Ok first of all, mesti korang ingat akak nak confess pasal percintaan kan? Hahaha cliche sangat, baik tengok drama petang2 di tv3 tu. Heheheh.
Ok back to tujuan asal kenapa akak nak confess ni. Akak sekarang 2nd year 2 sem di UIA yang tercinta ni. Sebelum ni akak buat asasi di pj, result memang every sem dean list. Masa first year, akak try hard sangat2 nak maintain dean list untuk degree.
Akak study law so akak push diri akak untuk baca buku2 law. Sampai tersasar semua aktiviti yang lain. Solat, makan dan riadah semuanya jadi tak terurus. Sejujurnya, akak memang target cgpa yang tinggi dan result yang tiptop masa first year.
Setelah dua sem masa first year akak try hard, result pun keluar. Nak tahu tak? Result nya so-so je tu pun atas pagar. First time tahu result meroyan lah, dah pulun habis2 result camtu jer. Aishhh, akak jadi stress sampai rasa macam nak tukar kos je. Malu semua ada yelah, roomate study rileks je tapi result dean list. Tapi aku yang boleh katakan hari2 study dekat library sampai sanggup skip dinner hanya untuk study, result teruk.
Tapi alhamdulillah, tak dapat result cantik tapi still ada company sanggup sponsor study. Sejujurnya, akak rasa lagi stress masa mula2 company ni offer untuk disponsor. Memang lah seronok duit tu banyak tapi kalau akak tak perform exam nanti habislah. Haihh.
Akak almost setiap hari asyik terfikir, apa yang akan jadi result aku next sem, sem lepas study pulun pun result hampeh. So setelah muhasabah diri masa cuti semester first year, akak dapat satu idea which is “dont try hard, just be yourself and enjoy your study.” So akak guna pakai this idea masa 2nd year, masa ni akak dah tak try hard dah. Akak mula study rileks je, tiba waktu solat akak akan solat awal waktu, makan semua on time and paling best masa second year baru akak berpeluang dan istiqomah untuk buat dhuha dan solat sunat yang lain.
Akak rasa second year lah semester paling heaven even subjek second year semuanya berat dan lebih banyak dari first year. Paling penting sekali, akak meletakkan redha Allah setiap perkara yang akak buat berbeza dengan tahun sebelumnya dimana akak meletakkan cgpa as segala-galanya. So what ever result masa midterm or final akak redha jer. Hasilnya segala result yang akak dapat tinggi ke rendah ke akak rasa happy, jiwa akak rasa puas hati dengan apa yang akak dah buat dan cuba.
Nak add up lagi, akak dapat kawan baru, di mana dia sangat lah membantu akak dalam bab2 agama. Akak suka sangat. Kawan2 lama pulak mula menjauhkan diri, maybe sebab akak dah tak macam dulu yang suka bersosial sampai lupa dunia ni Allah yang punya. Takpa lah akak doakan semua kawan2 akak (tak ada istilah lama atau baru) mendapat redha Allah.Sesungguhnya manis gila hidup akak sejak mendekatkan diri kepada Nya dan balancekan dengan study akak.
Well, semua mesti nak tahu result untuk second year akak kan, alhamdulillah result sangat lah lebih cemerlang dari tahun yang lepas. Syukur kepada Allah kerana telah membantu akak supaya tak payah try hard sebabnya bila kita terlalu try hard kepada duniawi, it might cause kekecewaan. Tapi bila mana kita try hard dengan-Nya, kita dapat barakah nya. Okay lah tu je, akak nak kongsikan, harap korang try lah guna tips akak ni. Insyallah untuk third year akak akan confess lagi okay. Hehehe
– Sis Jijoe
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit