Assalamualaikum semua. Dekat sini, aku nak cerita sikit pasal jodoh.
Aku tau, ramai yang tak kahwin lagi. Ada yang kawan2 dah kahwin, tapi kau tak kahwin lagi. Even umur kau baru 20an ke, atau macam aku yang hampir 30 ni ke, yang masih single tu, mesti ada terasa sikit “eh, kawan2 aku dah kahwin, aku ni bila lagi”.
Kau akan lagi stress bila ada orang2 tanya “kau bila nak kahwin ni?” bla.. bla.. bla.. Aku paham perasaan tu bila ada kawan aku sendiri tanya soalan tu. “Kau bila nak kahwin, kahwin ni best”. Seriously aku menyampah sebenarnya. Sebab masa dia tanya tu, dia tengah mengandung. Lol!! Aku malas cakap lebih2, so aku mampu senyum je.
So kat sini aku nak cerita sedikit pendapat aku. Dulu masa aku umur 19 asyik bercinta kan, pernah je terpikir nak kahwin awal. Sebab masa tu aku tengah bercinta tak ingat dunia. Parents mesti la tak bagi sebab masa tu aku tengah study. Bila tengok ada kawan sekolah dah nak kahwin, lagi la kau rasa parents kau ni macam kolot tak bagi anak dia kahwin awal.
Even ada classmate yang nak kahwin pon kau rasa jealous. Untungnya diorang parents bagi kahwin awal. So aku terus la sambung belajar macam biasa. Tak lama lepas tu pon aku putus dengan ex. Lepas habis belajar, dah masuk time intern la, kerja la bagai tu semua, kau dengar lagi kawan2 kau nak nikah.
Sampai la umur kau hampir 25 tahun. But still, kau tak kahwin lagi. Benda ni berlarutan sampai la aku jumpa bakal suami yang sekarang ni. Dulu, dalam masa aku cemburu tengok kawan2 yang dah kahwin, lepas tu sampai satu tahap, aku tak rasa nak bercinta dah. Sebab kau akan rasa kau ni macam takde orang yang nak.
Sebenarnya kau salah. Sampai satu masa Allah akan hantar seseorang untuk kau. Nak jadikan cerita, Kahwin ni bukan la suka2 kerana cinta semata-mata. Kahwin ni adalah satu tanggungjawab.
Sejak aku kenal bakal suami, aku jumpa dan aku dapat cerita2 yang kurang enak bagi orang yang dah berkahwin. Ada yang dah kahwin, tapi still takde anak. Ada yang dah kahwin, still kena long distance relationship.
Ada yang dah kahwin, tapi ada yang pasangan diorang curang. Dah ada anak pulak, tapi still perangai macam orang yag belum kahwin. Dah kahwin, tapi tak kerja. Kesian aku tengok. Sebab keadaan ni berlaku dekat orang yang aku kenal. Baru aku tahu, ada sebab kenapa aku tak kahwin lagi.
Cara paling senang aku nak paham, Allah nak tunjuk kat aku, kahwin ni bukan la sesuatu yang boleh kau simpan bila cantik, dan kau buang bila buruk. Kahwin ni adalah satu tanggungjawab. Baik kan Allah ni. Allah tunjuk kat aku cara paling senang aku nak paham.
So kat sini, bagi sesiapa yang terasa sebab tak kahwin lagi, rasa macam takde orang nak, baik kau buat bertenang. Jangan risau. Sampai satu masa, Allah akan hadirkan orang yang terbaik untuk jadi pasangan hidup kau. Dan baru lah aku sedar, ex aku dulu bukan la yang sesuai untuk aku. Sekarang pon entah apa cerita dia. Hilang terus dah.
Untuk bakal suami aku ni, aku harap, aku dapat jadi yang terbaik untuk dia lepas dia dah halalkan aku hujung tahun ni.. Lagi 5 bulan je ni. Takut pon ada. Tapi InshaAllah, semuanya berjalan lancar.
Bagi korang semua yang masih bujang, sebelum kahwin ni, korang buat la yang terbaik untuk life korang. Banyakkan masa untuk parents, untuk buat aktiviti yang korang minat contohnya hiking, travelling, semua tu la.. Jangan stress ok.. Sebab kawan2 tempat kerja aku ramai je yang tak kahwin lagi sebab dorang ada life sendiri yang perlu diteruskan.
Allah dah aturkan cantik2 untuk kita so jangan risau. Bagi yang terasa nak sambung belajar, teruskan minat korang tu. Tak salah pon nak timba ilmu sampai ke tua. Mana tau time tu jumpa jodoh korang ke kan. Allah knows better.
Thanks for reading :)
– Pencinta Kucing (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit