Jangan Ulangi Kesilapan Aku

Assalamualaikum semua. Terlebih dulu aku memperkenalkan diri Fiqa berusia 35 tahun, berkahwin dan seorang anak.

Tujuan aku nak tulis confession ni, bukan sekadar nak menyesali takdir aku tapi aku cuma nak ingatkan pembaca, jangan ulangi kesilapan yang aku buat.

Okay, aku merupakan doktor di klinik swasta. Setakat ni bisnes down sikit tapi dengan saving aku masih boleh survive. Aku tak hidup mewah tapi aku dikelilingi hutang yang aku sendiri tak buat..

Kisahnya macam ni, mana-mana doktor pun pernah kerja goverment kan. Masa kerja goverment dulu, aku tak kawen lagi, duduk pula dengan parents, income masyuk boleh kerja, time free buat pula locum.

Komitmen almost tak ada. Sempat laa beli satu kereta tu pun ayah aku marah gila sebab sibuk nak beli kereta.

Oh ya, aku punya ayah ni, adalah seorang pegawai kerajaan yang berpangkat. Gaji dia pun dah besar tapi ayah aku punya kelemahan ialah dia respek orang luar daripada family dia sendiri. Bukan aku nak kecam lah, bila kita ahli keluarga nasihat dia tak nak dengar tapi lebih suka dengar nasihat orang luar.

Sampai sekarang benda ni effect kat aku. And ayah aku control semua decision dalam family kalau kau tak setuju mesti dia akan buatkan kau rasa bersalah dan akhirnya setuju juga dengan tindakan dia.

Masa tu umur aku baru 27 tahun. Mak saudara aku seorang agen hartanah yang dealing dengan property2 mewah approach ayah aku beli satu condo mewah. Harga cecah million laa, so dia approach ayah dan uncle aku yang lain.

Tapi uncle2 aku awal-awal dah surrender sebab tak sanggup nak tanggung komitmen. Menurut mak saudara aku, area tu boleh sewa kat expatriate double dari bulanan untuk bayar bank. Itu kata dia dan dia janji dah siap condo nak tolong jualkan atau carikan penyewa.

Ayah aku masa tu berminat nak beli tapi sebab umur dah 50an dia kena buat share loan dengan orang lagi muda. Korang rasa siapa dia target? Huhu akulah..

Lagipun waktu tu aku berkhidmat dengan kerajaan. Senang nak lepas loan kononnya lagipun komitmen aku waktu tu kereta je tu pun tak sampai RM500 aku bayar. Sedap lah dia guna aku punya kuota untuk share beli condo tu. Aku memang tak setuju sebab aku takut kena tanggung komitmen.

Masa tu yalah dia sihat, kerja rasmi dah berbelas ribu, campur elaun dan kerja2 luar berpuluh2 ribu, so dia cakap nak pinjam nama ja. Aku tak perlu keluarkan duit. Sampai dia marah-marah aku tak percayakan dia masa aku tak setuju.

Oleh sebab aku taknak gaduh dengan ayah aku, aku setuju last2 tapi tu lah decision aku yang paling bodoh dan aku menyesal sampai hari ni.

Dipendekkan cerita, ayah aku jatuh sakit masa tu condo tu tak siap lagi. Kena angin ahmar jadi dia tak boleh kerja macam dulu lagi. Pendapatan dia, of course terjejas. Masa tu aku mula risau dengan condo yang dia beli tu then aku mula nak find out tentang condo tu.

Dulu bukan aku tak nak find out tapi ayah aku sejenis ego yang dia akan question kan aku balik kalau aku sibuk-sibuk nak tau.

Yang aku ingat last sekali aku sign S&P depan lawyer. Lawyer tu explain apa pun aku tak berapa faham yalah aku muda sangat nak kaji pasal property pun aku tak buat sangat masa tu. Tu aku admit salah aku.

Orang pangkat tinggi memang egois dia lain macam. So aku tanya mak saudara aku, lawyer siapa. Lepas aku tau lawyer tu yang aku sign S&P sebelum tu, rupanya ayah aku tak ambil pun MRTA insurance. Sebab beli untuk flipping sahaja.

Aku dah cuak dengan keadaan kesihatan dia yang tak macam dulu, apa-apa boleh berlaku dan aku yang kena tanggung akibat.

Nak dijadikan cerita, condo tu siap jugak tapi lewat setahun daripada expected completion date.

Bayangkan 5 tahun aku tunggu, aku bukan sahaja tak boleh beli rumah sendiri, kad kredit pun aku tak boleh buat sebab komitmen dah exceed dah. Geram sangat aku. So main thing aku nak buat ialah jual balik rumah tu bila dah siap..

So aku memang dapat pampasan lah sebab rumah tu lambat siap. Tapi aku dah kena start bayar bulanan rumah tu guna duit pampasan.

Untuk pengetahuan semua, lepas ayah aku kena strok dia tak boleh stress dan aku tak boleh dah mintak tolong dia berkenaan rumah tu. 100% dia serahkan kat aku.

So aku masa tu bodoh lagi, aku ingat mak saudara aku nak tolong jualkan, 5 bulan aku tunggu. Tak ada sorang agen approach nak buat viewing.

So aku try find out, rupanya mak saudara aku tak tolong jualkan, dia bagi hak ekslusif agen kat kawan dia and kawan dia tak tolong jualkan. Aku bengang lah, aku ambik semua kunci, lepaskan hak ekslusif agen tu supaya aku boleh offer mana-mana agen yang boleh jualkan.

And nak jual property ni bukan senang nak2 property mewah. Korang bayangkan condo tak besar mana, cuma terletak di tengah KL, harga jadi mahal nak mateyy..

Lepas dah 5 bulan tak jumpa buyer and tak sanggup bayar bodoh ribu2 sebulan aku decide nak sewakan. Bukan sikit aku guna untuk touch up, buat fully furnish supaya aku boleh sewakan dengan harga bulanan yang aku kena bayar.

Ayah aku cakap kalau aku tak dapat sewa ikut harga bulanan, aku kena topup lebihan. Contoh bulanan aku untuk rumah tu RM5000 kalau aku dapat penyewa yang willing nak sewa RM3000 matilah aku kena topup RM2000 setiap bulan. Tu pun kalau penyewa tak culas bayar.

Aku jadi stress dengan syarat2 ayah aku. Aku letak perabot mewah sebab aku target expatriate. Tak lama lepas tu aku dapat penyewa. Local chinese.. awal2 lagi agreement tu dia nak buat sendiri.

Bulan2 pertama bayar cantik, seterusnya, kena ketuk baru bayar. Ada sampai suka2 je dia bayar separuh. Padahal aku tak setuju. Ni time PKP dia mintak duduk free.

Kalau ikutkan law tak boleh halau sebab tempoh pkp dan contract habis bulan 6. Taulah kau dah bayar 2 bulan deposit tapi kau mintak free dari bulan 4. Aku jadi bengang kira burn deposit tu and dia hutang aku tapi dia buat bodoh..

Aku tak kira bulan 6, PKP tak habis sebab kontrak dah habis aku halau je. Sebab sebelum PKP lagi penyewa ni culas bayar. Agen pun beria kata nak selesaikan last2 dia back up penyewa.. aku fed up dah.

Aku memang nak jual condo tu, tapi masa tempoh time aku sewakan, penyewa tak bagi viewing. Kalau tak, ada dah orang nak beli. Aku menunggu je bulan 6, nak suruh penyewa tu keluar.

Aku tengah nak dapatkan nasihat, macam mana aku nak jual property tu kalau harga dia jatuh, aku kena topup. Topup pun mungkin sampai ratus ribu, aku tak ada duit dah sebab penyewa bayar culas2 aku kena topup kan.

Ayah aku pula, dia kata tak boleh bayar income dia sedikit. Mak saudara aku tu dengan happynye travel oversea tak payah pikir betapa susahnya aku kena hadap sampah yang dia tinggalkan kat aku..

Aku nak kalau ada kawan2 yang ada bahagian hartanah, ajar aku supaya aku boleh manfaatkan rumah tu or jual supaya aku tak payah topup. Aku tak untung takpe tapi taknak jual rendah sangat sampai aku nak kena topup ratus ribu..

Sekian..

– Fiqa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *