Salam semua. Nie first time saya meluah kat sini. Saya Huda. Umur saya 33 tahun. Dah kahwin 7 tahun yang lepas. Dah ada anak seorang.
Saya kerja kerani di sebuah kedai hardware saja. Suami saya supervisor di sebuah stesyen minyak. Macamana ye nak mula… Bukan masalah dengan mentua, suami tetapi dengan kakak ipar suami.
Untuk pengetahuan, dulunya kakak ipar dengan suami serta 5 anaknya duduk di rumah kampung. Rumah ibu dan ayah mertua. Dari bujang sampailah dia dah kahwin, ada anak 5 nie duduk situ.
Kakak ipar tak kerja. Suami dia kerja tapi suka berhenti. Nanti kerja tempat lain, tak sampai 4 bulan berhenti lagi. Alasan tak seronok, boss berlagak, tak suka dia. Itu saja alasan dia.
Dah berbuih mulut dinasihati tapi tak pernah nak berubah. Sampai cakap tak perlu masuk campur katanya. Saya tak pernah masuk campur pun. Suami jer yang selalu tegur.
Dalam bulan jun tahun ini, Kakak ipar nak berpindah ke rumah kami.
Dan dia memberitahu Ibu dan Ayah mertua saya yang suami dan saya bersetuju bagi mereka pindah ke rumah kami. Padahal, tak pernah mereka berbincang hal itu. Tiba-tiba sahaja petik nama kami pula.
Takpe, kami beri peluang tapi suami saya dah bagi syarat, cuma dua bulan saja. Dalam masa dua bulan tue, usaha cari rumah sewa dan cari kerja.
Dari situlah bermulanya episode “hitam”. Segalanya mengharap kami.
Sampai duit belanja anak mereka pun minta pada kami dengan alasan mereka orang susah dan cakap dengan suami saya takkan dengan adik beradik sendiri nak berkira. Dengan isteri semua boleh.
Saya geram jugalah dengar tapi tak kerana suami, lama dah tue saya bertumbuk dengan kakak ipar. Patutlah adik beradik suami lain macam taknak layan sangat mereka nie. Sebabnya, abang sulung suami dah terkena.
Sudah dibantu, akhirnya kakak ipar mengadu pada salah seorang Mak saudara suami yang isteri abang sulung tak suka mereka anak beranak. Bagi makan pun berbeza.
Bila hal tue sudah sampai ke telinga abang sulung suami, sejak tue abang sulung dah tak nak layan lagi mereka. Hari raya pun tak bercakap.
Dan giliran kami pula. Saya pernahlah masak kaki ayam masak kicap. Kakak ipar komplen cakap kaki ayam nie nak bagi makan kat orang.
Dia cakap lagi yang dia geli dan takkan bagi anak2 makan benda tue. Dahlah menolong masak pun tak, tak tahu diuntung pulak tue.
Takde maknanya suami dia nak hulur2 duit barang dapur. Sesen pun tarak! Tapi demand memacam seolah mereka pula tuan rumah. Jajan anak2 dia kena belikan.
Dan anak2 dia pandai minta duit kat suami saya. Anaknya nombor 4 siap cakap, “Pakndak, nak duit. Mama suruh minta…” Budak tue masih kecil dan polos. Memang dah diajar oleh maknya. Takkan pandai sendiri. Ada tukang ajar.
Suami kakak ipar perokok. Dahlah hisap rokok, hisap vape lagi. Nak cepat kembali ke Rahmatullah ke gamaknya. Kot ye pun, tengok keadaan. Anak saya memang tak biasa. Sebab suami tak pernah merokok ataupun hisap vape.
Suami kakak ipar hisap rokok tak kena tempat. Hisap dalam rumah, dalam toilet, kadang ada anak2 pun selamba saja.
Dan dah masuk 3 bulan, suami dah geram akhirnya, suami halau mereka keluar. Suami punyalah marah sampai cakap,
“Jangan berani lagi korang anak beranak datang sini lagi! Balik, pergi berambus!”Kakak ipar menangis dan merayu. Suaminya pun tapi memang big NO kali nie.
Akhirnya mereka pulang semula ke rumah Mak dan Ayah Mertua. Seperti biasa, memang ada saja gebang dan bohong mereka bercerita tentang kami.
Mak dan Ayah mertua dah faham sangat. Just diam jer. Cerita kat lain pun sama. Akhirnya mereka diam sendiri sebab memasing buat tak tahu saja. Dengar boleh, percaya jangan.
Saya dan suami nie terlalu baik. Dulu2 pun, kami rajin juga beri duit pada anak2 mereka. Yelah, dah anak buah kan. Balik kampung, mesti belikan oleh2 atau jajan. Pernah juga bawa makan dan berkelah.
Tapi tak sangka mereka cerita lain pada orang lain di belakang. Sejak2 tuelah, kami mengambil tindakan “jangan terlalu baik” pada mereka. Pandai-pandailah hidup lepas nie.
Satu hari, abang pada Mak mertua yang kami panggil Pak Uteh datang dan kakak sulung dan suaminya kena “brainwash”. Kata Mak mertua, mereka berdua senyap tak cakap apa2 sampai ke sudah.
Biarlah. Saya dengan suami dah tak nak campur. Harap berubahlah. Belum lagi part Mak mertua jaga kelima2 anaknya. Mak mertua pernah kena terajang dek salah sorang anaknya sampai lebam pipi.
Mak mertua mengadu pada kakak ipar. Dan dia cakap, “Biasalah, Mak. Budak2 macam tuelah… Mungkin yang dia nak Mak tak bagi kot, dia marahlah.”
Langsung takde rasa bersalah. Anak tue yelah masih tak berakal. Patut Maknya berakal.
Kalau ikut, cerita semua nanti panjang macam sinetron. Ini pun dah panjang lebar. Saya bukan menghasut orang suruh jangan jadi baik.
Bukan begitu. Buat baik berpada2. Itu saja. Jangan sampai kena pijak, kena buli. Yang patut saja. Saya pun bukan manusia sempurna jugak.
Ada buat salah silap…
– Huda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit