Jangan Sisihkan Mereka

Hi semua, Assalamualaikum
Lately naik balik confession golongan LGBT. Actually, aku nak ambil kesempatan la untuk peringatan bersama kan. Aku nak tazkirah bukan pandai sangat, tapi mungkin ruangan ini mungkin sesuai untuk aku luah apa yang aku rasa sebagai seorang yang dipanggil LGBT. Yes, I’m G. Tapi aku tak pernah pun akui benda tu normal dan nak taip bagtau aku GAY pun tak sanggup sebenarnya. Tambah plak it’s TABOO in our community.

To be short, korang tahu tak bukan semua yang “nafsu songsang” ni nak diorang jadi macam tu. Let’s me story about me (in short). Aku lelaki, look straight (not sotong la), muka ada market la & family background beragama. Sekolah Agama, Hafal Al-Quran (walaupun tak habis), further study dekat middle east in medical degree & now waiting for post for housemanship (HO) on February 2018 InshaAllah. Still single till now & takut nak berumah tangga (sebab aku nyatakan dibawah nanti).

Sepanjang hidup aku sehingga umur pertengahan 20-an ni, pelbagai ujian aku dapat disebabkan cuba hindarkan diri daripada terjebak dengan pasangan songsang & Alhamdulillah Allah masih selamatkan aku. Paling teruk pun aku raba orang time orang tidur je (harap Allah ampunkan aku, aku tidak mampu minta maaf dengan tuan badan). Setakat ni masih tak kantoi lagi la kalau raba orang sejak sekolah asrama dulu. Antara kesan aku berperang dengan perasaan ni:

1. Hilang kosentrasi dalam kelas. Tahu tak aku struggle study macam orang paling excellent, tapi result macam orang pertengahan je. Even aku bakal menjadi doktor (mohon doa kalian), aku pernah nak bunuh diri kerana sangat depress (selepas aku muhasabah mmg datang dari masalah sexual orientation aku sendiri)
2. Tiada keyakinan diri & hilang kepercayaan kepada orang lain (google: OCPD, itu la yang aku hadapi, malas nk explain lebih)
3. Takut untuk berkahwin. Actually, aku ada usaha untuk berkahwin tapi usaha aku macam hambar je sampai ramai dah macam frust je dengan aku & clash. Honestly, memang aku tak de perasaan pun cuma sekadar untuk melaksanakan tuntutan dalam agama untuk berkahwin walaupun dalam terpaksa. Selepas gagal beberapa kali, aku mula fikir bersalah kalau aku kahwin nanti, seksa isteri aku atau mungkin Allah bagi aku berubah? (dilemma)
4. Aku tiada kawan rapat sebab aku takut kalau ada dekat dengan aku, mungkin dia la mangsa rabaan aku. aku cuba jauh daripada lelaki-lelaki hensem. Walaupun aku lari, ramai mendekati aku sebab aku orang nampak baik (macam ustaz..hampeh !!!) & aku memamg suka bagi nasihat pada orang yang memerlukan (tak boleh describe lebih nanti orang kenal aku).
5. Terpaksa onani (10 tahun terakhir ni, hampir setiap hari) sejak aku baligh untuk slow down aku punya tekanan nafsu. Walaupun aku tahu kesan buruk onani sampai boleh mandul kalau over & etc. Ni jugak antara sebab aku takut kawin, takut tak dapat zuriat. Kantoi

Actually, banyak lagi ujian & dilemma yang aku hadapi dalam hidup sehingga banyak benda aku korbankan semata-mata untuk aku pastikan aku mati dalam redha Allah.

Nak pendik, tapi jadi panjang plak..sorry. Baru nak masuk tajuk asal “Jangan Sisihkan kami !!!”. Sebenarnya, kami memerlukan sokongan orang sekeliling untuk kami betulkan apa yang salah. Timbulnya golongan LGBT sekarang di disebabkan kami jumpa kekuatan sesama kami yang tidak dipandu dengan agama & terpengaruh dengan pihak luar (negara barat). Ditambah dengan pelbagai socmed & apps untuk berhubung sesama jenis. Pengalaman aku berada dalam dunia ni, hampir setiap kampung aku rasa ada GAY. Paling win setakat ni aku rasa negara di Selatan Tanah air. Aku pun tak tahu kenapa ramai sangat dari negeri tu. Jangan salah faham, aku masuk dalam socmed & apps tu sekadar pemerhati & kajian peribadi sahaja. Aku tak melucah walaupun anonymous je dengan diorang. Aku pernah membuat confession dengan sahabat yang aku percayai untuk dapatkan sokongan, hasilnya aku disisihkan secara senyap-senyap. Bukan sekali, tapi banyak kali. Last2, aku terpaksa berdiam diri demi menjaga maruah peribadi/aib aku diketahui ramai orang lain. Sekarang aku masih bertahan seorang diri sehingga rasa nak luah di sini.

As a medical degree holder, aku tahu Psychitrist boleh membantu aku untuk menyelesaikan masalah ini. Tapi apa nasib aku kalau data masalah aku ada dalam data hospital and aku nak kerja nanti sebagai doktor macam mana (syak sahaja). Aku bukan mampu nk jumpa private psychitrist, kalau ada netizen dalam kalangan psychitrist nak bantu boleh komen bawah. Aku memang perlukan pertolongan supaya hidup2 aku selepas ni menjadi lebih baik. Doakan aku yang baik2 je ye……

Untuk semua netizen, harap sangat korang kalau ada kawan-kawan terdekat yang ada masalah LGBT ni, Jangan sisihkan diorang, bantu la. Jangan kecam, pimpin la kami untuk kami cari syurga Allah. JANGAN SAMPAI KAMI MATI DALAM MAKSIAT & BAWA SEKALI KALIAN KE NERAKA disebabkan tindakan kalian. Na’uzubillah…..

Hamba berdosa,
-Mr. Suffer-

– Mr Suffer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit