Assalamualaikum, nama aku Redza. Aku bekas Executive.. Aku nak kongsi sedikit pengalaman hidup aku. Dahulunya, aku semasa aku kerja sebagai Executive, aku sangat ‘selesa’ dengan life aku. Yelah, kerja bagus, gaji banyak RM7k, dapat travel sana sini.
Bila dah selesa, aku sikit sikit mula jauh dari Tuhan. Aku sentiasa cari alasan untuk tak solat walaupun aku bekas pelajar Sambest, aku tak jaga pergaulan, masa tu aku memang happy, hidup aku enjoy. Apa yang aku nak, aku boleh dapat. Anytime.. Nak kereta, nak makan hotel mewah, nak travel. Semua aku boleh dapat, termasuk lah wanita yang aku nak.
Aku dah berkahwin dengan pilihan aku, tapi aku buat dia macam tak wujud. Balik rumah untuk tidur, selebih nya, aku banyak menghabiskan masa dekat luar, dan aku juga selalu outstation. Setiap kali outstation, ada saja perempuan yang akan temankan aku. Aku keluar dengan ramai perempuan.
Aku bosan dengan Lisa, aku tinggalkan dia. Cari lain, dapat Zara, dah bosan, tinggal kan dia, aku cari lain.. Sebab masa tu aku ada duit, aku mewah. Kalau setakat perempuan, aku tunjuk duit, dengan kunci kereta. Confirm dapat.. Dari yang bertudung, yang seksi. Semua aku boleh dapat.
Dari aku tak reti masuk club, aku masuk.. Tapi aku tak pernah sentuh minuman keras. Hidup aku sangat happy masa tu, bebas nak pergi mana, nak buat apa walaupun dah berumah tangga.
Perangai aku pun dah berubah, aku jadi baran. Aku sedar apa aku buat, tapi entah kenapa. Bila duduk rumah, mesti aku gaduh dengan isteri aku. Aku pukul dia, aku tak bagi dia kerja, aku tak bawak dia jalan. Aku biarkan dia ‘terkurung’ dalam rumah. Tapi sikit pun dia tak pernah merungut. Aku rasa aku ni ketua dalam rumah tu, aku boleh buat apa je dekat dia.
Sehingga lah 1 hari tu, disaat wife aku lagi 2 bulan nak bersalin. Aku dibuang kerja disebabkan prestasi aku makin merundum. Lepas diberhentikan, aku cari kerja, tak dapat.. Merata aku cari, kerja sebagai cashier pun aku tak dapat. Masa ni aku betul-betul buntu.. Kereta aku kena tarik, sebab dah 4 bulan tak bayar. Kawan-kawan semua tak boleh tolong aku.
Segala kemawahan aku, ditarik sekelip mata je. Aku jatuh terduduk, aku duduk rumah, aku serabut. Sebab aku fikir, duit dah takde. Aku nak pinjam siapa? Semua kawan aku tak boleh tolong..
Dalam minggu yang sama, wife aku gugur. Bayangkan, dalam kau serabut pasal takde kerja, tiba-tiba datang ujian baru. Wife keguguran, lepas 2 tahun kau tunggu zuriat. Lepas 3 kali dia gugur, ini kali ke-4 dia gugur. Lagi 2 bulan nak bersalin.. Sekali lagi aku terduduk mengenang nasib.
Sikit-sikit aku dekatkan diri dengan Allah, aku solat taubat, aku mula mencari ‘hidup’ aku yang sebenar. Berkali-kali aku minta ampun dekat wife aku, lepas apa yang aku buat. Aku abaikan tanggungjawab aku, aku buat dia macam persinggahan. Dan disebabkan perangai aku, dia kena tanggung ujian ni sekali..
2 bulan aku menjaga wife aku berpantang, tanpa baby.. Sedihnya, tuhan je yang tahu. Beberapa bulan selepas wife aku habis pantang, aku cuba mencari kerja, tapi masih sama. Jadi, aku decide untuk mulakan bisnes kecil-kecilan. Dan Alhamdulillah, sekarang aku pun dah ada kedai. Alhamdulillah, tak semewah dulu, tapi lebih bahagia..
Ini pesanan aku, bila kau dah dapat apa yang engkau nak, jangan lupa dekat Allah. Sebab apa yang kita ada ni, datang DariNya, atas IzinNya. Kau jaga hubungan kau dengan Allah, maka Allah akan jaga kau.
Jangan aniaya Isteri, sebab isteri adalah ‘Pintu Rezeki’ bagi suami. Bila kau dah dapat segalanya, bukan bermakna kau boleh angkuh.. Tapi sebenarnya Allah nak uji, sejauh mana kau ‘Setia’ menjadi HambaNya.
Bila ada sesuatu kejadian yang menimpa kau, itu sebenarnya Allah ‘Jentik’ kau, supaya kau beringat yang kau ni tak punya apa-apa. Jangan jauh terpesong dari jalan lurus.. Semoga kita menjadi insan yang lebih Baik.. Amin..
Syukran..
– Redza (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit