinggan kat kantin sekolah.
Akhirnya dapat juga kerja di satu kilang, kerja yang tak berkaitan dengan apa yang aku belajar. Dah 3 tahun aku di sini, gaji pun boleh tahan dan setimpal dengan sijil ijazah yang ada.
Sepanjang aku di sini, adalah gadis yang nak rapat, tapi memandangkan kesihatan mak aku tak mengizinkan, aku tak berminat untuk ada komitmen berpasangan. Mayra pula sambung master, tahun lepas ada contact aku, masih sayang katanya. Entahlah. Tengoklah kalau ada jodoh.
Kepada adik-adik yang sedang struggle belajar atau tengah cari kerja, jangan putus asa ya. Tengok abang ni, repeat paper banyak kali campur dismiss tapi masih tak putus asa. Kuncinya jangan putus asa sahaja. Keraskan hati, pasakkan niat, banyakkan berdoa dan hormatlah ibu bapa, pasti ada kejayaannya nanti.
Sekian, cerita daripada seorang lelaki yang hampir putus asa.
“Air keruh yang diaduk hanya akan menjadi semakin keruh. Bersabar, perlahan kotoran akan menjadi endapan di dasar air.” – Rudie Habibie
– Ahmad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit