Jangan Tutup Mata

Assalamualaikum reader! Adalah sikit benda aku nak kongsi. Tapi masa baca, tolong buka hati k? Jangan baca sambil terus fikir benda negatif. Tak jalannn nanti. Hahaha

1. Habis sahaja belajar, cuba cari kerja. Jangan mintak duit mak ayah lagi, malu sikit der dah besar panjang masih nak makan duit mak ayah. Bila mak ayah kau nak merasa nikmat duit diorang?

2. Kalau takde peluang pekerjaan yang kita suka/ prefer, kerja lah sebagai part-time jadi promoter ke, mcd ke. Kalau malu kawan2 nampak, banyak je customer service job kau boleh buat. Sambil2 tu jangan lupa usaha hantar resume ke company2 idaman kau

3. Mula bayar pinjaman pelajaran secepat mungkin. Dengar macam susah & banyak alasan kita boleh bagi kan? Tapi bayar je. Kau takde 100, bayar 50. Tak mampu, catu la sikit duit joli kau. Dari lepak sabtu ahad, lepakla sabtu je. Ahad lepak rumah layan youtube & prepare mental esok nak masuk kerja

4. Jangan sewa rumah besar kalau tak mampu, kalau mampu sewa bilik je pun takpe. Nanti makin naik gaji, makin besarlah rumah/ bilik yang kau sewa

5. Kalau duduk dengan mak ayah, hulur la. 50 pun takpe. Kalau tak mampu lagi, setiap kali dapat gaji bawak mak ayah pi makan nasi lemak bawah pokok ke apa. Spend time je dengan diorang. Settle. Nanti jangan lupa, gaji dah naik makin naiklah huluran duit kat mak ayah kau

6. Jangan lupa income tax kalau layak. Pergi daftar & bayar. Macam rasa banyak kan? Takpe, kau organise sikit diri kau. Simpan resit2 berkaitan yang boleh claim, nanti kau claim hujung tahun. Untung2 dapat balik duit kau bayar income tax tu. Perasaan dia, macam main kutu weh! Haha

7. Jangan lupa pasang cita2. Sebelum 30 nak beli kereta sebijik ke, bawak mak ayah pegi umrah ke, bawak mak ayah pergi bercuti kat PD ke, settle semua hutang pelajaran ke. Sebab bila kau ada cita2, kau akan mula kira berapa simpanan kau nak buat untuk capai benda2 tu. Tapi kau janganlah cita2 tinggi sangat der, ukur baju kat badan sendiri la jugak

8. Kalau mampu, daftar insurans dari usia muda. Bukan apa, sebab nanti kau punya monthly commitment tu lagi rendah. Nak beli insurans ni kena bijak sikit, kenal kau punya agent tu jugak, jenis aktif ke jenis senyap lepas org2 lain sign dengan dia. Lepastu kau pilih lah yang ada pulangan/ pelaburan. Jadi takdelah duit kau lenyap camtu je kalau kau tak sakit

9. Pelaburan bijak. Bijak aku refer sebagai pulangan logik akal. Bukan jenis skim cepat kaya yang harini masuk 1,000, tahun depat dapat 100,000. Macam tak logik kan? Jangan jatuh dalam kancah ni weh, kadang2 boleh buat gila. Labur dalam saluran yang berdaftar. Pulangan tak seberapa takpe, janji ada. Contohnya ASB, simpanan Tabung Haji (boleh pegi haji woi, amin!), Public Mutual, Unit Trust, melalui insurans, CWA, dsb. Kau akan terima kasih kat diri kau bila esok2 kau nak beli rumah/ kawen, duit ada!

10. KWSP tu penting! Kau tahu tak kalau office kau takde KWSP (kebanyakkan jenis kerja part-time), kau boleh carum sendiri? Kenapa penting? Sebab nanti bila ada cukup simpanan, kau boleh pakai duit akaun 1 utk pelaburan unit trust/ public mutual, dsb. Akaun 2 pulak kau boleh guna utk bayar pinjaman pelajaran, down payment rumah, dsb

11. Sedekah! Dulu mak ayah aku selalu pesan, kau kalau tengah takde duit masa tulah paling banyak kau kena bersedekah. Sebab kau kena sedar, orang yg meminta tu lebih memerlukan dari kau. Sekurang2nya kau ada kerja. Diorang ni, majikan tak nak ambik kerja mungkin sebab cacat atau tak sah taraf, wallahualam. Jadi tanggungjawab kita kat dunia nak tolong diorang. Bukan tunggu kaya, sebab kau tak tentu lagi dapat rezeki kaya macamana di masa depan. Tujuan mak ayah aku cakap camtu, untuk kasi ktorg adik beradik ikhlas masa menderma. Bukan lepas derma, tunggu rezeku datang. Itu dah tak ikhlas namanya! Insyaallah, bila kita memberi dengan ikhlas. Lama2 rahmat tuhan tu datang. Kau belajar untuk ikhlas dulu k? Sebab tu paling susah nak buat.

Ini antara benda yang mak ayah aku & officemates aku yg dah berusia ajar aku. Diorang kata, kesedaran datang lambat kat diorang sebab sebelum ni takde siapa bagitau diorang. Tapi, ni aku nak bgtau korang la. Mana tau, boleh bantu kelangsungan hidup masa depan

Walaupun macam susah nak buat dalam masa sekarang dengan ekonomi yang tak boleh diharapkan. Insyaallah boleh.

Aku kata boleh sebab aku umur dah 30 tahun. Tapi aku ada sikit luck bila aku jumpa officemates aku awal masa aku mula kerja (dalam umur 23 tak silap aku). Gaji aku tak banyak masa tu, dalam 1,600 gaji bersih walhal kawan aku dah gaji 2,500. Tapi aku start buat 2,3 benda dalam list ni.

Sekarang pun takdelah banyak gaji. Dalam 2,800 je. Tapi alhamdulillah pinjaman pelajaran aku tinggal suku lagi nak habis, kebanyakkan item dalam list ni aku dah ada/ buat dan aku baru saja beli seketul rumah (rumah selangorku je pun, tapi bersyukur banyak aku).

Percayalah, ada antara benda dalam list ni kalau kau tak buat, maka urusan jual beli rumah kau akan tergendala/ terkubur terus. So start young ok? Tak rugi pun tolak sikut je dari gaji. Bukan suruh kau simpan 1000 sebulan. Insyaallah berjaya, janji ada usaha.

Assalamualaikum & semoga kebaikkan datang kepada anda semua. Amin!

– Kak B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit