Jangan Tanya Harga

Salam semua. Aku bekerja di syarikat swasta di ibu negara. Pendapatan sederhana. Tak kaya tak susah. Alhamdulillah syukur.

Setiap bulan aku allocate 0.5% dari gaji aku untuk shopping makan sedap sikit tapi kadang-kadang tak ada apa yang nak di beli so aku tak usik lah. Carry forward ke bulan depan.

Jika ada event kenduri kendara atau hari raya contohnya aku akan beli baju baru yang masih dalam bajet aku. Kos keseluruhan barang raya maybe boleh cecah 1% dari gaji. Ada yang aku menyimpan untuk beli kalau mahal sikit.

Masalah aku ialah family (selain adik beradik & ibu ayah) suka bertanya harga barang-barang aku, anak, suami & tanya beli kat online store mana secara terang-terangan. Aku ni 80% shopping online. Aku jadi serba salah nak bgtau web/IG sebab penerimaan orang ni lain-lain. Aku tak pernah mention brand/harga tapi kalau orang tanya aku diam dulu cakap lupa lah tak ingat lah apa lah. Bagi aku buat apa nak mention. Pakai sudah.

Pernah aku cakap baju kurung aku rm50 je sepasang then dorang mintak aku belikan sebab cantik. Aku cuak la sebab aku tipu sunat. Tapi kalau aku bgtau harga sebenar orang cakap aku boros & habiskan duit suami sebab dorang tak tahu pon aku kerja apa. Pakai kereta tempatan berumur hampir 9 tahun. So boleh bayanglah condition kereta aku sekarang ni haha. Suami aku pakai kereta luar negara pulak tu lagi la nampak ‘jurang’ kami. Tak terfikirkah mereka disebabkan pakai kereta tua tu lah aku ada portion untuk shopping.

Disebabkan masalah ini lah aku jadi malas nak jumpa pihak-pihak tersebut. Aku tak selesa orang tengok aku atas bawah macam aku baru lepas rompak bank. Aku tahu dorang tengah scan aku. Sampai aku tak bawak handbag aku kalau jumpa dorang. Semak sebab semua barang aku orang cop mahal. Memang lah ada 2-3 barang mahal sikit. Setengah nyawa aku kumpul duit nak beli. Tapi tak adil lah kalau barang cap ayam aku pon dorang cop mahal jugak. Tolong lah bukak minda & kaji sikit sebelum cop bukan-bukan. Sound aku depan-depan pulak tu, mahalnya!

Sebolehnya elakkan bertanya harga barang orang. Kalau memang rapat tak kisahlah. Tak selesa dan rasa anoyying. Tak kisah lah barang tu nampak murah ke nampak mahal ke. Pokoknya mohon jangan tanya depan-depan seluruh penduduk kawasan tu. Belajar adab menghormati privasi orang.

Ok Murung.

– Rama-rama

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit