Assalamualaikum semua..
Terima kasih admin sekiranya sudi menyiarkan confession sy.
Bermulalah cerita..
Nama aku Syuhadah. Umur aku 27 tahun, habis shj belajar di universiti, aku terus bekerja di sebuah retail yang besar…. Nama tunang aku Hamdan berumur 33 tahun. Kami sebelum ni bekerja di bawah satu syarikat yg sama dan masing-masing berusaha mencari rezeki untuk berkahwin.
Ketika aku berumur 27 tahun, aku dikurniakan rezeki menjadi Manager Division, Alhamdulillah. Bila gaji pun naik, tanggungjawab of courselah naik. Aku dan Hamdan masing-masing sibuk bekerja kumpul duit untuk majlis kami. Disebabkan diusia yang tersangat muda dan berkerja di dalam team yang sangat besar, sudah tentulah ada suara-suara sumbang. Tak puas hati lah itulah inilah.
Sebelum aku dipindahkan ke cawangan baru, dah pun terdapat ura-ura yang bercakap, aku ni anak sedara big boss lah, aku ni anak syg HQ lah, dan bermacam-macam lagi. Tp disebabkan gossip2 mcm inilah buatkan aku tak suka untuk berjalan seiringan dengan big boss aku. Lunch hour or rounding floor, memang aku sebolehnya elak dan jauhkan diri drpd terus disalah anggap staff2 di situ.
Bila umur muda, nak handle staff2 senior dah tentulah susah! Kau kena bermain dengan emosi, kena pandai ambil hati staff so that diorang boleh bagi kerjasama dan paling penting, even though dia cuma staff biasa, respect as an elder person mesti kena ada. Remember, respect is to be earned, not given.
Tapi… sebaik mana pun kau cuba untuk berbaik2 dengan semua orang, dah tentulah ada yang tetap tak puas hati.
Aku dan tunang aku boleh dikata berjumpa sehari 2 jam shj walaupun aku dan dia dibawah satu bangunan yang sama, syarikat yg sama. Selepas waktu bekerja, dia akan buat part time! Waktu cuti pun dia part time. So memang kami tiada masa bercinta seperti orang lain. Takpe, kuatkan semangat nak kahwin. Halalkan hubungan.
Disebabkan aku yang sangat lantang bersuara kalau terdapat any hanky-panky, manager2 Division lain jadi tak senang dengan aku. Jadi aku dan tunang aku dituduh tanpa sebarang bukti bagi satu kesalahan yg paling tidak munasabah. Disebabkan big boss aku pun dah termakan kata manager2 yg tak berapa sekepala dengan aku, maka aku pun disoal siasatlah sehingga aku menjadi bengang untuk kesalahan yang aku rasa tak masuk akal untuk disabitkan salah! Keputusan drastik aku untuk resign membuatkan semua staff dan kawan2 aku termasuklah boss-boss di HQ sangat2 terkejut. Senang cerita, politik kotorlah membuat aku resign.
Dan, of courselah tunang aku pun resign sama. Tapi, aku tak tinggalkan dengan senyap. Aku tinggalkan ‘hadiah’ kepada diorang. Setiap perbuatan busuk diorang yg aku sempat tangkap bukti, aku hantar kepada pihak atasan. Hahaha. Menggelabah jugaklah diorang, sebulan termenung, disoal siasat atas setiap kesalahan diorang buat. Tapi, kuasa hitam terus berjalan.. diorang jadikan org2 bawahan jadi kambing hitam. Maka mereka terlepas dan org bawahan jd mangsa, maka dipecat. Sungguh jahat. Nak buat macam mana.. big boss pun lagi percaya diorang… tapi, dengan aduan aku itu mereka pun dikenakan tindakan oleh pihak atasan sendiri. Hohoho.
So, berbalik kpd cerita aku dan Hamdan. Kami berusaha sana sini mencari kerja. Alhamdulillah, kawan-kawan aku banyak membantu aku cari lubang2 pekerjaan. Dan Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dalam tempoh 2 minggu lepas aku menganggur, aku ditawarkan jawatan Manager, dan gaji aku increase 20% daripada gaji lama dan Hamdan? Alhamdulillah… syukur kpd Allah dia pun dimurahkan rezeki menjadi Manager dengan gaji yang 3 kali ganda dengan gaji sebelum dan hidup kami berubah 360 darjah drpd sebelum ini. Alhamdulillah… mudahlah kami mengumpul duit kahwin. Tak perlulah Hamdan membuat 2 kerja lagi..
Moralnya di sini.. semua yang berlaku memang ada hikmahnya… kami ikhlas bekerja, bila dianiaya orang, Allah murahkan rezeki kami berlipat kali ganda. Dan yang paling penting sabar! Bila dianiaya ingat, jangan sesekali pun kata, ‘takpe x kene dia balik anak beranak dia ada’. No. Ingat, yang buat jahat tu individu itu sendiri bukan anak beranak dia. Memang aku susah untuk maafkan, nama aku menjadi busuk tapi aku bersyukur Allah sebenarnya nak beri rezeki lebih baik. Yang paling penting, betulkan niat bekerja, minta keberkatan rezeki kepada Allah, solat jangan tinggal dan berbakti kepada keluarga. Waktu kusut memang susah, berendam air mata dan selalu mengadu kepada Allah, kenapa aku diuji. Aku lupa rezeki tu pinjaman Allah. Tapi dengan dorongan keluarga, kawan-kawan, kami berdua tabah hadapi sehingga mengubah hidup kami. Insha Allah, kami akan percepatkan majlis kami. Semoga cerita yg aku share ni menjadi pedoman dan pengajaran bagi semua pembaca yang mengalami nasib yang sama seperti kami. Politik kotor, dianiaya, difitnah, dicaci… takpa.. Yang Maha Adil itu ada.
*what you give, you get back.
“Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan kilat. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. “
– Syuhada
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit