Assalammualaikum admin dan pembaca. Aku ada benda nak confess.
Tadi aku ternampaklah dekat story kawan kawan aku. Sorang ini ambil gambar duit dia beberapa keping duit not rm50 dan rm20 lepas tu tulis caption yeya duit belanja.
Yang lagi seorang ini, ambil gambar kasut lepas tu buat story, patutnya aku berjoli tadi pakai duit siswa. Bila tengok dua posts tu, tiba tiba aku jadi macam terdown pula malam ni.
Aku anak sulung dan merupakan seorang perempuan. Kau faham tak perasaan bila kawan kawan kau and cousins kau, mak ayah tiap bulan masukkan duit beratus ratus tapi kau cuma dapat sekali atau dua kali je tiap sem. — Aku lupa ada orang dah tak ada mak ayah nak bank in duit tiap bulan, semuanya kena berdiri atas kaki sendiri, siap kena sara adik beradik lagi.
Macam cousins aku, duit lesen tak payah fikir, semua parents tanggung . Kalau setakat nak belikan kereta sebiji untuk anak dia, memang tak adahal, tapi aku kena fikir sendiri, duit lesen, duit muka kereta lagi. -Aku leka ada orang dah hilang keupayaan anggota badan, nak drive pun tak boleh dah. Kalau dia ada nikmat itu lagi, dia sanggup bersusah payah dari terus mengeluh dengan hidup dia.
Aku sebulan duit makan rm100 . Itu pun ada lebih lagi. Cousin aku sebulan mak dia bank in rm500 untuk makan sahaja. Itu pun cakap tak cukup. Hmm. Kawan kawan aku selalu post gambar, diaorang gi makan starbuckslah, makan dinner or lunch makan mcd or kfc. Makan delivery. -Aku alpa ada orang tu kena mengemis minta makanan, ada pelajar tiap minggu makan maggi atau kalau makan sedap sikit mungkin hasil belas ihsan makcik kafe dan sumbangan zakat pelajar.
Lepas tu bila hal melibatkan family, mentang mentang adik adik aku tak dapat straight as, lepas tu adik lelaki aku merokok, pandang sebelah mata je dengan family aku. Kononnya, family dia lah yang paling bagus. Anak dialah yang paling baik paling hebat. -Aku tak sedar ada orang tu hidup sebatang kara. Tak ada sesiapa lagi dah. Bergantung pada diri sendiri je nak hidup. Hidupnya penuh kesunyian walaupun hartanya menimbun .
Lumrah manusia, yang elok, yang bijak, yang kaya harta semuanya dipuji. Yang sebaliknya, habis semua disangka buruk .Siap dicanang mak aku tak pandai didik anak. Bila balik kampung, memang nampak sifat pilih kasihnya. -Aku lalai bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat untuk disibukkan dengan hal dunia dan kata kata orang. Yang perlu difikir cuma kata kata Penciptaku nanti.
Dulu juga, aku selalu nampak kehidupan orang lain lebih indah. Lebih sempurna jalan hidupnya. Mungkin juga aku lupa, hidup di dunia ini tak pernah adil. Ada seorang hamba Allah cakap dengan aku – Allah akan uji hamba Dia di setiap titik kelemahan mereka.
Maaflah, bunyi macam aku tak bersyukurkan. Rupanya banyak lagi nikmat lain yang Allah dah berikan pada aku. Nikmat kesihatan, kebijaksanaan,rasa cukup dalam segala benda,rasa tidak terbeban, rasa tanggungjawab pada keluarga, rakan rakan dan ahli keluarga yang baik dan suka menolong. Banyaklah kalau nak kira.
Dan pada mereka yang selalu mengeluh macam aku, ingat satu benda je. Di saat kau mula membandingkan diri kau dengan kehidupan orang lain, di saat itu jugalah ia merupakan tanda kau tak bersyukur.
Ingat, Allah itu maha adil. Kalau kita rasa diri kita susah, confirm beratus peratus confirm, ada yang lagi susah dari kita. Dan aku doakan, sesiapa yang sedang baca luahan aku ini, dan sedang mengalami apa jua masalah, moga Allah tenangkan hatimu wahai teman..
Assalammualaikum.
– Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit