Jangan Remehkan Pendidikan

Salam semua. Nama aku Aqilah. Aku nak bagi teguran sikit kepada orang di luar sana yang suka meremehkan isu pendidikan.

Baru-baru ni result SPM keluar kan? Perasan tak betapa ramainya orang kata takpe result tak okay.

“Ala.. gagal SPM tak semestinya gagal dalam hidup”

Ya, tapi tak semestinya kau akan berjaya dalam hidup. Kalau Bahasa Melayu pun gagal, dengan bangganya tayang result berderet “G” di Tiktok kau rasa budak begini akan berjaya dalam kehidupan ke?

Kau rasa dia akan berdisiplin bila kerja? Kau rasa dia ada sifat yang baik? Pernah jumpa tak budak yang sudahlah tak cerdik, biadap pulak tu?

“Anak yang gagal SPM tu la akan bela mak ayah dia dihari tua nanti”

Amboi.. yakin ya kamu? Habis, anak yang berjaya ni kau rasa dia akan biarkan mak ayah dia merempat bila dia berjaya?

Kalau si gagal SPM tu kerjanya merempit, hamilkan anak luar nikah, kerja pun tidak. Kau rasa dia mahu bela mak ayah?

Masa tinggal sebumbung dengan mak ayah pun tak mahu dengar nasihat untuk belajar/pergi sekolah. Kau rasa dia mahu ambil tanggungjawab menjaga mak ayah?

“Saya dulu macam ni jugak tapi sekarang saya mampu berjaya setanding kawan yang straight A dulu”

Yelah bang. Kau pun menulis guna akaun palsu, ada hati nak bercerita secara jujur. Kalau betul cerita la kejayaan kau tu.

Isunya disini, korang faham tak betapa merisaukan statistik SPM haritu?

Kau jangan pandang la berapa ramai yang straight A. Yang tu kita boleh la cakap graf rendah ke apa ke. Tapi tengoklah pada perincian yang lain:

10,160 murid tak hadir

33,915 tak dapat sijil (sama ada tak hadir atau tak lulus BM/Sejarah)

23,775 tak lulus BM/Sejarah

9306 gagal Bahasa Melayu

41,403 gagal Bahasa Inggeris

20,868 gagal Sejarah

85,706 gagal Matematik

25,174 gagal Sains

Apakah ini tidak merisaukan? Mak bapak kepada 10 ribu orang yang tidak hadir tu, apa alasan kamu?? Yang gagal BM sampai 9 ribu orang.

Adakah kita masih rasa takpelah, dah memang rezeki anak aku tak berapa cerdik, nak buat macam mana?

Tu belum lagi gagal Sejarah. Alasannya tak minat. Dan mak bapak pun kata apa nak buat, dah dia tak minat. Mudah ya kau jadi mak bapak.

Aku tak faham, kenapa mak bapak zaman sekarang rasa takpe anak tak pandai. Lepastu asyik salahkan cikgu, salahkan taraf ekonomi. Asyik mengeluh jadi B40. Semua benda salahkan B40.

Aku nak tanya la mak bapak yang bagi alasan B40 ni. Korang nak ke anak korang sama je hidup susah macam korang?

Korang tak rasa ke ilmu akan buatkan anak korang lebih baik masa depannya? Korang rasa orang yang berjaya sekarang ni semuanya lahir dari keluarga raja dan hartawan ke?

Tahu tak betapa ramainya golongan professional sekarang ni datangnya dari kampung yang pernah hidup susah?

Aku ni dulu nak hadiri temuduga biasiswa ke luar negara pun takde duit nak beli tiket bas ke KL. Jenuh arwah bapak meminjam duit. Tu baru nak beli tiket bas.

Belum nak beli barang masa dapat tau akan ke luar negara. Sampai ketua kampung aku pun kena tolong bapak pinjamkan duit. Punya la susah. Baju pun cikgu sekolah aku bagi derma baju terpakai.

Tapi arwah bapak dan mak aku cakap “takpe kak, demi pelajaran, jual buah pinggang pun bapak sanggup. Asalkan kakak boleh capai cita-cita kakak”

Sebagai mak bapak, ubahlah diri kita dahulu. Hormati ilmu, hormati guru. Kita mahu anak belajar, tapi kita pun asyik hanyut dengan konten lucah, konten make up, konten lawak bodoh. Sibuk dengan rumahtangga artis.

Pada siapa anak nak jadikan role model? Kita mahu anak kita hormati cikgu tapi bila cikgu beri teguran kita melenting.

Cikgu bagi tugasan pada anak, kita yang siapkan. Anak hilangkan barang, cikgu pulak disalahkan. Result anak teruk pun pergi serang cikgu kenapa anak gagal. Siap salahkan cikgu tak pandai mengajar.

Bagi aku, kalau dah berusaha bersungguh-sungguh tapi keputusan tidak seperti yang diharapkan, barulah boleh kata tak mengapa. Bolehlah kita kata takde rezeki.

Tapi kalau keputusan anak berderet G tetapi masih berlapang dada, maka kamu sebagai mak bapak lah puncanya.

– Aqilah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. absolutely! mak saya sanggup berniaga macam orang asing bawa kain macam pakistan jual karpet tu semata mata nak sekolahkan saya. Alhamdulillah sekarang gaji saya lagi tinggi dari kawan2 yang lain walaupun jawatan sama dekat company sama hanya sebab saya ada sijil lagi tinggi.

  2. Well said. Org dulu2 gagal spm tp berjaya bkm sebab dorg sengaja gagalkan spm. Tp sebab byk kekangan dan dorg rajin berusaha. Masalah bdk2 skrg ni, exam pom xdtg dan sengaja xjawab exam. Nampak dah situ MALAS. Pastu sikit2 nak jd influencer. Ko rasa boleh berjaya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *