Jangan Terlalu Taasub

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Untuk admin, terima kasih ya kalau coretan simple ni diapproved. Saya harap ia dapat beri manfaat sedikit sebanyak kepada semua.

Rasa rindu pulak nak mengarang kat sini hihi last confession dalam sebulan lebih. Baiklah untuk confession ni, saya nak ketengahkan isu taasub/obses. (Ejaan tu memang dah betul ye bukan taksub tapi taasub).

Amaran ye confession ni agak panjang jugak, ayat agak formal dan mungkin ada sedikit rojak bahasa. Kalau free bosan2 bolehla teruskan membaca.

Secara umumnya taasub ni membawa erti terlalu dan terlebih suka atau minat pada sesuatu perkara seperti hobi atau politik ke. Perkataan lainnya ialah fanatik. Kadang2 taasub ni bagus, kadang2 sebaliknya.

Contoh kalau kita taasub nak belajar bersungguh2 untuk banggakan mak ayah, kira bagus la. Namun saya akan fokus pada taasub atau obses yang pada pendapat saya, kurang sihat atau kurang bagus.

Sebagai contohnya, sewaktu saya menulis coretan ini, agak hangat mengenai isu seorang pentaasub politik mengecam dan mengkritik Dr. Amalina, seorang pakar bedah pelatih kelahiran Malaysia di UK. (Siapa je tak kenal best student ni kan).

Sebab dikecam adalah beliau menegur petua air suam yang dikatakan oleh YB Menteri Kesihatan Dr. Adham Baba.

Malahan, Dr. Imelda Balchin seorang pakar sakit puan yang terkenal juga turut menerima tempiasnya kerana beliau cuba membela dan mempertahankan Dr. Amalina.

Teruknya kedua-dua doktor berkenaan dikecam memang sedih sangat2 kalau baca satu persatu komen yang dilontarkan oleh mereka yang terlalu obses dengan side politik mereka.

Padahalnya, apa yang dilakukan oleh Dr. Amalina adalah sangat wajar kerana beliau membetulkan mitos mengenai petua berkenaan yang tidak berlandaskan bukti kajian perubatan ataupun istilahnya tidak ‘evidence-based’.

Teguran berkenaan adalah atas kapasiti beliau sebagai seorang doktor, bukannya bermotifkan politik. Pada saya, politik Malaysia tak beri kesan apapun pada beliau yang nun jauh di UK sana.

Namun dek terlalu taasub pada parti politik, Dr. Amalina dihentam dituduh dan difitnah macam2 antaranya banyak failed exam, lambat grad dan lambat jadi pakar la dibandingkan doktor2 lain.

Sedangkan yang mengecam itu tak tau apapun pasal laluan perjalanan menjadi seorang doktor pakar tapi nak jugak ulas macam pandai tanpa rasa malu membentangkan auta2 yang menonjolkan kejahilan diri sendiri.

Isunya ialah, hanya kerana Dr. Adham Baba itu dipihak yang mereka sokong, segala macam kritikan atau teguran terhadap beliau, ditolak mentah2 oleh para pentaasub politik sekalian.

Dapat kita lihat apabila terlalu taasub, obses dan fanatik, mata kita dibutakan untuk melihat dan membezakan kebenaran dengan kebatilan.

Kalaupun benar teguran Dr. Amalina bermotifkan politik (agak mustahil sebab orang pandai jarang nak obses dengan politik), sekiranya ia betul, sepatutnya terima sajalah dengan hati terbuka.

Malah teguran beliau sangat beradab takde bahasa nista kecam kutuk bagai. Haih baru satu contoh dah berjela kan.

Seterusnya, ada kalanya taasub ni jugak , terlampau benci instead of terlampau suka atau sokong seperti isu politik tadi. Bila terlalu benci, macam2 dibuatnya terhadap mereka yang dibenci tu.

Saya gunakan satu lagi isu semasa ketika saya menulis ini iaitu isu ‘agama BTS’ yang trending. Katanya kerja Army yang terlalu obses sampai buat agama baru bagai. Apabila diselidik, terbongkarlah group agama BTS berkenaan dicipta oleh haters BTS yang terlalu bencikan BTS dan Army ni.

Saya bagitahu dulu saya ni layan jugak sikit lagu2 kpop yang popular yang sedap ditelinga gitu2. Takdela nak obses suka terlebih sampai jadi loyal Army bagai. Army suam2 kuku jela kira.

Jadi isunya disini bila tengok haters ni sanggup fake-kan group agama BTS tu semua, atas kapasiti apa yang kelompok ‘haters’ BTS ni berlebih2an sangat membenci sampai sanggup buat fitnah pasal agama dan akidah orang?

Malah kalau saya dengar lagu Melayu atau main twitter atau FB, mesti ada je golongan yang “like K Clique like, BTS komen” , “Linkin Park retweet, BTS like”. Apa motif nak drag diorang dalam semua benda?

Kalau kita benci seseorang bukan ke lebih mudah kita ignore sahaja buat tak tahu tak kenal? Haha emo pulak.

Malah kebencian yang melampau tu pun takde sebab yang kukuh. Lain la kalau diorang buat isu ke apa kan. Apa yang saya nampak, bila benci2 dekat orang dekat Malaysia ni dia kira macam hebat.

Selalu je jumpa nak like banyak komen je “Blackpink sampah BTS sampah”. Yg Melayu pun banyak kena “Aiman Tino sampah Nabila Razali sampah Haqiem Rusli sampah”. Dapat apa lah agaknya bagitau orang pasal kebencian sendiri tu.

Secara personalnya saya agak annoyed bila tengok golongan yang overly obsessed , fanatik dan taasub ni. Worst case macam politik tadi, tak nampak terus apa yang betul dan apa yang salah. Tak kisahla kerajaan parti apa pun, mesti ada golongan pentaasub macam ni.

Kesimpulannya apa2 pun samada kita benci atau suka pada apa2, berpada-pada dan bersederhanalah. Lagi2 kalau benci tu tak perlulah express kalau takda tujuan atau faedah. Simpan kat diri sendiri je.

Sama jugak kalau minat apa2 sokong apa2 jangan lebih2. Nak2 macai mahacai politik ke apa berapa sen la agaknya politicians tu bayar korang ye bila korang backup hahaha.

Haa dahla sampai sini je aku nak tulis. Aku harap ada la jugak manfaat buat korang yang membaca ni. Bye.

– Non Partisan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *