Jangan Sedih

Hai semua. Tiba2 tergerak hati nak hantar confession sebab nampak dekat newsfeed fb kawan share pasal orang yang mulut takde insurans, yang kerja nya tanya soalan2 cepumas.

“Bila nak kahwin?”
“Bila nak ada anak?”

Ye, tahu ni soalan standard. Dan based on comments yang aku selalu baca rata2 ramai cakap “abaikan je, biaq pi lah orang nak cakap apa” atau “ala jangan lah sedih/terasa/fikir sangat biasa lah tu, benda kecik je” which means memang ramai lah anggap benda ni small matter je kan?

Bagi aku lah, maybe benda ni small matter untuk awak tapi tak semestinya sama untuk orang lain. Aku lambat dapat anak, lepas 2 tahun kahwin baru pregnant dan memang sentiasa lah orang tanya bila nak mengandung tu. Dan jujur aku cakap aku memang sedih sangat walaupun aku senyum je.

Setahun memang tak lekat langsung pastu lekat tapi gugur pulak dua kali. So aku memang akan agak sedih bila orang tanya especially yang tanya kuat2 bagi semua dengar dan secara tak berhemah. Contoh: “kau ni dah setahun lebih takde anak lagi ke? Si A ni kahwin lepas kau pun dah beranak, yg B ni baru kahwin pun dah lekat” Hello, malu aku tau semua orang toleh tunggu respond aku, lagi sedih bila ada yang menyampuk “haah”kan keadaan aku.

Aku ni bukan jenis yang suka share benda2 private macam kisah keguguran aku dengan sesiapa especially orang yang tak rapat so aku memang cuba pekak kan telinga je tapi dalam hati sedih kot.

Pernah aku share masa 2nd time gugur aku cakap lah yang aku gugur sebulan lepas dia tanya balik berapa minggu dah. Aku jawab, “nak masuk 12 minggu” dan respond yang selalu aku terima “ala baru je lagi tu, takde bentuk pun lagi” “aloh kecik je lagi tu takpe lah” dalam nada yang seolah2 memperlekehkan kesedihan aku. Tak pun ada yang compare “ala baru 12 minggu, akak aku lagi sedih dah 28 minggu meninggal” ye itu lagi sedih tapi just because orang lain lagi teruk aku tak boleh nak sedih ke?

Maksud aku bukan lah sedih memanjang but aku pun ada perasaan especially bila dah mengharap and tak jadi, siapa tak sedih. Walaupun maybe aku ni yg gugur 12 minggu ni tak sesedih yang kandungan meninggal dalam perut ke tapi aku still sedih kot.

So dekat sini yang aku nak sampaikan is, boleh tak orang2 macam ni jangan nak tentukan bila orang lain boleh “sedih”

Situasi aku: aku gugur 12 minggu, kakak ipar aku baby premature and meninggal a few hours after birth. Serious sedih gila and aku tak boleh imagine kalau aku di tempat dia. Masa tu aku cakap ngan mak cik aku then dia cakap “alah baru 12 minggu takde sedih mana lah, rupa pun takde, kakak ipar tu lagi sedih dah lahirkan etc…” yes betul but bila orang cakap macam ni, seolah2 macam “kau tak boleh sedih sebab orang lain lagi teruk” kenapa takde pulak situasi “kau tak boleh happy sebab orang lain lagi best”

“Kau menang contest nescafe dapat rm500? Ala sikit je tu, abang aku menang contest cimb dapat rm10,000” “kau dapat lucky draw voucher parkson? Ala nak happy buat apa aku dapat macbook kot”

Faham tak?

Biar lah orang nak sedih. Lain orang lain kot tahap ketahanan dia terhadap a certain situation. Situasi sama tapi lain2 yang dirasa. Mungkin kau takde perasaan sangat lama takde anak dan bila orang tanya kau rasa biasa tapi mungkin orang lain tu lebih sensitive ke, dan soalan macam tu buat dia sedih?

Mungkin kau setakat jatuh longkang tak rasa sakit sangat sebab pain threshold kau tinggi tapi orang lain rasa sakit sebab low pain threshold, tak kan kau nak perlehkan sakit dia. Sama lah orang beranak ada yang ambil epidural ada yang tak perlu sebab semua lain2 kan tak semua sama.

Aku tengok post kawan aku share pasal miscarriage ramai juga yang comment “ala jangan sedih baru lagi” “at least gugur masa takde bentuk lagi kalau meninggal masa dah lahir lagi sedih, ni kira ok lah”.

So bagi aku, nak bagi kata2 positif tu takpe, but tolonglah jangan suruh seseorang tu “jangan sedih” atau perlekehkan situasi dia. Semua orang ada hak nak happy dan sedih

– Lin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit