Jangan Terlalu Percaya

Hi, aku A. Umur aku 22. Aku pelajar IPT. Banyak dah aku dengar pasal kes zina. Dari pengalaman orang terdekat; mahupun cerita orang.

Umat Islam tau kan yang couple ni haram sebab membawa kepada zina? Ya. Aku tahu kau tahu.

Pada pandangan aku sendiri. Budaya couple ni memang dah jadi kebiasaan dan “normal” dalam masyarakat harini. Orang yang tak couple dan jaga batas pergaulan ni pula yang dianggap luar biasa.

Aku tak pukul rata. Tapi dari budak sekolah rendah sampai lah student pengajian tinggi, semua serba sama. Berebut nak bercinta. (Nauzubillah min zalik)

Dalam Al-Quran, Allah tak sebut “Janganlah kamu berzina”. Tapi Allah sebut “Janganlah kamu dekati zina”.

Apa maknanya? Maknanya, zina ni nak dekati je pun Allah dah larang. Zina adalah satu dosa besar. Dan setiap perkara yang membawa kepada zina juga haram dan berdosa. Bercouple ni memang dah sah mendekati zina.

Untuk pengetahuan semua, JALAN MENUJU ZINA ADA 7.

“Pandang-pandang, kemudian senyum -senyum, kemudian memberi salam, kemudian bersembang, kemudian membuat temu janji, kemudian berjumpa, kemudian berzina”

Sejujurnya, aku pun ada pengalaman sendiri. Bukan aku nak bangga. Jauh sekali nak buka buka pekung di dada. (Tapi alhamdulillah, Allah pelihara aku dari jalan zina yang terakhir).

Aku harap perkongsian ni dapat buka mata pembaca supaya tak terlalu percaya anak-anak mahupun adik-beradik sendiri.

Aku terjebak dengan semua ni masa umur aku 14. Ya. Tingkatan 2. Masa tu memang zaman kegemilangan facebook. Zaman budak-budak hotstuff, lepak Pavi, buat gathering apa semua.

Kiranya facebook memang meriah dan jadi medium untuk kenal orang. Tambahan pula, smartphone pun dah ada. Tak leceh lagi nak buka komputer.

Oh ya, aku dah ada fb sejak darjah 6. Awal kan? Memang tak patut. Mungkin ibu bapa aku percaya dekat aku. Sampai masa lapang aku pun habis dekat facebook.

Jujur aku cakap, memang seronok chatting dapat kenal orang baru, kenal rakan sebaya, orang yang lagi tua. Ramai jugak kakak dan abang angkat aku kat fb masa tu. Sampai tak menang tangan nak balas chat. Seronok punya pasal.

Satu hari, ada lelaki approach aku. Aku gelarkan dia Z. Sebaya, form 2 juga. Z dari sekolah berdekatan. Sebab selalu chat, dia confess yang dia suka aku. End up, kita orang couple.

Memang hari-hari hampir setiap masa nak chat. Hari-hari rindu. Bila aku baca balik conversation kami balik, memang geli habis. Bersayang ayang bagai haih dari mana aku belajar pun tak tahu lah *muntah hijau

First meet, dia datang belakang sekolah dengan kawan dia naik motor. Aku ajak kawan aku 2 orang perempuan teman.

Balik tu dia chat aku, dia kata aku comel. Oi berbunga hati aku! Tapi cinta monyet ni tak lama. 4 bulan je sebab dia curang kat wechat. Apoo

Tahun sudahnya, form 3. Aku couple dengan lagi sorang lelaki. Kenal dekat wechat. Aku gelarkan dia F. Ex boyfriend aku 2 orang ni je. Z dan F.

F dari sekolah berdekatan. F ni bad boy sikit. Dia berani pegang tangan aku. Eh takutnya. Aku tepis dan cakap taknak, but he keep on trying and at last, aku biarkan. Haih.. nak tepis bisikan syaitan pun tak mampu.

Since aku kena tunggu bas untuk balik rumah, kadang-kadang F datang jumpa. F selalu bagi hadiah and chocolate. I could say that aku dah jatuh cinta betul dengan dia.

Dia pernah ajak aku naik motor pusing-pusing kejap. Tapi alhamdulillah, aku berkeras tolak pelawaan dia.

Aku tak berani. Aku fikir kalau abang atau bapa aku tau, habis aku. Dan aku fikir lagi, kalau dia bawa aku ke mana-mana, dah aku pula tertinggal bas. Ah sudah, drama apa pulak jadi. Menakutkan betul.

Aku dengan F tak sampai setahun. Dia minta clash sebab dia ingat aku ada affair dengan abang angkat aku. Apoo. Punyalah aku menangis.

Haih kelakar kelakar bangang betul bila ingat balik. Mak ayah tahu aku tengah bercinta tapi mungkin mereka ingat hanya chat di telefon semata dan anggap cinta monyet zaman sekolah ni perkara biasa.. (Part jumpa and holding hand with F tu takda la bagitau)

Jangan salahkan ibu bapa aku. Mereka terlalu percaya. Aku yang seolah menconteng arang dimuka mereka. Benda dah lepas. Tolong jadikan pengajaran. In the end, I believe that Allah masih sayangkan aku. Allah pelihara aku. Beri aku kesedaran.

Sebab seingat aku, dalam aku chatting kat fb dan wechat rata-ratanya jumpa yang “ok”. Cuba bayangkan kalau jumpa orang yang mengarut dan nak ambil kesempatan. Ya Allah.. I could not imagine..

Dari peristiwa tu lah, aku berazam taknak ulang kesilapan sama. Aku taknak jadi perempuan murah senang-senang orang boleh dapat.

Itu cerita 6 tahun lepas. Zaman sekarang ni lagi banyak kena risau. Dengan phone canggih, teknologi canggih, pengaruh tiktok, apps dating, lgbt, instafamous yang social pergi clubbing, pakai seksi, couple tapi macam dah kahwin.

Semua ni kena cakna dan ambil tahu. Budak-budak sekarang lagi senang terpengaruh, tahu?

Untuk pembaca, jangan terlalu open minded dan percaya anak/ adik sangat ya. I dare you to take your children’s phone and read their conversation or look at their photos in galary.

Kebarangkalian nak jumpa unexpected thing tu memang sangat tinggi. Kalau jumpa, tolong jangan mengamuk marah tak tentu pasal. Sila cakap dan bincang baik- baik.

My youngest sister ada smartphone sendiri (she’s in form 2). Recently, dia menangis mengaku dekat ibu yang dia ada tengok video berkaitan dengan lucah. Dia tak cari, maybe from pop-up or suggestion.

But honestly, I am proud of her. Sebab dia tau siapa yang patut dia cakap pasal hal ni dan dia sedar benda tu salah dan berdosa.

Dalam menginjak dewasa ni, macam-macam orang aku jumpa. Yang baik, dan ada juga yang sebaliknya.

Ada yang selalu pergi clubbing, ada yang pernah terlanjur, ada yang ketagih porn, ada yang depression sebab clash, ada yang tak segan silu pegang tangan walau belum kahwin. Even ada yang siap buat ig story kissing their partner.

Entah lah. Aku malas nak cakap lebih-lebih. Aku doakan mereka beroleh hidayah dari Allah. Tolong doakan agar aku terhindar dari fitnah dunia..

Last last ni, aku cuma nak nasihat. Besar mana pun dosa yang kau pernah buat. Belajar lah maafkan diri kau dulu.

Jangan dikenang dah. Benda dah lepas, dah tak boleh nak ubah. Allah Maha Pengampun. Ingat tu. Jangan hina si pendosa, Kerana hidayah milik Allah yang Esa. Much love, Assalammualaikum.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *