Jangan Zalim

Assalamualaikum semua. Tiba-tiba rajin nak menulis lepas baca confession pasal rumah berbau sebab kucing, (https://iiumc.com/sejarah-mungkin-berulang/).

Geram sebab confessor nak lepaskan kucing macam tu.

Jangan buat perangai macam tu ya. Mereka makhluk Allah yang lemah. Jangan menzalimi haiwan.

Islam mewajibkan kita berbuat ihsan dan kasih kepada haiwan. Kucing yang dah biasa hidup indoor susah nak survive dekat luar. 

Mereka tak pandai cari makan unless ada yang baik hati bagi makan. Tu tak termasuk lagi kes kena langgar kereta, berhujan panas, anjing liar lagi.

Nak jaga kucing indoor ni tak rumit for me. Sebab I ada 3 kucing.

I sediakan 1 bilik khas untuk mereka. Lepas jarang-jarang dekat ruang tamu masa I ada je untuk main dengan mereka. Kalau tak, duduk dalam bilik tu.

But I make sure I letak toys, cat tree etc. And mereka pun ada kawan kawan sesama mereka. So tak ada la mereka boring.

Kebersihan litter box ini sangatlah penting. Antara punca rumah berbau adalah kegagalan mengurus dan membersihkan litter box dengan baik.

Tolong kerapkan mencebok emas (bahasa sopan) kucing-kucing tu. Jangan 2 3 hari baru nak kutip.

Selain tu, tolong cuci litter box at least 2 minggu sekali.

Cuci dengan clorox dan sabun supaya hilang semua bau khanazah ’emas’ dan cecair nyahtinja mereka. Jangan setakat cebok lepas tu refill je balik. Memang akan berbau.

I guna crystal litter aka silica litter. Alhamdulillah tak berbau berbanding guna pasir bentonite.

Ini memang seminggu je terus berbau. Tofu pun for me tak tahan lama. Nak lagi kalau you ada ramai kucing. Gunakan litter yang elok and tahan bau.

Kalau ada jenis kucing nakal suka buang sisa emas dan cairan merata, terus cuci. Jangan biarkan lama-lama dekat situ.

I just nak cakap, jaga kucing ni tak susah. Rajin atau malas je. Macam kita jugak. Kalau tak jaga bau badan atau bilik kita kotor mesti berbau kan.

Sekali lagi, jangan buang kucing. Hadirkan rasa tanggungjawab dan ihsan dalam diri.

Sekian terima kasih. Hidup kucing!!!

– Hantu Kucing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Bela kucing mahal ya.

    Kalau keluarga sendiri pun tak cukup terjaga jangan gatal bela kucing. Terutama jika anda tinggal rumah pangsa, pangsapuri, flat, condominium.

    Rumah tiada tanah lebih susah nak jaga cuci kencing berak kucing. Kalau pemalas jangan gatal bela.

    Ini tengok orang lain bela kau pun nak tapi kau bela kucing untuk menunjuk bukan sayang.

    Hujung hujung kucing kuat meroyan tengah malam buta bising bercekau sewel, rumah kau kotor bau tak terurus sampai rumah jiran pening kau LEPAS KUCING KUCING kau berak kencing merata.

    Kalau tak mampu nak invest masa dan wang jangan beli kucing anjing atau apa juga binatang. Biar di luar mereka bebas lepas masyarakat dan Tuhan jaga.

    Ini terpaling tunjuk dalam social media mewahkan manjakan kucing kucing kesayangan tapi bila jumpa vet sebenarnya binatang binatang peliharaan kau STRESS.

    Pergi sahaja taman perumahan marhain interview pasti ramai yang dah jadi mangsa jiran obses anjing kucing. Yang duduk rumah ada tanah luas pun gila bela nak dekat beratus kucing macam adik Shila Amzah si Cadar tuh.

    Bela SEEKOR TAPI JAGA ELOK tak apa. Tak kacau pasangan mengandung, bayi yang sensitif bulu bulu, tak seksa jiran jiran. Tiada siapa marah.

    Semua orang marah MANUSIA YANG ZALIM DENGAN KELUARGA, JIRAN DAN BINATANG PELIHARAAN.

    Itu sahaja wahai pencinta binatang. Jangan acah acah pencinta tapi pemalas. Ada faham??

  2. Jangan Zalim …. TAPIIIII… Zalim dengan manusia x pe pula..
    Kucing berak merata rumah jiran, Buat org stress dgn bau dan bulu dalam rumah…

    sy masa baru mula kawin x sangka suami bela kucing.. tapi cuba adapt..lama2 x boleh sabar bulu merata, bau hancing .. sampai rasa nk lepas kn kucing,, tapi sy msih ada perasaan kesian sbb kawasan rumah bnyk anjing. Last2 kucing bagi dekat org. Nasib Baik suami memahami tak selfish nk bela juga sebb dia tahu dia x mampu nk bela dgn sngt baik
    so, nak bela boleh tapi jangan mnyusahkan org lain.. tu je

  3. remember yang kucing bahaya utk org mengandung dan kandungannya. Menurut BabyCenter, bahaya kucing yang paling dirisaukan menjangkiti ibu mengandung adalah jangkitan parasit toksoplasmosis yang membiak di dalam usus kucing dan didapati dalam najisnya serta di dalam tanah. Ada kes ibu yg sedang sarat mengandung tggu masa nak bersalin tiba2 bayi dlm kandungan disahkan meninggal 😭 tgk kat Tiktok

  4. adik saya bela 2 ekor tapi kalau gi rumah dia berbau, baju diorang penuh bulu kucing, dah cakap nak bela haiwan kena ada tanggungjawab. lepas tu stress terasa hati. saya tengok kesian. masuk rumah bau . ada ja orang bela kucing tapi takde la macam ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *