Jangan Salah Pilih Kawan

Assalamualaikum… Berdasarkan tajuk diatas, mesti banyak yang mengalami hal tersebut.

Termasuklah diri saya juga. Tersalah pilih kawan. Dapat kawan khianat, tikam belakang serta suka ambil kesempatan.

Benda ini berlaku ketika saya menuntut di sebuah kolej swasta di Shah Alam.

Kawan saya nie nama dia Syasya (bukan nama sebenar). Seorang yang agak sosial, happy go lucky. Dan katanya dia anak seorang berpangkat Dato’. Dan katanya, ibunya seorang doktor.

Tak kisahlah hal tue. Lantaklah anak Dato’ ke tak, saya bukan pilih bulu sebab saya pun anak orang biasa, hanya anak pegawai kerajaan.

Agak lama juga kami berkawan. Dia nampak macam baik. Tapi apa yang musykil, betul ke dia anak Dato’? Sebabnya, dia sering tiada duit belanja.

Dia ada teman lelaki bernama Johan (bukan nama sebenar). Johan itulah yang sering habiskan duit untuk Syasya.

Sampaikan nak buat rebonding rambut pun, desak Johan minta duit pada Mak Ayah Johan beberapa ratus. Situ dah pelik. Takkan anak Dato’ macam tue kot.

Saya selalu juga kena “pow” dengan dia. Tapi saya ikhlaskan sebab fikir dia tengah susah. Katanya dia ada konflik dengan keluarga.

Beberapa bulan kemudian…

Bapa saya menerima satu mesej yang mengatakan saya ada hilangkan pakaian serta berhutang. Rupanya kerja si Syasya. Entah dari mana pula dia dapat nombor Ayah saya.

Dia minta bayar RM450 sebagai ganti rugi. Padahal benda tue tak berlaku pun. Sudahnya, Ayah saya bayar juga sebab tak nak jadi isu.

Saya dah explained berkali tapi Ayah saya tetap jugak nak bayar. Ayah saya takut nanti dia buat macam-macam. Sebab itulah Ayah saya bayar… Geram memang geram.

Depa buat apa dengan duit tue? Apalagi, enjoy sakanlah dengan duit tue. Siap check in hotel lagi. Bersekedudukan dengan Johan.

Check in hotel pun tak jauh dari kolej. Bawah hotel tue pulak ada restoran. Memang ramai bebudak kolej lepak situ.

Tiga hari kemudian, kecoh dengan gosip dia check in hotel dengan Johan.

Saya diserang oleh Syasya serta Johan sebab mereka sangka saya yang sebarkan gosip tersebut. Mereka mengamuk dan mengasari saya.

Dan benda nie tak habis disitu jer, Syasya dan Johan ganggu saya di tempat kerja kerana ada buat part time di sebuah kedai makan dalam kolej tersebut.

Mereka maki hamun, ganggu serta mengasari sehingga menerbitkan amarah tuan punya kedai.

Masih ingat lagi boss saya marah mereka, “DAHLAH TAK SOLAT MAGHRIB! BISING-BISING PULAK KAT KEDAI ORANG!” Apalagi, mereka berdua keluar dari kedai.

Tapi mereka masih diluar kedai kerana tidak berpuas hati sehingga ada insan yang melihat kejadian tersebut menelefon pihak polis.

Pihak polis ada datang tetapi Syasya dan Johan sudah menghilang. Saya terus buat laporan. Dan keesokannya juga, saya dan Ayah saya buat laporan di balai polis.

Setelah itu, baru keadaaan jadi tenang. Syasya dengan Johan pun tidak lagi ganggu saya. Terserempak pun, mereka cuma diam. Mungkin sudah dapat amaran dari pihak polis agaknya.

Beberapa bulan kemudian, Johan datang pada saya meminta maaf. Saya okey sajalah. Rupanya, ada kisah disebalik itu. Tapi saya dengar dari rakan sekelas Johan. Syasya dan Johan sudah putus.

Apa yang mengejutkan, Syasya sudah “berisi” tetapi bukan dari benih Johan tetapi lelaki lain. Syasya curang. Patut saja tidak nampak Syasya. Rupanya dia dah berhenti belajar kerana malu.

Dan yang best, kantoi dia bukan anak Dato’. Dok gebang kata duduk rumah banglo lah, ada kereta Porsche, Ferrari lah, apalah.. Tapi nan hado. Tanya orang situ, sorang pun tak kenal bapak dia nie.

Kalau Dato’, mesti orang kenal punya. Johan pun menyesal sebab salah pilih teman wanita. Saya pun menyesal sebab tersalah pilih kawan.

Benda nie saya agak lama untuk redha dan memaafkan Syasya. Tidak mengapa, jadikan pengajaran.

Pilih kawan dengan sebaiknya. Kawan yang baik, bimbing kita ke arah kebaikan. Kawan yang jahat, menjerumus kita ke lembah yang hina.

Sekarang langsung tak dengar apa cerita Syasya tue. Harap dia baik-baik sahaja dan berubah. Johan pun sudah berkahwin dengan gadis pilihannya.

Dan bila berkawan, berpada-padalah…

– Wendy Son Seung Wan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *