Jangan Terlalu Percaya Pada Wikipedia II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jangan-terlalu-percaya-pada-wikipedia/).

Ada beberapa orang yang mungkin tidak baca sepenuhnya tulisan saya sebelum ni sebelum memberi komen.

Isu yang saya ketengahkan bukan guna “direct”/secara langsung wikipedia sebagai rujukan, tetapi guna secara “indirect”/tidak langsung.

Contoh:

1) Guna secara langsung / direct:

Pelajar letak sumber rujukan terus ke laman web wikipedia berkenaan Topik_A.
>https://wikipedia.com/Topik_A

Yang ni memang salah, semasa saya sekolah pun cikgu2 dah larang jangan buat macam ni dalam kertas kerja/folio dan sebagainya, apatah lagi di universiti

2) Guna secara tidak langsung / indirect:

Dalam wikipedia, mengatakan berdasarkan Jurnal XYZ, Topik_A adalah berasal dari lokasi VVV.

Jadi pelajar tanpa periksa silang dengan jurnal dan buku akademik lain, terus mengolah ayat baru; Berdasarkan kajian daripada Jurnal XYZ, Topik_A berasal dari lokasi AAA.

Kemudian dalam kertas kerjanya, dia letakkan rujukan dari Jurnal XYZ yang datang dari salah satu universiti terkenal (bukan wikipedia)

Sedangkan ada beberapa lagi Jurnal di luar sana dari universiti dan badan kajian terkemuka yang mengeluarkan pendapat berbeza, contoh Jurnal ABC berpendapat Topik_A sebenarnya berasal daripada Lokasi BBB, pendapat ini juga disokong pula oleh Jurnal DEF.

Buat yang tak tau, wikipedia ni ada polisi “reliable source”, jadi banyak je kandungan dalam wikipedia tu yang guna valid jurnal dan buku akademik.

Cuma siapa2 pun boleh membuat kandungan, jadi kandungan dalam wiki tu boleh jadi berat sebelah, pandangan minoriti dan sebagainya.

Sebab tu kena semakan silang, walaupun di wiki itu guna rujukan jurnal/buku akademik yang terkenal.

Sekian..

– Academician (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *