Assalamualaikum.. Nak cerita pasal Korea jap sebab rasa diri dah terlampau terjebak. Baru nampak bahaya bila diri sendiri dah termasuk dalam dunia ni dan banyak habiskan masa dengan benda tak berfaedah langsung.
Aku ni minat Running Man saja. Kpop jauh sekali nak minat. Menyampah tengok gedik-gedik atas pentas. Baik lelaki, baik perempuan.
Kadang-kadang, tarian sangat tak senonoh.
Kadang tengok RM, dorang ada promote cerita lah, lagu lah, aku rasa macam nak tengok aku layan gak Kdrama. Banyak jugak cerita Korea yang aku tengok sebab banyak best-best.
Pernah minat beberapa pelakon tapi setakat tu saja lah. Bukan sampai nak masuk dalam fan club.
Lama-lama, jadi bosan jugak.
Kalau dorang promote lagu, takdenye aku nak tengok. Kpop lah antara benda paling besar boleh buat peminat dia hanyut ke lembah kebinasaan. Aku berani cakap macam ni sebab aku pun salah sorangnya.
Aku cakap aku tak minat Kpop kan. Tapi ada satu hari ni aku tiba-tiba layan Kpop lepas terbaca satu cerita menyedihkan tentang sorang artis ni.
Jadi banyak cari cerita pasal dia dan aku sibuk nak ambik tahu. Dan lepas tu banyak dengar lagu-lagu dia, tengok konsert dia.
Lol. Aku menghabiskan masa aku macam tu saja. Sebab dah jadi minat, sampai solat tak khusyuk sebab aku asyik fikir macam mana dengan dia sekarang yang tengah tak berapa nak sihat dari segi mental.
Mengaji pun kadang skip sebab cepat-cepat nak tengok variety show yang aku download yang ada dia.
Aku banyak tengok video masa dia tengah okay dan happy. Jadi sedih fikir keadaan dia sekarang. Sampai mimpi pun dah berapa kali masuk dia and the gang.
Hari-hari nak tau dia buat apa. Follow dia sana sini. Selagi tak update selagi tu risau. Kot dia jadi apa-apa. Dan aku mula sedih sendiri, mula overthinking. Mula menangis. Entah apa-apa tah perangai.
Artis korea pertama kot yang aku minat gila-gila punya minat yang tahap tak tau nak cakap lah.
Sebelum ni aku minat pelakon, tak ada macam ni sangat. Dan minat pun cuma sekejap, lepas tu aku bosan. Dia ni tak tau lah. Entah kenapa jadi sibuk sangat aku ni sampai nak tau semua benda pasal dia.
Kerana kpop jugak aku banyak skip video-video bermanfaat dan berpahala untuk ditengok. Aku banyak habiskan masa dengan telefon, layan diri dalam bilik.
Atau kalau dengan family pun, selalu pakai headphone dan gelak sorang-sorang. Orang bercakap kita tak dengar.
Satu lagi yang buat aku minat dekat dia sebab aku tau dia and the gang tak plastic. Muka dari kecil sampai besar sama saja semua.
Company dorang memang meng’haram’kan pembedahan muka. So semua tu original. Takde bedah.
And dorang pun tak macam artis kpop lain yang kebanyakannya sangat over gedik. So aku rasa dorang unik and aku kena minat. Tapi tulah. Bila dah minat, over pulak minatnya.
Dah tua-tua minat kpop sebenarnya memang sangat perlu di slap through internet secara berjemaah oleh netizen sekalian.
Bahaya.. Sebab mata membiasakan diri tengok benda maksiat. Tengok pakai pendek-pendek, tengok perangai pelik-pelik. Jadi suka sebab konon funny.
Sibuk nak tau profile secara detail, dia darah apa, mbti apa, semua nak ambik tau. Sedih dengan pengorbanan dan usaha keras yang dia buat sampai jadi terharu.
Nabi punya pengorbanan dan usaha keras untuk Islam macam mana pulak? Terharu ye terharu. Tapi macam tu saja lah.
Hmm.. Payah betul nak istiqamah ni. Setiap kali betul-betul rasa nak mendalami Islam setiap kali tu lah hati mudah terjebak dengan benda lain. Tiba-tiba masa tu nak layan movie marathon lah, terasa nak itu lah ini lah.
Setiap kali. Setan senang sangat hasut. Tambah bila dah terjebak dengan kpop ni lagi senang setan nak hasut. Dan diri sendiri pun tak pandai tepis perkara mazmumah.
Aku pernah minat artis orang putih. Tapi selalunya aku akan minat pelakon. Tak suka sangat penyanyi sebab aku tak suka dengar lagu. Baik negara apa pun, aku tak pernah nak minat penyanyi gila-gila.
Tapi masa minat pelakon tu walaupun orang putih kan, yang lebih glamour, yang lebih banyak video boleh ditengok, tapi tak ada lah melampau sangat macam ni.
Ni dengan kpop ni entah macam mana lah nak buang. Sebab dah minat, dah jadi sayang sangat dekat dia. Aku perempuan. Dan aku minat tu pun girl group. Dalam tu ada 9 orang dan aku paling minat pun sorang saja.
Yang kpop ataupun pelakon korea laki aku macam tak berapa syok nak tengok sebab dorang macam lebih dari perempuan kadang-kadang.
Hehe.
Ada cara tak? Bagi tips apa-apa. Siapa yang pernah terjebak dengan kpop, ada cara macam mana korang boleh buang kpop dari diri korang?
And, ada nasihat yang pedas sikit tak untuk aku. Kalau ada, aku nak. Hehe. Terima kasih…
– Yoo Bwi Bwi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit