Jangan Tahan Kencing

Assalamualaikum, aku harap admin approve this confession laa. First of all, aku ni Seorang Gadis umur 18 yang mempunyai Bisnes and selalu laa keluar pergi COD, pos barang. And aku nak minta maaf kalau ada some prosedur yang aku lupa or tersalah (Doc, please betulkan ye).

Okey, untuk pengetahuan, aku memang dah ada penyakit yang dinamakan Thalass (nama pendek). Dan aku memang dah buang spleen (Limpa). Sebab apa buang limpa ? Sebab dah terlampau banyak zat besi dan limpa aku dah bengkak, darah pun tak naik even dah transfuse 2 bag darah still tak naik HB nya.

Jadi, dengan buangnya Limpa, membuatkan aku kena makan Antibiotic seumur hidup. Tapi kadang-kadang aku lupa nak ambik sebab yelah, dah busy manjang. Plus, ubat dia aku susah nak telan. (Aku takut nak makan ubat pil hehe).

So dah bagi penerangan sikit, apa kaitan Thalass ngan jangan tahan kencing ? Haa ni aku nak cerita. Masa Isnin 18/9, aku sakit perut cirit-birit. Tapi anggap biasa, sebab aku baru lepas makan pedas. So sampailah hari Rabu 20/9 aku demam, secara tiba-tiba. Bangun dari tidur, terus badan panas. And aku just makan Panadol, hari jumaat 22/9 aku dah baik dari demam.

Hari Sabtu start balik, demam dengan sakit perut yang amat belah kanan. Ibu aku ajak pergi hospital tapi aku degil, sebab malas nak menunggu lama kat hospital tu. Demam aku tinggi, 38-40.1 hari ahad perut aku makin sakit, sakitnya merebak ke tengah, dan hari isnin makin merebak kekiri. Aku sakit perut bahagian bawah pusat. So petang isnin 25/9 tu aku pergi klinik, tapi doc klinik tu cakap yang tu cuma demam biasa sebab aku baru lepas transfuse darah. Maka, aku pun berhuhuhu je laa bila dengar doc cakap macam tu.

Awal pagi selasa, pukul 2-4 pagi, aku tak boleh tidur. Sakit perut yang amat sangat + cirit birit yang tak keluar apa-apa. Aku search google, simptom-simptom apendic, dan aku syak aku ni apendic memandangkan beberapa simptom tu ada pada aku sebab aku memang suka makan pedas, cili 12 tangkai tu biasa bagi aku. Dan aku memang lemah time tu, jantung pun terasa perlahan pamnya.

Pagi selasa, aku ajak ibu pergi hospital and pukul 9.40 macam tu, aku dah sampai kat hospital. Dekat emergency, doc suruh buat x-ray. Dan lepas buat x-ray, aku di masukkan ke emergency ward, buat 2 lagi prosedur, Ultrasound dan ct scan bahagian perut. Sedap air oren tu hahahah. Masa kat emergency ward, ada doc chinese masukkan jari kat lubang belakang aku, dia pusing-pusingkan jari and tanya mana lagi sakit ? Ni or ni ?. Ni aku tak tau apa motif dia buat.

Doc pakaikan aku oxygen sebab bila check bp, makin lama makin low. Makin menurun, dan terpaksa laa aku pakai mask. Masa ni memang dah ingat mati je, sebab aku memang rasa jantung aku degup lambat.

Dan aku dimasukkan urine tube (CBD) sebab doc nak monitor air kencing aku. Petang tu, aku pindah ke PICU. Yes, aku masih lagi di wad kanak-kanak. Sebab bahagian hermatology belum pindahkan aku ke wad adult.

Masa di PICU ni, prof tu cakap dalam ct scan, dia syak apendicitis, dan dia tengah tunggu doctor surgery sama ada perlu buat operation atau tak. Dan untuk pastikan, adakah aku ni apendic atau bukan. Aku juga perlu puasa sampailah doctor surgery datang check aku. Esoknya, doc surgery datang dan dia cakap aku ni bukan apendic, tapi ada nampak macam ada nanah dalam perut. So, dia cakap benda ni nampak macam tak perlu buat apa-apa op. 18 jam aku puasa, laparnya. Tuhan je laa tau.

Dan sekali lagi aku dipakaikan oxygen, cumanya aku pakai yang masuk hidung tu. Bukan yang mask macam masa kat emergency tu. Tapi aku pakai untuk 2 hari je, lepastu doc monitor. And doc cakap aku dah boleh buka oxygen.

Petang tu, prof pula datang dan bagitahu aku ada jangkitan kuman kat pundi kencing, salah 1 sebab kena jangkitan ni, aku tahan kencing. Tu salah 1 punca nya, yes memang aku mengaku aku selalu tahan kencing. Sebab aku selalu keluar, and sebelum keluar aku akan ambik wudhu, supaya senang untuk aku solat. Well, kalau dah ada wudhu. Aku memang takkan kencing, sebab sayangkan wudhu. Kadang-kadang. Dari pagi aku tahan kencing.

Dan sebab yang lain, aku tak makan ubat antibiotic tu menyebabkan aku mudah kena jangkitan. Ye banyak salah dari aku. 1hb aku minta doc discajkan aku sekejap, untuk aku pergi wedding sepupu. Tapi doc cakap tak boleh. Sebab aku datang dengan keadaan yang serba lemah. Jantung dah lemah, badan panas, kencing kotor. Maka, menangis laa aku tepi tingkap hospital sambil mengenangkan family aku yang sedap makan nasi minyak bersama lauk kegemaran aku ayam masak merah.

Alhamdulillah, 2/10 aku discaj. Tapi kaki aku dengkut, sebab bengkak akibat branular line dimasukkan di kaki. Dah laa pakai branular pink, pastu kat kaki pulak. Ye lah, kat tangan semua dah bengkak. Kaki belah kiri aku, doc masukkan branular hijau. Boleh bayangkan macam mana sakit nya ? Nasib baik tak dapat. Tapi aku nak berterima kasih dengan doctor-doctor dan nurse nurse yang bertugas. Baik-baik belaka.

Kepada perempuan kat luar sana, tolonglah jangan tahan kencing even korang takde penyakit thalass, korang pun boleh dijangkiti kuman, jangan makan cili banyak sangat. Cukup laa aku seksa kat hospital tu seminggu, seriously memang seksa nak buat all prosedur. Even kau sayang mekap, please jangan tahan kencing. Sekian dari aku, maaf laa kalau ada ayat tunggang langgang. Aku ni bukan reti nak karang ayat. Assalamualaikum.

– Scha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit