Jangan Tunggu Lagi

Bismillahhirahmannirrahim. Aku kongsi cerita aku di sini sebagai salah satu teladan dan semoga tiada sesapa yang akan menerima nasib yang sama seperti aku.

Kerana tidak pernah ada seorang pun datang pada aku bertanya kisah aku sebaliknya hanya menghukum dari pemerhatian yang berat sebelah.

Aku adalah mangsa SMEARS CAMPAIGN di sebuah oranganisasi yang berteraskan hubungan kekeluargaan adalah salah satu sebab utama di terima bekerja.

Aku? Aku juga salah seorang yang diterima bekerja kerana arwah bapa saudara aku orang lama di sini.

Awalnya, semua kelihatan dan di rasakan baik-baik sahaja. Dengan izin Allah aku juga bekerja dengan sebaik yang aku mampu dan setakat itu aku agak perform kerana sikap improvise aku dalam melaksanakan kerja-kerja yang di beri. Alhamdulillah.

Sehinggalah satu kejadian, ketika oranganisasi kami mengadakan kem seminar dimana kami berkursus (maaf tak ingat berapa hari kerana itulah detik paling hitam dalam hidup aku) dan kamiberkumpul beramai-ramai dari semua department.

Aku seorang yang sukakan aktiviti begini. Sebab aku agak gemar berkawan walaupun aku seorang introvet. Aku suka.

Namun, aku tak sangka itulah bermulanya pengalaman yang aku terpaksa tanggung selama lebih 10 tahun. Pengalaman yang merubah aku dan kehidupan aku.

Biasalah, selalunya dalam seminar macam ni. Macam-macam aktivit membina di sediakan. Salah satunya kene sediakan bendera kumpulan.

Satu sikap aku, aku suka share semua bende. Pengalaman cetek aku dalam kem seminar menyebabkan aku ingat yang bendera adalah tanda kumpulan.

Jadi, aku tiada niat lain, selain pesan pada kawan sekumpulan untuk menjaga bendera kami, kerana penyelia kursus yang aku pernah hadiri sebelum ini,

(bukan penyelia yang sedang di bincangkan) pernah menyorok bendera dengan motivasi agar kita tidak menjadi orang yang tidak bertanggungjawab.

So, kawan-kawan aku ketika itu juga berpesan sesama mereka untuk sentiasa menjaga bendera kumpulan masing-masing.

Sehingga malam ketika kami selesai makan malam, ketika basuh tangan di sink, kawan aku bertanya pada aku sekali lagi cuma kali ini dia tidak perasan yang seorang penyelia ade di sebelah dia, aku terus cuit kawan aku hint yang tolong berlapik bila bercakap.

(Patutnya aku tak yah cuit kot, jawab ja terus kan, bukan aku buat mende salah. Aish) so… begitulah… dalam aku tak sedar, this campaign start.

Sepanjang berada di kem, kumpulan dan aku khususnya… menerima semua perli-perli dan kata2 kesat juga mereka terus menerus menyediakan pendapat berbaur hasutan pada kumpulan lain

(mane-mane yang bukan kawan aku ketika itu) hanya mereka yang mengalaminya akan faham maksud aku ni.

Sehinggakan ketika jungle tracking, mereka dgn sengaja menunjukkan jalan yang salah pada kumpulan kami hingga tapak kaki seorang ahli melepuh. Lillah hi ta ‘ala. Mase tu aku tak sangka semuanya itu adalah kerana salah faham, hanya salah faham kecil.

Aku di gelar Narcissist kerana cuba melaga2kan peserta dan penyelia untuk mendapatkan perhatian dan di sukai ramai.

Setiap hari semua pergerakkan aku di perhati, dikaji dan dinilai. Aku senyum salah, aku bercakap salah. Sehinggalah, satu malam. Kami semua di tahan sebab penyelia kata kami ade buat salah.

(Untuk makluman, ini kem pekerja, bukan budak2 baru nak up ye) dan dia berterusan suruh orang yang buat cerita pasal mereka untuk bangun.

Seyes, aku tak faham. Aku tak tahu pun itu aku. Sebab setahu aku tak ada pun buat cerita tipu bagai. Entahla.

Hinggalah nama aku di panggil dan beberapa orang kawan aku juga. Kami di minta berdiri. Mase tu aku dh mula syak, sebab bila aku senyum kat kawan aku, dorang (perkara biasa ye) tengking “kenapa gelak-gelak?”

Ok… mase tu aku sentap. Mase tu aku baru sedar yang semuanya sebelum ni ditujukan pada aku walau mereka memandang orang lain.

“MARAH ANAK SINDIR MENANTU”

Walau telah di halang oleh seorang ahli kumpulan aku untuk tidak mengaku apa-apa sebab dia juga kate aku tak buat apa-apa salah. Aku dengan bodohnya telah berdiri dan cuba untuk menjelaskan situasi di hadapan semua orang disitu.

Aku ingat penjelasan aku meredakan salah faham. Namun, rupanye itulah detik dorang mula menguasai aku.

Aku memang menangis, kerana selepas aku bagi penjelasan. Satu-satu peserta dari komuniti mereka bangun mengeluarkan hujah-hujah berbaur hasutan dan penghinaan pada aku.

Aku tak lalu makan malam tu. Masih terkejut dan sedih. Akibatnya aku di tuduh menangis untuk diri sendiri sebab dah kantoi dan tiba-tiba tak lalu makan.

Ok, this is the best part. To tighter their claim about you. They sent someone to talk to you, as “comforter”.

“Kenapa? Apa dah jadi? Kesian kau?”

Aku… aku ketika itu sgt sombong, kepala aku ligat memikir ape bende semua ni. Sape yang cakap bukan2 pasal aku kat penyelia… sampai aku tuduh orang sane. Aku tuduh orang sini. Semua aku cite ke budak ni. Rupenye, seorang penyelia tunggu kat luar khemah. Dye jerit,

“Cukup (nama kawan aku tu)! Pergilah tido.”

Dush! 2kali aku kene tumbuk. Alhamdulillah.

Aish~~~

Guy’s, I’m so stupid that time. I always thought everyone is nice. Thats why I try to do nice by share anything good, benefit and help other base on what I know.

But, remember. Sometimes what you think is true, not true to others. What you think is nice, not nice to other.

Komuniti mereka dalam diam telah merancang dengan teliti, dorang check sape kawan aku. Sape yang baik ngan aku… etc.

Balik bekerja, cerita aku telah sampai dulu sebelum aku masuk kerja. Tapi Alhamdulillah, kawan di situ semuanya berlapang dada. Aku risau juga, tapi mereka orang-orang yang baik. Mereka tak terus menghukum aku.

Walau mereka tidak mendengar penjelasan dari aku, mereka menerima aku seadaanya. Aku bersyukur sangat.

Tapi, aku buat keputusan bodoh lagi. Kerana kesiannkan orang. Tanpa aku selidik, aku terima pertukaran suka sama suka ngan seorang di HQ. Dan disitulah bemulanya detik memusnahkan jatidiri aku seluruhnya.

Hari pertama lapor diri, pagi sebelum aku punch card hari pertama. Semasa menunggu pegawai admind.

Ade seorang tegur aku, dye juga ade ketika di kem. Tapi, dye baik. Dia tegur aku dengan baik. Tengah sembang2, lalu seorang budak perempuan yang aku tak kenal. Tak ade pun mase di kem.

Sambil lalu dye tegur kawan yang sedang bersembang ngan aku “Dah tak marah ke?”. Aku terkejut. Sebab itu antara ayat-ayat yang di lemparkan pada aku di kem.

Aku di ludah dengan kata-kata.

Setiap hari.

Setiap masa mereka berpeluang.

Aku buat keputusan bodoh sekali lagi, mereka komuniti HQ. Bermula di tempat inilah, mereka memperkuatkan smear campaign mereka pada ‘narcissist’ yang satu ni.

Aku dulu agak grooming. Bukan melebih2. Cukup setakat kasut tumit tinggi, sedikit eyes liner, lips gloss dan sedikit bedak. Supaya tak nampak pucat.

Well, salah satu kaedah smear campaign adalah dengan make you doubt your own appearances, personality and you self esteem.

Cakap kita buruk, cakap kita perasan cantik pakai kasut tinggi, bla bla bla… semua tu smbil lalu ja… tepat ke telinga kita tanpa perlu buat ianya terlalu obvious pada telinga orang yang tak tahu cerita.

“Plannya, kene buat dia hilang pertimbangan dulu. Keep on stress this person up, until their become anger, and we go to the next level.”

And they did. For your infomation, salah satu kaedah mereka ialah, sound you, or stare at you even when you try to smile, they will jeling or give this nasty look. Bila you dah tak pandang mereka atau buat tak tahu. Mereka akan sebarkan yang you tak de komunikasi.

Aku mula perlahan merundum. Serius aku down. Mula-mula dulu aku smpai gigil nak g naik turun lift. Sebab aku tak tahu apa perlu aku buat. Semua serba tak kene.

10 tahun guys. Even prestasi kerja aku semakin merundum. Mereka melaga-lagakan aku. Mencipta personality baru untuk aku. Dari seorang yang peramah kepada seorang yang pemarah.

Ye, bunyi mengarut. Sangat mengarut. Tapi ini benar. Terlalu banyak untuk aku tulis di sini. 10 tahun terlalu panjang.

Setiap perbincangan dan sembang2 aku disalah faham. Satu kes dimana ade suami orang dan isteri orang yang aku kenal kedua-duanya melakukan perkara yang haram. (Faham2la).

Tapi, kebanyakkan mereka hanya menyalahkan pihak perempuan, melemparkan kata2 kesat hanya pada dia seorang(well, krg fahamkan setakat ini, kata2 kesat mereka depan2. Macam memang pembuli tegar dalam drama tv tu) sebab yang lelaki tu ahli kominiti mereka.

Masa sembang ngan kawan2 yang aku anggap “kawan”. Aku cakaplah, jgn salahkan satu pihak ja. Korang tak tau cite. Situasinya adalah bermula ngan puji memuji. Kata-kata manis memujuk bagai. Sebab yang perempuan ni memang cantik.

Walau sudah berumahtangga, masih macam anak dara. So, awalnya si lelaki bergurau2 ja. Cantiknya la ko ni.

Body mantapla untung la laki ko… etc (lebih kurang, bukan sebiji2 sama ye. Nanti kate aku munafik lak cakap mende dorang tak cakap) Bermula ngan pujian, pastu makan2, pastu kerja luar sama2, pastu kongsi prob… pastu… pastu… pastu… cinta berputik.

Pastu ade yang cakap, yang lelaki tu anak orang baik2, bapaknye orang agama kat sini.( oranganisasi berteraskan rekomen keluarga kan.

Tentulah kenal) Aku, dalam situasi itu. Ketika itu untuk menjawab kenyataan itu. “Iman kan tak dpt di warisi”.

Yup

Second point for me as villain. Manusia paling berdosa kompem neraka kerana pandangan aku yang semberono ketika aku tak sedar ade di kalangan “kawan” yang menunggu masa utk update dalam group wassup komuniti.

Penat, semua di twists. Semua salah, semua serba tak kene. Tegur salah, tak tegur salah. Senyum di jeling, tak senyum di tenung smpai tembus pastu kita pandang buat muka jijik.

Aku naik train, ade antara mereka naik sama. macam biasa, dok tenung aku tak berkelip-kelip. Aku mase tu tengok balik, nape tengok ja aku?

Masuk dalam train, dorang terus hina aku cukup. D3pan2 semua orang dalam train yang tak kenal aku. Kata aku perasan, orang bersalah macam aku ni memang perasan orang tengok ja dye. Banyak dosa.

Ya Allah, aku tanye korang. Kalau korang kat tempat aku… adakah korang boleh berfikir secara waras? dorang pandai. Buat dalam diam. Pastu smear dengan yakin.

Cukupla rasenye. Kalau aku cerita semua… tak cukup page, korang pun bosan baca. Aku cuma mampu memujuk hati walau ketika ini komuniti mereka adalah jiran aku dan sedang berkempen di rumah pula. Terus menerus mencari dan mengorek busuk aku di rumah pula.

Kawan-kawan. Cuma satu aku ingatkan… jika dari awal kalian telah menerima semua ini. Berhentilah, cari kerja lain. Pergilah jangan tunggu, betul kebenaran akan muncul.

Tapi selamatkan diri kalian. Biarlah kebenaran itu muncul walau setelah kalian tidak terus supply this team their source of living.

Tak akan ade baiknya kamu. Jika ade yang cube berbaik ngan kamu. Pasti mereka akan cepat-cepat di hasut dengan mengatakan kamu adalah orang yang mereka cipta. Sangat busuk.

Mereka nak aku rasa macamana ketika penyelia kesayangan mereka di salah tuduh. Ini akibat yang aku perlu tanggung sampai sekarang.

Aku mengaku aku juga banyak silap. Aku pendosa dan aku sentiasa cuba berubah menjadi lebih baik. Walau akhir2 ini mereka mula mempertikaikan imaan dan kejujuran aku.

Subhanallah, Alhamdulillah Wala Illa hailallah Wallah hu Alhbar.

Aku betol2 dah berubah menjadi seperti yang mereka laungkan. Aku stress. Aku tak boley fokus. Aku takut nk buat keputusan. Aku tak percaya sesiapa. Aku persoalkan diri aku sendiri. Aku persoalkan semua di sekeliling aku. Aku tak suka orang. Aku penat bila bersama orang.

Aku kene fikir lama selepas ditanya, bukan untuk menipu, tapi aku jadi gabra, takut salah cakap. Aku menghidap anxiety yang ringan. Sebab aku akan pasang surah2 untuk tenangkan hati. Aku tak tipu. Aku bebetol dengar surah2 Al-Quran dari Allah.

Semoga semua ini menjadi asbab rahmat kasih Allah yang maha Pengasihani pada aku di padang masyar dan di dalam kubur.

SMEARS CAMPAIGN benar. Bukan ilusi. Jika kamu sedang di uji, apa yang kamu rasa itu benar. Kamu tak tipu. Jauhkan sahaja diri kamu dari mereka. Tiada sudahnya, mereka always wins.

Narcissist-flying monkey-gaslighting-smear campaign…. always win, di dunia ini.

– Rozie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *