Assalamualaikum…aku harap admin siarkan kisah ni sebab aku nak suruh org baca, at least dapat bagi pengajaran sikit dlm hidup ni. Aku bukan nak aibkan diri aku…dlm hadis pun ada ditegah pasal org yg mengaibkan diri sendiri..apatah lagi nak aibkan orang..memang sangat2 dilarang. Tapi cerita aku more to pengajaran..huhu..
Kita ni hidup sebagai manusia… bohonglah kalau kata tak pernah rasa riak walaupun sedikit dlm hati kita ni. Mesti ada kan?
Aku sedih, sebab aku rasa sepanjang hidup aku, sepanjang Allah bagi aku nafas kat muka bumi ni, aku rasa aku riak. :( . Sedangakan riak tu syirik, dan orang yang berbuat syirik tak kan masuk syurga :(
Aku wanita bertudung labuh. Dan berpurdah. Dan aku berubah dengan hidayah Allah bagi melalui kawan aku yang tak pakai tudung labuh, tak berhandsock dan tak berstokin. Dia ubah aku. Aku bukan nak cakap buruk pasal orang-orang yang pakai macam aku. Cuma apa yang aku nak cakap kat sini, once kau dah pakai tudung labuh tolong jangan rasa diri mulia sangat. Kalau kau berubah dengan penuh kebanggaan dan pandang hina dekat orang lain, sebenarnya kau sangat hina dan sangat2 hina dr org yg kau pandang hina tu.
Macam aku. Dulu masa kecik2, time sekolah rendah..mungkin waktu tu akal tak cukup lagi..aku tak tau kenapa aku rasa marah bila nampak ada keluarga alim2 lalu depan aku, or duduk dekat kedai makan. Aku rasa marah bila kawan2 aku tanya pasal agama dekat kawan yg lain sedangkan aku ada dekat situ. Aku tak tau pasal riak waktu tu. Dah besar macamni, bila aku teringat balik pasal tu, aku sedih sangat. Aku rasa aku ada perasaan marah tu mungkin sebab aku riak.
Keluarga aku nak kata alim, xde lah alim sangat cuma okay2 je lah. Mak bapak aku Alhamdulillah cukup bagi didikan agama kat kami adik beradik. Bapak aku pun ajar mengaji. Kira orang tau siapa kami.
Naik sekolah menengah aku belum pakai tudung labuh lagi. Pakai tudung biasa je. Aku amal apa yang Islam ajar cuma aku rasa aku banyak main2. And kalau aku pandang budak2 yang macam tak jaga pergaulan sangat, aku akan pandang rendah dekat dorang. And aku nak kawan dengan orang2 yang tinggi ilmu agama je. Apatah lagi dekat orang yang tak pakai tudung..lagi lah lain macam aku pandang dorang.
Masuk tingakatan 6 aku takde kawan sangat sebab kawan2 aku banyak yang masuk matrix, sambung asasi dan macam2 lah. So masa tu aku mula lah nak kenal Islam sikit2. Maksud aku, kenal Islam dengan lebih mendalam. Dan aku lebih mengenal Islam lepas aku sambung belajar kat salah sebuah universiti di negeri S. Hahaha. Cer teka. Aku kena macam2 masa belajar tu. Dugaan sepanjang belajar. Pernah, aku rasa nak bunuh diri sebab aku tak tahan. Bukan tak tahan dengan belajar…tak tahan dengan perangai orang. Malas lah nak cerita. Tapi serius aku stress sangat2.. Aku tak sangka, dekat Uni aku akan jumpa perangai orang yang lebih teruk dari sekolah. Heran aku. Kata sekolah tinggi. Kenapa pemikiran macam bo****. Hish. Tapi lama2 aku fikir, mungkin tu ujian untuk aku.
Macam aku kata tadi, aku suka pandang rendah dekat orang2 yang tak tutup aurat sangat dan tak jaga pergaulan. Tiba2 suatu hari, aku ditimpa ujian yang aku sendiri tak tau macammana nak tanggung. Aku stress sangat3.. Dan tiba2 orang2 yang aku pandang rendah tu, yang ambik berat pasal aku. Orang2 yang aku pandang tinggi, entah mana pergi dorang masa aku susah.
Dan itu permulaan aku berkawan dengan sorang budak ni. Dia tak pakai macam aku. Dia pakai tudung biasa2 je. Dia suka pakai shawl tapi aku malas nak cakap kalau dia pakai tudung bawal sebenarnya lebih cantik. Hehe. Dia tak pakai handsock, tak pakai stokin. Tapi aku tak tau kenapa aku nak berkawan rapat dekat dia sedangkan aku tak suka sangat nak kawan dengan ‘orang2 macam dia’.
Bila aku dengan dia aku rasa tenang. Dia pun selalu mintak aku ajar dia macam2 pasal agama. Dan mungkin sebab tu kot aku rasa selesa kawan dengan dia. Dia tak seperti yang aku sangka. Sebenarnya dia lagi banyak tau pasal agama daripada aku yg perasan bagus ni. Bila dia cerita2 dengan aku pasal dia, serius aku rasa insaf beb. Dan aku malu dengan diri aku yang bertudung labuh ni. Dia tak pernah cerita buruk pasal orang dan bila aku macam tercerita pasal orang, dia tak nak layan sangat and dia selalunya akan ubah topik terus.
Suatu hari, dia tanya aku satu soalan yang buatkan aku menangis. Dia tanya, macammana dia nak tebus kesalahan dia pada orang yang dah tak ada? Takut dia ada bercakap buruk pasal orang tu, buruk sangka dan buatkan orang tu tak maafkan dia, macammana dia nak mintak maaf dekat orang yang dah tak ada?
Aku tanya family aku soalan tu sambil2 aku google. Jumpa jawapan aku bagi dia. Lepastu aku tak tau. Aku rasa aku sedih sangat. Aku rasa macam berdosa sangat2. Aku malu pada Allah. Aku pakai tudung labuh tapi kuat mengata pasal orang. Kalau tak secara berdepan, buat status pasal orang. Sedangkan dia, tak pernah pun aku tengok dia buat status macamtu. Dia, orang yang aku pandang rendah. Tak pernah sekali pun aku tengok status dia marah2 cakap pasal orang tu, orang ni. Tak pernah dia nak mengumpat pasal orang tu orang ni. Dan dia selalu risaukan pasal apa akan jadi pada dia dekat akhirat nanti. Aku insaf sangat2. Aku selalu doa dekat Allah untuk bukakan hati dia untuk pakai handsock dan stokin. Sebab dia baik. Dia baik sangat.
Dari dia aku tersedar, yang aku dah banyak sangat buat silap sepanjang aku hidup. Bila aku fikir2 balik pasal perangai aku yang dulu, aku rasa malu sangat. Aku tak tau lah kenapa aku macamtu. Aku rasa bagus sangat dengan tudung yang aku pakai. Sedangkan hati aku kotor :'(
Kotor dari orang yang pakai biasa2 je.
Jadi ni lah yang aku nak pesan. Tolonglah. Tolonglah cek hati masing2… Berubahlah demi agama. Tolonglah jangan riak dan tolonglah jangan rasa diri mulia. Kau, aku kosong. Kau, aku, sombong. Hati kosong. Diri sombong dengan Allah. Allah itu Maha Sempurna dan apa kelayakan yang engkau ada untuk rasa diri juga sempurna?
Berubahlah. Mati kita tak tau bila.
Bila Allah bukakan hati kita untuk berhijrah, tolonglah berhijrah dengan sebenar2nya. Berubahlah. Jadi manusia yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat. Bukan untuk ‘golongan macam kau’ saja. Allah sayang kita. Masih belum terlambat untuk berubah. Bertaubatlah.
Tapi nanti dah taubat jangan ambik gambar Al-Quran letak atas sejadah pulak pastu buat status “Alhamdulillah. Pukul 3 pagi tadi ana selesai solat taubat. Syahdunya.. Allahu. Moga2 Allah terima taubat ana.”
Baling batu lesung nanti baru tau. Haha.
Selamat berhijrah dengan sebenar-benar hijrah wahai sahabat-sahabat sekalian.. dan doakan aku jugak.. semoga hijrah aku ni hijrah yg baik..bukan hijrah utk bangga pada orang. Aku perlukan sokongan dan doa korang semua.. Kalau kita berdoa pada orang, malaikat pun akan turut berdoa pada kita. InshaAllah :)
Sekali lagi, cerita aku bukan untuk mengaibkan diri aku or golongan-golongan yang bertudung labuh. Cuma nak pesan tu je. Jangan rasa diri bagus dan kalau boleh kurangkanlah atau tak payah langsung lah upload gambar selfie dekat social media tu. Pakai tabaruj dan upload dengan hashtag #donedakwah. Malu lah. Suka ye baca komen “Subhanallah. Indahnya mata anti yang Allah ciptakan ini. Ana terasa bagai mahu menatapnya tanpa kelip”
Tolong ada sifat malu. Upload gmbr selfie bukan dakwah.
Lastly, selamat berhijrah sahabat2 sekalian. Masih belum terlambat untuk kita lakukan perubahan. Kuatkan iman ye :)
Sekian, terima kasih. Huhu.
– Shaz
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit