Namaku Heran. Seperti tajuk di atas, aku just nak bagi soft reminder pada kita semua, mana lah tau kot ada pengajaran yang korang boleh ambil, korang ambil lah. Mana-mana yang terasa tu aku minta maaflah awal-awal.
Ada pun kita ni tak semuanya ada pengetahuan kewangan, so part ni kita semua boleh belajar.
Sebagai seorang isteri, ambil tahulah kewangan suami, berapa gaji dia, berapa potongan dalam slip gaji, berapa hutang luar. Sebagai suami pulak, declare lah berapa gaji, komitment bulan-bulan.
Jangan berahsia dengan isteri. Sebenarnya isteri-isteri ni ramai saja yang pandai tolong urus kewangan. Jangan pikir isteri nak bolot semua duit gaji kau tu.
Yang isteri paling risau kalau kau tak ada cukup duit untuk keperluan asas anak-anak tau. Anak-anak di fikirnya dulu, bukan diri sendiri.
Selama ni aku perati saja ada di antara orang keliling aku ni, macam tak synchronised suami isteri.
Yang suami dok pinjam duit keliling, yang isteri dok update beli itu ini (yang bukan keperluan) kt socmed. Aku syak suami dia tak bagi tahu kat isteri dia yang dia dah pinjam orang sana sini.
Selalunya isterinya akan update beli itu ini selepas si suami meminjam duit dari someone. Pattern tu macam dah boleh baca tau sebab selalu sangat. Oh, si bini suri rumah tanpa side income.
Bagus lah jadi rumah, cuma lagi bagus kalau suri rumah take part dalam kewangan suami. Tak semestinya mesti kena ada side income, take part dalam perancangan kewangan, rasionalkan pembelian pun dah okay sebenarnya.
Macam mana aku tahu si suami meminjam sana sini? Orang yang di pinjam ni masing-masing akan bertanya sesama sendiri lah samada si suami tu ada pinjam ke tidak. Sebab benda ni dah jadi macam rutin.
Orang-orang yang bagi pinjam ni semua baik-baik, bagi saja pinjam kalau ada duit lebih (kalau tak ada, tak ada lah).
Tak banyak pun selalunya, dalam 2-3 ratus saja. Alhamdulillah. Dia bayar balik.
Pernah juga dia nak pinjam amaun yang agak banyak , tapi tak dapatlah sebab kebetulan orang yang nak di pinjam tu pun baru lepas menyelesaikan kecemasan keluarga. Tapi orang tu bagi jugak lah sikit.
Janji nak bayar ansur-ansur. Ye lah, kalau orang tengah terdesak, dan kita ada duit, apa salahnya kita bagi pinjam (small amount yang boleh kira sedekah kalau tak mampu bayar).
Kat sini aku bukan nak cakap pasal hutang wajib bayar roh tergantung apa semua tu. Tapi cuma, usahakan diri sendiri untuk disiplin diri, tahan godaan, jangan ikut gaya orang supaya tak jatuh dalam perangkap kewangan banyak kali.
Cumanya, jangan lah lepas kau meminjam, isteri kau update beli itu ini say “thanks hubby bla bla bla”. Isteri, suaikan pembelian/perbelanjaan dengan kewangan suami (jika isteri tiada pendapatan sendiri). Jika isteri bekerja, tu bab lain dah.
Secara logik, kalau isteri tahu yang suami meminjam sana sini, segan kot nak tayang kat socmed tu. Sebab itu lah suami isteri kena synchronised bab kewangan ni.
Tak jatuh pun maruah suami kalau kau bagi tahu kat isteri yang kau tak cukup duit bulan sekian-sekian.
Faham nafkah duit bini tu penting, tapi kalau dah betul-betul tak ada, memadai lah nafkah tempat tinggal & makanan.
Bukan setiap bulan kami isteri-isteri ni nak shopping itu ini. Rasa tercekik tengkuk tau kalau nak shopping itu ini, tapi tahu yang suami tengah tak ada duit.
Ahh sudah, cukup ke duit susu pampers anak bulan ni. Kami tak kejam. Silap-silap kami isteri-isteri offer lagi nak tolong. Kalau isteri boleh usaha, dia akan cuba.
Cuma jangan lah kau kata kau tak ada duit, tetiba kau pegi belanja kawan makan kari kambing 40 hari konvoi motosikal tinggal isteri.
Memang mencari masalah namanya tu.
Si isteri pulak, kalau macam pelik suami tetiba banyak duit, atau tetiba tak ada duit, siasatlah sikit. Cek slip gajinya, mintak dia present terus, then korang rancanglah belanjawan korang untuk bulan tu. Set target. Simpan lah walau RM50 sebulan.
Lagi banyak lagi bagus, buat direct debit lagi senang. ASB, TH, semua boleh transfer online. Kemudian, rasional kan pembelian. Ini sangat penting. Macam mana nak rasionalkan pembelian? Bezakan keperluan dengan kehendak.
Yang ini pun ramai yang susah nak ikut. Yang mana bukan keperluan, ketepi kan dulu. Bukan tak boleh dahulukan kehendak, tapi berpada lah. Ada duit lebih (duit sendiri), silakan beli.
Jangan hanyut dengan socmed. Kalau zaman dulu, bila orang keliling sibuk dan tahu hal peribadi kita, kita rasa orang tu annoying & busybody.
Tapi zaman socmed ni, kita yang busy the body nak bagi tahu semua orang apa yang kita ada. Bukan tak boleh, tapi berpada-padalah.
Korang follow lah orang-orang yang suka bagi nasihat kewangan kt fb ni. Berlambak. Contoh, Tuan Azizul Azli Ahmad dan lain-lain. Yang mana nasihat yang korang boleh ambil, korang pakai lah, yang mana tak boleh, pejam mata saja lah dulu.
Follow sikit-sikit, yang penting progress tu ada ke arah celik kewangan. Tak ada orang lahir-lahir terus pandai kira duit, semua kena ada kesedaran & kemahuan untuk celikkan mata hati bab kewangan.
Boleh lah lepas ni isteri-isteri tanya suami soalan “awak ada duit lagi ke untuk bulan ni? @ awak ada pinjam siapa-siapa ke bulan ni?”.
Bukan nak cari gaduh, tapi cari jalan supaya kita boleh bersusah senang sama-sama. Rumahtangga kan perkongsian. Hadaplah sama-sama.
Yang benar,
– Miss Heran (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit