Jangan Sedih Andai Belum Dikurnia Cahaya Mata

Mohon admin approvekan entry ini. Terima kasih.

Jangan sedih andai belum dikurniakan cahaya mata. Kenapa?

1. Perlu bahagi masa.

Sering kali kita dengar punya anak kecik ni perlukan pengorbanan lebih2 lagi dari segi masa.

Be prepared to wake up in the middle of the nights! Perlu juga bangun awal pagi untuk uruskan anak. X cukup tidur? Normal.

2. Duit saving boleh guna untuk shopping/sedekah/travel.

Boleh shopping barang kehendak, boleh beri sedekah lebih. Kerana masa ni kita belum punya komitmen pengasuh, susu, pampers, etc.

Sementara masih belum punya anak, ini lah masa sesuai untuk travel keliling Malaysia/Asia/Dunia.

3. Boleh luangkan lebih masa untuk ibu bapa dan pasangan.

Sementara perhatian kita belum dicuri oleh anak, kita boleh selalu ke rumah ibu bapa / jaga kebajikan ibu bapa.

Tapi x bermaksud kalau dah ada anak, xboleh jaga. Cuma terbatas. Kita pun boleh honeymoon lebih lama dengan pasangan.

4. Boleh jadi kita belum dikurniakan rezeki anak, tapi selalu dapat kenaikan gaji, kenaikan pangkat, dapat pula pasangan yang memahami dan penyayang.

5. Allah swt tahu apa yang terbaik untuk kita.

Boleh jadi andai anak kita lahir di dunia, dia akan jadi anak yang derhaka. Atau kita tak mampu jadi ibu bapa yang baik.

6. Mungkin belum tiba masanya.

Spt point 5 di atas, Allah swt tahu apa yg terbaik untuk kita. Allah swt beri apabila kita sedia, bila kita perlu. Bukan bila kita mahu. Have faith.

Saya punya kenalan yang menunggu hampir 20tahun baru dikurniakan anak. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah swt. Don’t ever be.

Ps: saya juga menginginkan cahaya mata seperti kalian yang masih mengharapkan rahmat Allah swt. Namun ditakdirkan anak di dalam kandungan pergi dahulu sebelum dilahirkan ke dunia. Moga ada rezeki buat kami di masa akan datang. Amin.

Sekian. Wassalam.

– Penunggu cahaya mata

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit