Jangan Rilek Sangat

Salam semua. Aku ni sponsored student di sebuah IPTS, Alhamdulillah. Ada ramai jugak kawan-kawan aku di bawah sponsor yang sama.

Pernah sekali badan sponsor aku tak bayar yuran sampai nak dekat exam. Dan kalau tak bayar, faham-faham lah tak boleh seat untuk exam dan kena repeat subjek. Nak bayar sendiri memang tak la. IPTS nooookkss.

Aku pun sembang la pasal nak setel hal yuran ni dengan kawan-kawan sponsor aku yang lain. Tapi depa kekal rilek dan buat tak tahu dan nak terus tunggu dan bersabar dan buat lawak hambar dan rancang macam-macam, last-last apa pun tak jadi.

Aku pun ambil la inisiatif setel hal ni sendiri, turun naik pejabat itu ini bla3. Dan Alhamdulillah pendek cerita akhirnya semuanya selamat dan masih bernafas.

Bila tiba hari Jumaat last sebelum exam week minggu depan, baru lah muka-muka rilek dan tenang umpama air mengalir ni gelabah biawak tak tentu arah sebab yuran depa masih sangkut.

Dan bila depa tau yuran aku dah setel, maka muncullah suara-suara sumbang yang dok kata “Eh penting diri betul la kau ni”, “Tak kesian ke kat kawan-kawan kau”, “Apasal kau tak bagitau awal-awal”, “Apasal tak tolong kitorang”, dan lain-lain.

Ya, aku minta maaf sebab tak bagitau hangpa, tak tolong hangpa, tapi,

Okey here comes the ‘berleter’ part.

Kalau hang selalu cerita, cari jalan, dan serius dalam nak selesaikan masalah hang, aku memang akan tolong dan tak lupa hang insya-Allah. Ni tak, hang sendiri pun tak concern dan ambil kisah pasal masalah hang.

Bila aku tanya, hang buat tak tahu, hang buat main-main. Padahal benda tu akan bebankan hang bila nak exam. Bila hang terasa ‘beban’ dari masalah hang tu baru hang reti nak gelabah.

Yes kita kawan, aku tolong hang, hang tolong aku, bff brotherhood ikhwah pakai jeans sweet-sweet muahciked aum2. Tapi hang kena la peduli dan faham masalah hang.

Jangan la terlalu nak di-‘spoon-feed’-kan. Takkan aku nak concern pasal masalah hang lebih dari diri hang sendiri? Ka aku salah? Hemm.

Hang tau hang ada masalah. Hang tau ‘beban’ yang masalah hang tu akan buat. Tapi hang buat rilek, bila last minute baru gelabah.

Dan bila hang stress dan tak tahu nak buat apa, hang salahkan orang-orang yang tak tolong hang, walhal (‘walhal’ baqhang bapak skema) hang sendiri tak minta tolong dan tak cari jalan. Salah cara hang weh.

So kesimpulannya, pandai-pandai hang la buat kesimpulan. Tulis panjang-panjang ni siapa nak baca aku pun tak tahu.

– Jumaat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *