Jangan Tegakkan Benang Yang Basah

Assalamualaikum.

Thank you sebab sudi share confession aku ni. Apa yang aku tulis ni sebagai peringatan untuk diri aku dan orang lain juga. Aku sayang semua orang dan aku sentiasa harapkan yang terbaik untuk semua orang. Aku minta maaf kalau apa yang aku cakap ni mengguris hati siapa2.

Entah macam mana masa tengah scroll twitter semalam aku terjumpa satu tweet yang agak banyak kali diretweet (tweet ni sudah agak lama) tentang seorang gadis remaja yang telah diPM oleh seorang lelaki yg berniat untuk menegur pemakaian gadis tersebut. Bagi aku ayat lelaki tersebut mulanya agak halus cuma kemudiannya macam agak escalated tiba2 saja sebut methaphorically pasal kaitan rogol dan pakaiannya dan sebagainya. Maka gadis tersebut telah screenshot message lelaki tersebut dan dihebahkan di akaun twitternya.

Maka ramailah yang mempersoalkan tentang niat lelaki tersebut dan betapa salahnya cara “dakwah” lelaki tersebut dan dimaki-maki secara berjemaah oleh gadis itu dan penyokongnya.

Dan disebalik itu adalah seorang yg seperti setuju dengan apa yg dikatakan oleh penPM tersebut dan lelaki itu pula dihentam habis-habisan kerana dianggap macam “gila” and worse, dia dikatakan seolah “gila seks” hanya kerana dia kata akal dan mata lelaki ni kalau wanita2 boleh x-ray dan tengok apa yg mereka fikirkan ketika melihat wanita, mesti semua wanita rasa nak pakai tertutup elok.

Okay, habis pasal tweet tu. Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kita ni bila ditegur oleh orang, tak kisah lah stranger ke, sedara ke, siapa2 ke, kalau memang obvious yang kita ni buat benda yang salah dan ditegur akan kesalahan kita tu, tak perlulah nak melenting. Kenapa nak melenting? Apa yang kau buat memang salah pun. Kau boleh je pilih untuk diam dan muhasabah, kan?

Macam situasi di atas, terang2 pemakaian gadis itu agak kurang sopan, dan dia telah ditegur dengan cara yg bagi saya agak ok dan sangat private sebab telah diPM privately untuk dia seorang saja baca, bukan komen secara publicly, tapi kenapa anda pula yg gigih menyebarkan teguran yg telah dihantar secara private tersebut publicly? Tidakkan ini hanya menunjukkan betapa “kurang pandai” dan egonya anda?

Gadis tersebut agak muda usianya. Dan ada yg kata budak itu masih muda, nanti besar dia fahamlah. Tapi anda faham tak yang kes rogol ni tak mengenal usia? Kes rogol ni bukan hanya libatkan wanita dewasa sahaja yang jadi mangsa. Ya memang ada yg bertudung litup pun jadi mangsa rogol, tapi janganlah kita ini menjadi mangsa rogol kerana kita sendiri yang “menjemput” perogol itu. Tidakkah hina jika ditakdirkan begitu? Faham tak?

Lagi sekali aku cuma nak cakap, kalau kita buat salah dan orang tegur, jawab elok2 dan terima fakta yg kita memang buat salah. Tak perlu mahu menegakkan benang yang basah. Apatah lagi kalau apa yang kita buat itu sudah terang lagi bersuluh salah dari segi agama dan undang-undang. Bukan pasal tutup aurat sahaja, termasuk perkara lain macam buang sampah merata-rata, speeding, lalu emergency lane dan sebagainya.

Pernah dulu aku ditegur oleh housemate aku sendiri tentang kesalahan yang aku buat dan benda ni ramai je yang buat dan memang aku jenis keras kepala degil dan biasanya aku akan melawan balik cuma dalam hatilah. Tapi bila dia tegur tu walaupun agak direct dan menusuk tajam kedalam kalbu, aku tak boleh nak lawan sebab apa yang dia cakap tu betul dan apa yang aku buat tu memang salah. Menangislah aku teresak-esak kat depan dia sebab aku sedar aku salah. Aku masih buat benda yang dia larang tu tapi sekurang-kurangnya ayat dan kata-kata dia tu aku pegang sampai sekarang dan aku ambil sebagai muhasabah untuk diri aku. Tak ada guna pun untuk aku marah2 dia kerana menegur kesalahan aku dan menyibuk hal “peribadi” aku sebab aku sedar yang aku memang salah. Aku ambil ni sebagai contoh saja, bukan nak riak.

Aku mohon sangat janganlah asyik guna ayat “hidup aku ikut suka akulah”. Tolonglah. Mungkin disebabkan kesalahan yang kau buat tu dah bagi effect kat hidup orang lain dan menyusahkan dan memusnahkan hidup orang lain.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit