Jangan Risau

Hi semua. Nama aku Ain, umur 25 tahun. Dah banyak sangat confession tentang perempuan nak berteman aku baca lately ni. Aku tak judge perasaan tu sebab at some point memang kita akan rasa perasaan untuk berteman dan aku pun tak terlepas daripada benda tu.

Aku sedar dalam dunia zaman sekarang ni yang penuh dengan dugaan dan pancaroba, berteman itu lebih baik dari berseorangan. Tapi girls, kenapa mesti kau limitkan hidup kau hanya untuk berpasangan? Tak nak ke kau achieve something dulu dalam hidup kau yang boleh satisfied hidup kau? I mean banyak lagi benda yang kau boleh buat instead of berfikir fasal jodoh siang hari siang malam. Jangan sebab tengok orang lain ada pasangan, kau pun nak terikut sekali.

Jangan sedih kalau umur kau dah lanjut pun still sendiri walaupun hakikatnya kita ni tak pernah bersendiri. You have your family, friends yang sentiasa ada. Just ingat satu benda je, Allah bagi semua benda ni ada hikmah. Mungkin kalau kau bercinta, kau jauh dari Allah, kau buat benda yang tidak-tidak, so Allah tak libatkan kau dalam percintaan. Dia tahu segala-galanya dari sekecil-kecil perkara hingga ke besar-besar perkara lebih daripada kita makhluk ni. Jangan pernah curiga, was2 dengan Allah. Trust in Him. Trust His plans for you.

At least try untuk sayang diri sendiri dulu, live your life to the fullest. Kalau fasal jodoh, jangan risau. Kau minta je dekat Allah. Allah akan hantarkan seseorang yang elok tepat masa dan keadaan. Don’t push something that is not in your timezone. Don’t even worry about the thing yang memang Allah dah janjikan sejak kau belum lahir pun lagi. Soal rezeki, jodoh, ajal, maut semua Allah dah susun cantik untuk kita semua. Tapi of course laa usaha kena ada. Kalau doa nak beli kapal terbang, usaha cari duit pun kena laa setimpal macam nak beli kapal terbang. Mana boleh doa nak kapal terbang, tapi kau melepet depan TV siang hari siang malam.

Tak boleh laa macam tu. Kalau nak berjodoh dengan orang soleh, perbaiki diri, solehah kan diri dulu, doa pada Allah minta dikurniakan pasangan yang baik2. Benda yang paling penting ialah niat tu. Janganlah niat berubah jadi baik sebab nak dapat pasangan yang baik. Nanti bila dah dapat pasangan yang baik, habis dah tak istiqomah dah sebab kau minta dapat pasangan yang baik je. So niat nak berubah tu, niatkanlah aku berubah ni kerana Allah. So that perubahan kau tuu tak terhenti bila dah dapat apa yang dihajati. Senang cerita, apa yang dibuat tuu niatkan kerana Allah. Pahala dapat, benda yang dihajatkan pun dapat. Simple.

Sekali lagi aku nak clarify, aku tak judge orang yang ada perasaan macam tu. Cumanya limitkan lah perasaan ingin berpasangan tu. Jangan pernah anggap diri kita ni loner, tak ada siapa sayang sebab Allah tu sentiasa ada dok perhatikan kita. Dia yang sentiasa tengok kita tanpa jemu dan Nabi Muhammad tunggu kita nak jumpa kita ni umat akhir zaman ni. Apa lagi yang kau nak berpasangan sangat tu bila Allah dan Nabi sendiri merindukan kita dan sentiasa ada dengan kita?

– Ain

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *