Assalamualaikum semua pembaca iium confession. Tidak banyak yang ingin aku kongsikan kepada kalian sang pembaca. Kerna aku bukanlah Si Penulis novel yang bisa menaipkan aksara indah untuk tatapan mata kalian. Cukuplah ceritaku sekadar menjadi sedikit pengajaran dan memberi kesan serta mungkin mengetuk hati kalian untuk tidak membenarkan orang sekeliling kalian mengalami kisah yang sama seperti aku.
Kisah bermula semasa aku menginjak ke alam persekolahan menengah 10 tahun yang lalu. Sekolahku merupakan sebuah sekolah yang terbangun di atas sebidang tanah wakaf. Baru baru ini sekolahku telah dinobatkan sebagai 2nd best SMKA school in SPM 2016. Tahniah buat guru-guru yang letih memerah keringat demi menyampaikan ilmu kalian. Bukan apa yang mahu dibanggakan atau mempromote sekolahku, akan tetapi lebih kepada mengimbau kembali kenangan yang aku peroleh semasa berada di sana. Bukan pengalaman yang pahit atau manis inginku kongsikan, cukuplah sekadar kalian tahu, this is one of my life experiences.
Sejak aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, prestasi pelajaranku agak merudum. Maklumlah, budak baru lepas UPSR. Yang cuma tahu ‘huhahuha’ sahaja. Walaupun keputusan UPSR ku tidaklah sebagus mana pun. Hehe..
Prestasi pelajaranku bukanlah merudum teruk, akan tetapi masih tidak dapat memuaskan kedua ibubapaku. Berbanding Alongku yang juga bersekolah di sekolah sama. Mengenai perwatakanku, aku agak nakal dan selalu mempunyai idea- idea gila. Hahaha..Namun untuk meihat aku berbual dengan ajnabi di sekolah tersebut, adalah agak mustahil. Aku pemalu orangnya apabila disuruh bercakap di hadapan kelas, pasti aku tersipu-sipu malu. Sehingga sekarang aku masih lagi mempunyai perangai seperti ini. Aku tidak seperti orang lain, yang apabila ke hadapan, lantas berbicara mengutarakan pendapat dan pandangan. Aku lebih kepada underground student in my school.
Semasa aku berada di Tingkatan 3 di sekolah tersebut, aku tergolong dalam kalangan budak straight A dalam PMR. Which is unexpected by my family, my friends, my teacher and myself. I was crying on that day when the kaunselor sekolah annouced my name to take my result upstairs on the stage. Hahaa now it was funny scene though. Masa tu I just thinking, oh now no one can look down on me anymore. Yeah, it was true. Since that, tiada seorang pun yang memandang rendah kepadaku. Malah aku makin punya ramai teman. Keluarga kedua belah ibuku juga tidak punya kata-kata untuk membuatkan aku rasa ‘down’. Maklumlah, aku berbadan besar overweight pada pendapat mereka. Ya, memang aku tak nafikan, beratku semakin menambah.
At least, with my good result, they can talk front of me. Study entah ke mana, asyik makan je. At least my result helped me to overcome these type of people yang banyak mulut.
As the time pass by and with my result, di Tingkatan 4 aku telah memilih jurusan sains. Di sekoahku cuma ada dua pilihan, sama ada Sains atau Akaun. Walaupun aku tidak begitu meminati jurusan Sains, akan tetapi jurusan Akaun tidak pernah menarik minatku. Aku tidak gemar perkataan akaun, perakaunan dan seangkatan dengannya. Hahaha..logik tak? Aku pun tidak tahu sebab musababnya sehingga sekarang.
Bermulalah kisah ‘struggle’ku. Hahaha ‘struggle’ sangat. Tingkatan 4 tahun honeymoon bagiku. Walaupun rakanku ramai juga ketika ini, akan tetapi disebabkan result exam dalam sekolah yang aku peroleh agak ‘cantik’ tidak kurang juga yang memandangku sebelah mata. Hihihi..Sehingga ke tingkatan 5, prestasi pelajaran ku sama sahaja. Addmath, Chemistry, Physics tak pernah lulus, Biology always D/C. Seperti biasa perkara ini amatlah membimbangkan kedua ibubapaku. Namun aku masih ‘chill’ seperti biasa. Sehinggalah selepas result trial SPM keluar, aku hanya mendapat beberapa kerat A. Haaha bole kira tak sampai separuh jari bilangan A ku. Guru Addmath ku menasihati aku untuk lebih banyak membuat latihan, fahamkan formula-formula Addmath. Ibubapaku juga tidak berat tulang menghantarku ke pusat tusyen, tidak lokek membelanjakan wang mereka semata-mata ingin melihat bilangan A ku bertambah.
Ialah, sistem pendidikan Malaysia juga berteraskan bilangan A yang kau dapat semasa peperiksaan penting, UPSR, PMR dan SPM. JIka bilangan A kamu sedikit, kamu tidak dapat masuk sekolah bagus, jika bilangan A kamu sedikit, kamu tidak akan punya masa depan yang cerah, jika bilangan A kamu sedikit, kamu hanya akan kerja kilang. Sebeginilah ayat-ayat yang seringkali aku dengari. Namun, tidak kunafikan kebenarannya. Kerna sistemnya sudah begitu diaturkan.
Ditakdirkan Allah, juga merupakan ujianNya buatku, aku telah mendapat keputusan yang agak baik dalam SPM. Alhamdulillah..bukanlah sehebat Along dan Angah. And again, disebabkan keputusanku yang agak baik, sekali lagi pandangan manusia sekelilingku berubah. Rakan sekelasku berjantina lelaki mula berbual denganku, ber’whatsapp’ dan sebagainya. Disebabkan aku telah terkandas(not fail, cuma tak dapat A je) dalam subjek Addmath, Physics dan Chemistry, permohonan aku ke UPU telah digagalkan(tak mendapat tawaran). Ketika itu hanya keluargaku sahaja yang tahu betapa penat ke sana ke mari..mencari sebab kenapa aku tidak ditawarkan? Rakanku yang cuma mendapat 6A dan 7A ditawarkan ke matrikulasi dan universiti.
Mungkin ini juga disebabkan subjekku yang mendapat A tidak bersesuaian dengan permohonan UPU ku. Juga seperti aku katakan, ianya adalah ujianNya buatku. DIA mahu menguji aku, sejauh mana tahap kebersyukuran aku atas segala nikmat yang dicurahkan ke atasku. Ketika ini rakan-rakan aku mula hilang, yang ada cuma keluargaku yang kucinta selama-lamanya. Thank you so much umi and ayah yang sentiasa sabar dan memberikan segala sokongan yang luar biasa magik.
Tipulah aku tidak punya ‘crush’ kan?? Yes, ketika ini aku memberanikan diriku lalu aku inbox facebooknya dan bertanyakan ke manakah hala tujunya. Seperti berbasa-basi denganku, dia juga bertanyakan perihalku. Kerana egoku yang tinggi, i lied to him. Aku memberitahunya aku telah ditawarkan dalam diploma(tak ingat) di salah sebuah universiti di negeri darul iman. Ketika itu, tidak lain tidak bukan aku hanya bertujuan untuk menjaga air mukaku. Dapat banyak A, takkan tak dapat tawaran mana-mana kot. Inilah ayat yang ingin aku elakkan ketika itu.
Oleh kerana aku tidak ditawarkan di mana-mana, juga atas nasihat guru kaunselor sekolahku, lalu aku kembali ke sekolah lamaku untuk meneruskan pengajian di Tingkatan 6. Rakan-rakanku(semasa di tingkatan 5) sedang sibuk di universiti. Ofcourse, aku dipulaukan mereka, mungkin kerna, aku masuk Tingkatan 6. Dalam masa yang sama, aku telah membuat permohonan ke maktab perguruan. Subjek pilihanku, subjek kegemaranku adalah Bahasa Arab. Selepas beberapa minggu interview maktab, result yang dikeluarkan juga menghampakan aku. Terutama umiku. Ternyata result yang baik juga merupakan ujian dariNya.
Ketika itu, hatiku sudah ikhlas menerima ketentuan Allah, aku diberi result yang baik hanya layak untuk ke Tingkatan 6 sahaja. Seorang guru yang agak rapat denganku, menasihati aku..Kamu patut ikhlaskan diri kamu belajar dekat sini ye. Ketika itu aku cuma mengangguk-angguk mengiyakan kata-katanya.
Beberapa hari setelah itu, aku mendapat khabar gembira. Aku telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebuah negara yang tidak pernah aku impikan, untuk mendalami sebuah bidang yang tak pernah terlintas di fikiranku. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan yang sentiasa menutup aibku, yang sentiasa mendengar bait doa dalam sujud sepertiga malamku, yang sentiasa melindungi aku.
Kini aku berada di tahun akhir pengajianku di sebuah negara yang rakyatnya rata-rata ateis. Negara di mana Islam terpaksa diamalkan secara sembunyi, azan tidak kedengaran berkumandang di sini. Cuma tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk aku meninggalkan negara ini. Walaupun sedang sibuk menyediakan bahan thesis, aku terpanggil untuk berkongsi kisahku.
Coretan kisah ini bukan untuk aku banggakan, malah kucoret kisahku hanya untuk tatapan kalian sang pembaca setia. Agar sedikit sebanyak menjadikan kisahku sebagai teladan. Dalam membuat sesuatu perkara, ikhlaskanlah diri. Kerana keikhlasan itu sedikit sebanyak membuatkan kita redha atas setiap ketentuan Tuhan ke atas diri kita.
Quran, Al-Hadid;22-23 :
“No evil befalls on the earth nor in your own souls, but it is in a book before We bring it into existance; surely that is easy to Allah.”
“So that you may not grieve for what has escaped you, nor be exultant at what He has given you; and Allah does not love any arrogant boaster.”
Sekian~
p/s: mungkin aku bakal mencoretkan kisah pengalamanku hidup di negara asing :)
– -barjungle-
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit