Jangan Sesekali Ambil Kesempatan Atas Insan Bernama Mertua

Thank you admin siarkan artikel saya. Ni bukan cerita pasal saya. Tapi cerita pasal kawan saya yang mungkin boleh dijadikan iktibar kepada semua pembaca. Cerita ni dah berlaku 2 tahun lepas.

Saya terdetik untuk menulis setelah melihat sejak kebelakangan ni ramai yang mengadu nasib tentang mertua mahupun ipar duai.

Rasanya isu ini memang takkan pernah habis. Haha. (Yang belum kahwin, siap sedia ya mental dan fizikal, hehe)

Ok, back to my story. Kenalan saya seorang perempuan. Alhamdulillah, dia sudah berkahwin hampir 7 tahun. Tapi belum ada rezeki lebih untuk tinggal berasingan. Jadi, dia dan suami tinggal dirumah mertua.

Awal awal perkahwinan, mak mertua sangat baik melayan segala kerenah dia, tapi akhir akhir ni layanannya berubah. Menjadi lebih dingin dan boleh dikatakan tidak berapa mesra.

Dia merasakan maybe ada hasutan daripada ipar duai dia yang membuatkan mertua dia berubah.

Dia mengadu kepada saya untuk mencari solusi kerana dia takut nak bagitahu suami dia, yelah ibu suami dia kan. J

adinya saya sebagai kenalan rapat lah terpaksa dengar luahan dan cuba mencari punca mengapakah mertua nya boleh berubah sedemikian,

Sebelum saya cuba mengusulkan solusi cewahh macam konsultant pulak, saya cuba korek apa yang patut.

Untuk permulaan saya cuba korek rutin harian dia. Ini conversation kami berdua :

Saya : “Awak bangun setiap pagi pukul berapa?”

Dia : “Tengahari baru bangun , then terus pergi kerja” (kawan saya kerja shift)

“Ohh patutlah mertua memendam rasa” kata hati kecil saya.

Saya : “Baju awak dan suami , siapa basuhkan?”

Dia : “Mestilah saya, tapi kadang kadang saya terbangun lambat, mertua saya yang sidaikan dan lipatkan baju kami berdua”

“Ohhh padanlaa mertua boleh berubah sikap” detik hati kecil saya lagi.

Saya : “Kalau cuti, apa rutin awak?”

Dia : “Selalunya saya akan tidor jela sampai petang”

Saya : “Pastu, awak tak masak ke bagi suami awak makan?”

Dia : “Tak, mertua saya masakkan, ataupon suami saya masakkan. Hehe.”

“Ohhh my goshhh” Saya dah tak mampu nak tanya soalan dengan lebih lagi sebab rasa macam nak lempang muka dia laju laju. I am speechless. Hahaha.

Saya : “Terang lagi bersuluh kenapa mertua berubah sikap dekat awak. Saya baru tanya tiga soalan , dah tak tergamak nak tanya lebih lebih”

Dia : “Kenapa? Apa salah saya?”

Saya : “Seriusla? Saya tak sure awak ni naif atau pura pura naif. Bangun lambat, tak jaga makan pakai suami. Kalau saya jadi mertua pon boleh jadi singa jadian”

Dia : “Tapi sebelum ni mertua saya okay je. Saya bangun lambat ke, tak masak ke, mertua saya okay je. Dia pon tak pernah tegur apa apa. Awak pulak yang lebih” *sambil cebik muka kat saya guys*

Dalam hati saya “kenapalah aku kawan dengan kau ni, hahahah” #joke

Begitulah manusia. Kita selalu hairan atau terasa hati dengan perubahan orang sekeliling kita, tanpa kita sedar kita adalah PUNCA mereka berubah.

Memang kesalahan yang dia buat tu kecil tapi kalau mertua dia memendam rasa selama 7 tahun, tak ke jadi meletop Volcano namanya.

Kena sentiasa ingat, tak semua orang pandai menegur, dan tak semua orang selesa menegur kesalahan orang lain. Jadi, kita sebagai manusia yang dewasa, harus sentiasa reflect diri kita sendiri.

Bagi saya, memang harus dan digalakkan pasangan yang dah berkahwin untuk tinggal berasingan, tapi ada pasangan yang tidak mampu sehingga terpaksa menumpang kasih dengan keluarga mertua.

Hal ini tidak berdosa pon disisi Islam.

Cumanya, sebagai manusia, kita kena memupuk dan menyemai “common sense” dan sifat bertolak ansur apabila kita menumpang kasih di rumah mertua,

Dengan meringankan beban mereka, menolong apa yang patut, jaga percakapan, tunjukkan sifat care terhadap anak lelaki/ perempuan mereka.

Jangan amalkan gaya hidup ala ala bujang ya. Memang betul mertua tu kita kena anggap seperti ibu kandung sendiri, tapi mestilah ada perbezaan penerimaan mertua dan ibu kandung terhadap kita.

Kalau perangai pemalas duk goyang kaki macam Princess kat rumah mertua, kau ingat mertua boleh senyum manis semanis gula ke. Kalau duduk rumah ibu kandung pon, mesti dah kena baling buntut kuali.

Selepas mendengar keluhan kawan saya, Saya decide untuk tidak kesian dekat dia, walaupon dah kawan lebih 10 tahun, hahaha.

Malah kesian dekat mertua dia kerana dapat menantu yang pemalas dan tiada tanggungjawab setelah berkahwin.

Tapi, Alhamdulillah, kawan saya dah mula berubah, semakin bertanggungjawab menjaga suami dan jaga hati mertua sekarang ini. Saya doakan awak bahagia sampai syurga kawan.

– Linda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *