Assalamualaikum semua. Nama saya MY, umur 26 tahun. Apa yang saya nak cerita ni bukanlah tentang diri saya tetapi tentang ibu saya… bidadari syurga saya.
Beberapa tahun lepas, ibu dapat tahu baba bernikah satu lagi dan masa ibu tahu tu baba dah ada anak dengan wanita tu.
Hati ibu hancur sangat. Kalau pinggan pecah masih boleh dikutip tapi hati ibu boleh dikatakan dah jadi serpihan halus.
Takde satu hari pun ibu tak menangis, kami balik kerja mesti nampak mata ibu sembab walaupun dia senyum.
Ibu cuba sorok sakit dia dengan buat cerita lawak, ketawa tapi kami anak yang dah lama duduk dengan ibu tetap boleh nampak….
Ibu tak bahagia.
Hari yang kami semua dapat tahu perbuatan baba. Antara kami 4 beradik, kak long orang yang mengamuk paling teruk.
Segala makian keluar dan dipukulnya baba sekuat hati. Rasanya kalau ibu tak halang mungkin baba boleh m4ti.
Saya anak kedua cuba menjadi neutral demi 2 orang adik kecil. Saya simpan perasaan marah dan kecewa saya sedalam yang mungkin.
Sepanjang sesi “confrontation” saya hanya mendiamkan diri. Saya main dengan adik2.
Namun satu hari tu, saya gagal kawal perasaan saya. Saya berdiri depan baba dan saya tanya baba.
“Apa kurangnya ibu?”.
“Takda yang kurang”.
“Bohong! Lelaki takkan berpoligami secara sembunyi melainkan dia rasa isteri dia ada yang kurang”.
“Ibu tiada yang kurang”.
“Baba nak anak lagi ke? Ibu tak jaga makan minum baba? Ibu tak jaga rumah tangga? Ibu tak jaga maruah?. Mesti ada yang kurang!!! Kalau tak baba takkan buat ibu macam ni!
“Baba taknak buat maksiat”.
“Maksiat? Kalau baba tak dapat kawal nafsu, Allah hadiahkan baba ibu…apa yang perempuan tu ada, ibu ada. Kenapa baba tak mendatangi ibu?”
Baba diam sahaja…
“Rasulullah S.A.W bernikah banyak pun sebab nak selamatkan kaum wanita, nak naikkan darjat wanita bukan sebab nafsu! Baba ingat kakak tak tahu, perempuan tu muda dan masih anak dara. Baba ingat baba boleh b*d*hkan kami semua”.
“Baba minta maaf”.
“Baba, you have to accept the fact yang kami mungkin akan layan baba berbeza selepas ni. Ibu adalah berlian yang baba dah lepaskan. Kakak boleh senaraikan satu satu pergobanan ibu.
1. Masa awal2 kahwin dengan baba, ibu makan taugeh hari-hari. Ibu tidur beralaskan toto nipis.
2. Ibu hantar kami ke sekolah jalan kaki hari-hari tanpa mengeluh.
3. Kakak pernah terjatuh masa pergi sekolah. Dahi kakak terkoyak besar! Ibu call baba, langsung baba tak jawab. Ibu merayu mintak tolong orang bawak kakak pergi klinik.
4. Baba pernah tak bagi kak long duit belanja. Ibu keluarkan duit ASB dia.
5. Baba accident motor, ibu berjaga malam teman baba.
6. Ibu cerita dekat kakak yang baba mintak ibu ikat sebab taknak ada anak lagi. Baba janji takkan cari orang lain. Sekarang apa yang baba buat?. Baba mungkir janji.
Inilah dia baba.. bidadari yang baba sakitidan siakan”.
Baba hanya tunduk manakala saya gagal mengawal tangisan. Untuk pertama kali saya menangis semahunya.
Setiap kali hati saya sakit mesti terbit dalam fikiran. Kalau saya rasa sakit macam ni, ibu macam mana.
Walaupun benda tu dah berlaku lama, kesan dia pada ibu sehingga kini. Ibu lagak macam okay walhal dia tak okay.
Pernah saya cakap dekat baba, kalau baba dah tak mampu bahagiakan ibu… lepaskan bidadari syurga kakak. Jangan sakitkan dia lagi. Baba diam…
Bidadari saya ni seorang yang kuat tak pernah sekali dia minta baba lepaskan dia dan yang paling saya respek tentang ibu. Teruk macam mana pun perbuatan baba, tetap dia pesan kepada kami.
“Baba adalah baba. Hormat dia, tak boleh nak tunjuk sayang tak apa…hormat dia sebagai baba kak long, kakak dan adik2. Faham?”.
Hebatkan ibu?.
Moga Allah kurniakan ibu syurga. Moga Allah permudahkan semua urusan ibu di dunia dan diakhirat.
Kakak sayang ibu sangat2. Kakak janji akan terus berada disisi ibu selamanya.
– MY (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit