Jangan Sibuk Hal Keluarga Orang

Assalamualaikum, terlebih dahulu terima kasih sebab menyiarkan penulisan saya ini..

Penulisan ini berkisahkan tentang perkara yang tengah Viral sekarang ini.. Scroll sahaja FB mesti akan terjumpa kisah ini..

Seperti yang tertulis pada tajuk saya di atas.. Kita kalau boleh jangan sibuk hal keluarga orang.. Jangan kita mengeruhkan lagi keadaan yang dah sedia ada keruh..

Kita sudah mendengar dari kedua dua belah pihak.. Tetapi kita tidak dapat memastikan apa yang di katakan oleh kedua dua belah pihak tersebut mana satu perkara yang sebetulnya mana satu yang tidak..

Ramai yang meninggalkan comment seolah olah,

1)Mereka tahu hal sebenar.

2)Mereka berada di kawasan kejadian.

3)Mereka mendengar apa yang dikatakan oleh kedua dua belah pihak.

4)Mereka tahu apa yang kedua kedua belah pihak tersebut sedang melakukan proses apa sekarang ini.

Ramai juga yang meninggalkan comment,

1)Tidak tahu langsung mengenai proses proses sebelum Faraid dan apa itu Faraid (dan hanya meninggalkan comment yang terhasil dari emosinya).

2)Tahu mengenai proses Faraid tetapi hanya sebahagian sahaja.. Belum khatam lagi.. Tersekat di skala ke-5.

3)Tahu mengenai percent pembahagian.. Tetapi tidak tahu harta apa yang termasuk di dalam pembahagian itu..

4)Tahu mengenai Faraid tetapi tidak tahu jika semua harta yang perlu di faraidkan tidak boleh digunakan.. dari mana si isteri hendak mendapatkan duit untuk kelansungan hidup.

5)Menyalahkan pihak si mati.

6)Menyalahkan pihak si isteri.

7)Meletakkan comment (rasa sebab ni, mungkin sebab tu, rasa rasa, hmm dah macam Ahli Nujum.. Kalau sesuatu itu tidak jelas dan nyata.. Hanya mengikut rasa rasa dan mungkin kita.. boleh jatuh fitnah kalau benda tersebut tidak betul).

Kesimpulannya,

Jika sesuatu hal itu kita tidak pasti.. atau kita pasti tapi hanya sebahagian sahaja.. tidak sepenuhnya.. Lebih lebih lagi melibatkan masalah keluarga orang lain.. Elakkan dari meninggalakan comment yang berunsurkan EMOSI, negatif, ragu ragu, rasa rasa, mungkin..

Kita ambil iktibar dari apa yang terjadi,

1)Mendalami ilmu proses proses yang perlu dilakukan sebelum Faraid.

2)Mendalami ilmu apa itu Faraid.

3)Mendalami harta yang perlu melalui proses sebelum Faraid dan yang perlu di Faraid.

4)Mendalami tentang kos yang perlu ditanggung oleh si isteri sepanjang proses Faraid.

5)Mendalami tentang siapa yang bertanggungjawab di dalam kelansungan hidup si isteri dan anak.

Belajar belajar dan belajar lah sesuatu yang kita tidak tahu.. Tidak rugi itu semua.. Lagi lagi hal yang melibatkan Faraid ini.. Sebab hal ini terlampau berat jika tidak disempurnakan dengan seeloknya..

Kita ambil semua ini sebagai pengajaran dan ajarlah keluarga kita tentang isu Faraid ini supaya tidak berlaku kepada anak menantu kita di masa akan datang.. serta tidak berlaku perebutan harta di antara mereka..

Risaukan amanah yang Allah telah berikan kepada kita terlebih dahulu sebelum ingin menyibukkan diri kita dengan hal yang kita belum pasti.

– Positif+ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *