Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah saya ini. Saya percaya setiap orang pasti pernah mengalami pengalaman misteri tersendiri, dan ini secebis pengalaman dari saya.
Kisah ni berlaku sekitar tahun 2010, semasa aku sambung belajar di sebuah kolej yang terletak di dalam tempat perlancongan yang agak terkenal. Terdapat 4 apartment dan apartment yang aku duduk, paling kurang penghuninya.
Masa aku masuk rumah tu, memang dah ada 6 orang senior. Aku dan seorang budak sarawak, di kira penghuni baru rumah tu. Sebagai penghuni baru biasa lah ada sesi pengenalan, dan mungkin ini cara ‘benda’ tu nak berkenalan dengan aku.
Setiap malam mesti akan dengar bunyi orang alih perabot di rumah tingkat atas, bawah dan sebelah rumah. Pelik dan hairan. Dalam hati berkata-kata, rajinnya jiran aku ni. Lepas beberapa hari baru aku tahu dari senior yang rumah tingkat atas, bawah dan sebelah tak berpenghuni.. glupp.
Sebelum aku sambung belajar, aku memang selalu kene tindih. Tapi bila aku kat sini, aku makin kerap kene tindih. Setiap malam aku akan mimpi buruk, dan yang paling kerap aku mimpi perempuan bertelekung muka pucat, sentiasa senyum. Aku tak kenal siapa perempuan tu dan aku pon dah tak ingat rupa dia macam mana.
Senior aku ada pesan, jangan keluar petang-petang masa dah nak dekat magrib. Tapi oleh kerana aku terdesak nak guna duit, aku ajak budak sarawak tu teman kan aku pergi ATM. Oh degil sungguh ya. Selesai berurusan kami pon balik rumah. Semuanya baik-baik saja.
Tapi pada malam tu terjadi lah sesuatu.. Disebabkan aku selalu dikacau, aku ambil keputusan untuk tidur sebelah senior malam tu. Semua orang dah tidur masa tu, cuma aku je yang belum tido. Entah kenapa aku rasa cemas je.
Untuk menghilangkan rase cemas aku, aku pakai “earphone”, perlahan je volume aku dengar. Tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi seolah-olah ada orang buka tutup suis, banyak kali aku dengar. Aku tak tahu apa kena dengan diri aku, aku kejut kawan sebelah sambil aku cakap “wey, bangunnn bangunn ‘benda’ tu main suis”. Tapi kawan aku tu tidur je, dia tak bangun pun.
Sejurus je aku cakap macam tu, aku dengar bunyi loceng. Loceng seperti gelang penari india pakai kat kaki tu. Bunyi loceng tu seolah-olah bunyi orang berlari ke arah aku. Bunyi sayup-sayup tiba-tiba makin kuat makin kuat sampai bunyi macam ‘benda’ tu kat sebelah.Time ni mata aku pejam rapat-rapat. Aku tak sanggup nak tengok ‘benda’ tu. Bulu roma terus naik dan terasa seperti bahu di pegang. Bunyi tu seperti orang sedang menari-nari di sebelah aku. Bunyi tu berterusan sampai lah bunyi azan subuh. Sebelum bunyi tu hilang, aku terasa diri aku di tindih.
Tiba-tiba kawan sebelah pun bangun secara mengejut. Dia tanya aku “eh, kau ada rasa tak tadi, aku macam rasa tak boleh nafas”. Lepas tu aku macam hilang pertimbangan, aku menangis aku cakap ” korang tak dengar ke tadi”. Semua roomate aku hairan, diorang cakap tak dengar apa-apa pun. Lepas tu semua roomate aku tanya kenapa dengan mata aku, lebam macam kene tumbuk.
Keesokan harinya aku jadi macam lain. Aku tak tahu apa kena dengan aku, aku rasa nak ketawa tapi dalam masa yang sama, aku takut sangat-sangat.
Atas sebab kene ganguan ni dan atas faktor-faktor yang lain, aku berhenti belajar secara drastik. Semangat aku hilang, bila malam je aku tak boleh tidur. Aku sentiasa rasa cemas,rasa di perhati. Selalu kene tindih. Aku tak boleh dalam gelap. Kalau aku tertidur, dan ada orang yang tutup lampu, aku automatik akan terjaga dan cepat-cepat buka lampu. Aku kerap terjaga pukul 3, 4 pagi. Perkara ni berterusan sampai 2 bulan.
Ingat lagi tak yang aku cakap aku dengar “earphone” tu. Kalau nak tahu, sebenarnya aku tengah dengar ayat suci Al-quran surah al- baqarah. Mungkin sebab aku tak memahami ayat yang aku dengar, jadi tak beri apa-apa kesan pada ‘benda’ tu.
Lepas setahun benda ni berlaku, aku dapat kekuatan untuk sambung belajar semula. Kali ni aku belajar di tempat lain, tapi sama saja. Kat mana-mana kita pergi mesti ‘benda’ tu ada. Cuma kali ni aku memilih untuk berdiam diri dan jaga mulut.
Asrama rumah flat. Setiap hari ada je bunyi aneh seperti orang sedang bertukang, bunyi orang mandi, bunyi kerusi plastik, bunyi tapak kaki, bunyi ketukan di dinding, bunyi orang hembus di telinga dan bunyi orang-orang berlari di tingkat atas, masa magrib. Bukan setakat bunyi, malah ‘benda’ tu menyamar jadi kawan dan ada juga roomate yang kene histeria.
Perkara ni dah lali bagi kami semua. Kami dah terbiasa. Kemana pon kita pergi, kita kene ingat dunia ni kita kongsi dengan makhluk tuhan yang lain juga. Yang penting kita kene pandai jaga diri. Jaga kebersihan. Persiapkan diri dengan ayat-ayat pendinding dan jangan sesekali buat kemungkaran.
– Far
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit