Saya nak luahkan sikit, ramai pelajar yang guna rujukan dari wikipedia dalam kajian akademik.
Bukanlah mereka tulis rujukan diambil terus dari wikipedia, tapi mereka ambil jalan mudah dan ambil bahan rujukan yang ditunjukkan dalam wiki tu tanpa usul periksa.
Contoh: wiki letak 1 buku sebagai rujukan, mereka ambil rujukan buku itu dan letak dalam kajian mereka tanpa semak silang dengan buku rujukan lain.
Ada sumber rujukan yang digunakan dalam wikipedia itu lemah, blog picisan, dan buku yang bukan kajian akademik serta berat sebelah.
Saya juga nak menyeru para pelajar universiti, jika ada masa terluang, daftar la akaun wikipedia dan cuba edit wikipedia english dengan SOP wiki yang betul (guna reliable source, neutral point of view etc.).
Selain dapat membantu penguasaan bahasa inggeris anda, anda juga dapat membetulkan fakta2 berat sebelah yang ditulis dalam wiki,
Dan jika edit anda itu berguna, mungkin anda akan dapat pahala kerana berkongsi ilmu selama tulisan anda itu ada di laman wiki.
Bayangkan berjuta orang baca website wikipedia setiap hari.
Sekian terima kasih.
– Academician (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
setuju dengan saranan penulis. sebagai pelajar ni kena guna sumber ilmiah untuk buat rujukan. dalam tugasan pun kalau masukkan rujukan wikipedia, tak diambil kira. guna google scholar. dalam tu banyak boleh jumpa yang ilmiah. lagi satu masing-masing universiti ada perpustakaan fizikal dan online. maanfaatkan online library tu. banyak yang bolek akses. contoh researchgate, emerald , sage journal dan macam2 lagi.. semua berguna. tapi dalam bahasa inggeris la. saya bukan la tenaga pengajar cuma saya kongsi pengalaman semasa bergelar pelajar dulu.