Jangan Tentukan Halatuju Anak Membabi Buta

Aku just nak luahkan apa yang terpendam dalam hati aku. Aku memang jenis susah nak cerita masalah dekat orang lain. Sebab selalu je masalah yang aku cerita personally pada orang yang kononnya boleh dipercayai, tersebar pada orang lain pula.Obviously yang korang tak kenal aku, dan aku pun tak kenal korang. Kalau kenal, buat-buat la macam tak kenal.

Aku dah lama pendam benda ni.Benda ni lah yang selalu buat aku depress sampai sekarang Tapi tak adalah sampai serius. Benda ni start bila mak aku paksa aku ambil bidang yang aku tak minat dan aku tahu aku tak akan mampu pun untuk carry course tu. Untuk pengetahuan korang nak tukar course masa tu perlukan perakuan bertulis ibu bapa. Mak tulis panjang gila surat tu, dah macam karangan SPM. Mak aku paksa juga aku tukar course walaupun dah banyak kali aku kata aku tak nak. Sampai dia terjerit-jerit,tengking-tengking dekat telefon depan adik-adik aku. Kata mak ‘Dulu kecik-kecik, kau nak sangat jadi ***, hah kenapa sekarang tak nak ambil pulak’. Panjang dia punya bebel sampai aku letak jauh-jauh phone dari telinga.Sampai nangis malam-malam tak nak tukar course.

Buat pengetahuan korang, aku pelajar cemerlang masa sekolah dulu. Cemerlang je tau, definitely bukan genius.Jadi aku layak bawa course tu,walau tak minat. Aku fikir pilihan mak mesti ada hikamahnya kan? Tapi tak?! Aku silap besar. Tiap-tiap hari aku pandang je nota aku. Nak faham and hafal 1 page pun punyalah azab. 1 hari kat page sama je. Lambat gila nak masuk pasal memang tak minat dan memang aku lemah subjek tu walaupun dulu dapat A. Hasilnya, pointer aku drop. Aku memang tak boleh fokus kat kelas. Rasa dah tak minat belajar pon ada. Nak mohon biasiswa pon dah tak boleh.

Aku dapat biasiswa sebelum ni, jadi bila tak layak tu automatically rasa self-respect tu dah hilang. Depress memanjang, dengan result teruk lagi.Memang bila dah sampai tahap orang tentukan apa yang kita perlu buat untuk masa depan, dan kita gagal dalam proses itu, rasa putus asa , self-blaming datang dengan sendiri. Kau bagilah dia ambik course yang dia minat tu, dia memang dah tak rasa nak belajar pun. Dah hilang minat dah. Rasa diri sendiri teruk sangat,Memang pernah tahap phone pun tak nak angkat.Jadi takut. Tidur je manjang, tak prgi kelas..Macam-macamlah.Selalu terfikir

’‘Kenapa aku tak tetap pendirian masa tu?’’

’’Kenapa bodoh sangat ikut bulat-bulat’’

’’Yang nak belajar engkau, bukan mak bapak kau?’’

Aku rasa ramai yang tak suka dengan pendapat aku.Tak apa, pendapat cumalah pendapat, bukannnya fakta. Aku tak tahu lah apa yang mak aku dengar sebelum suruh aku tukar course tu.By the way, mak aku ni jenis percaya semua cakap kawan-kawan dia.Aku pasti mereka pasti berkait rapat dengan insiden yang menimpa gueh. As if, semua omong kosong itu adalah fakta kerana penuturnya yangdipercayai lebih banyak’ makan garam’. Walaupun most of the time kawan-kawan dia ni memandai-mandai je bagi ’fakta’ yang telah dibuktikan auta.EH! Kau ingat dia serik?. Percaya lagi ‘fakta’ kawan-kawan dia ni lagi. Budak muda punya fakta? Mentah macam nasi jelantah, susah nak ‘hadam’

Meh sini aku kasi tau sama makcik-makcik bawang, common sense zaman siber ni.

1. Jangan percaya semua berita yang anda terima di media sosial secara bulat-bulat sebelum selidik kesahihannya. Hah, jangan suka-suki sebar berita tu secara memkhinzir-buta.

2.Jangan senang percaya kenyataan bergambar.’Eh, dah siap gambar ,hias bunga,letak anaconda,zirafah,iwak lele.etc.. carta apa semua , mestilah betul! Takkan nak tipu’ Eh, mak cik yang buat benda tu orang tau, bukan Tuhan!

3.Yang ni lagi satu, kalau artikel tu sebut” mengikut kajian…….’’ Hah yang ini mak cik-mak cik terus menggelabah nak share. Mak cik, lenkali mintak jurnal, rujukan dorang ni.Website pak cik google jangan percaya sangat.Banyak kaki kencing sampai banjir.Budak tahun 1 pun boleh tulis’’ mengikut kajian..’’, mak cik.baca betul-betul ya mak cik.

4.Jangan emosi sangat ya bila baca status macam page krt ke, siakap senohong. ke,Eh wau bulan ke,sampai terjerit-jerit pasal terbaca status’ bini mengamuk tak dapat paddle pop’ kat kedai runcit.Menyampah tau orang dengar. Kadang-kadang orang tulis nak kan perhatian je.Kalau betul betul pun, banyak sangat ajinamotonya.Page pula nak traffic je.Media sosial bukan laman formal yang menjadikan segala macam maklumat di dalamnya benar-benar belaka.

5.Jangan riak di pesbuk.Facebook bukan laman bersekuriti tinggi yang terdiri dari mereka-mereka yang berhati suci murni, bajet-bajet malaikat Jibrail.BEWARE!! Riak apa? Pikir sendiri.

6.Jangan suka menyebarkan aib atau berita buruk saudara atau sahabat anda di media sosial. Ia dikira dosa mengumpat dan memfitnah juga.Ada yang tak tau pasal ni.Kisah benar.Lagi satu kalau bercerita pasal orang yang diumpat pada mereka yang tidak mengenali orang yang diumpat dan bertujuan untuk memberi tauladan ia tidak dikira mengumpat.Boleh cek surah An-Nisa’ pasal mengumpat.

Eh, melalut pulak.Hah, jangan memandai-mandai bagi ‘fakta’, anda tak nampak pandai tapi nampak lebih……….’’.Hanya jauhari yang mengenal manikam ‘’ya hadek-hadek.Apa kaitan aku dengan mak cik bawang semua nih..Banyak, pasal mak percaya semua ‘fakta’ dorang. Porak peranda hidup. Jangan paksa anak ambil course yang mereka tak minat.Yang bole bawa tak apa, yang macam saya.Sia-sia belajar.Sebab dengar cakap kawan, kita pun keras kepala , akhirnya anak jadi mangsa.

Sekarang aku okay sikit..slow-slow atur hidup.Alhamdulillah habis belajar.Walaupun rasa selalu nak give up. And tipula kalau aku kata aku tak rasa marah kat mak aku..Tapi marah macam mana pun mak still mak aku kan? Aku yang sepatutnya kena ‘ degil’ sikit pasal future aku kan? Dah jadi macam ni aku juga lah yang disalahkan pasal aku yang belajar kan? Takpa, aku masih ada masa.Lagi satu, jangan banding-bandingkan anak anda.Benda ni jarang memotivasikan anak anda.Rasa diri sendiri tak guna, tak bersyukur dengan apa yang dah dapat,rasa tak cukup,rasa useless dan rendah diri adalah. Lecturer aku kata aku tak bersyukur pasal selalu fikir apa yang aku tak ada Aku lupa dengan apa yang aku dah ada sebelum ni.’Be grateful of what you have before ’Thanks lecturer. :)

– meliodas.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *