Janji Allah

Salam warga IIum confession, terima kasih jika kisah aku ni disiarkan untuk tatapan umum.

Aku adalah pelajar postgrad disebuah universiti di utara. Baru-baru ni, aku dapat satu interview dari sektor kerajaan. Satu jawatan yang gah dan susah nak dapat. Banyak peringkat perlu ditapis iaitu peringkat exam online, assesment dua hari di Intan dan terakhirnya interview panel spa dan jpa. Alhamdulilah aku sampai peringkat interview cumanya belum tahu lagi keputusannya. Doakan aku ea semua. Ni impian arwah ayah aku sebenarnya.

Aku ni sejujurnya ada hari iman aku turun naik,sembahyang kejap penuh,kejap xcukup lima 5waktu. Kadang mengaji kadang xsentuh langsung berbulan Quran tu. Astagfirullah. Jangan jadi macam aku ea semua.

Berbalik kepada cerita interview tu, since aku exam,assesment smpai nak interview. Aku selalu berdoa semoga dipermudahkan urusan. Sembahyang xtinggal, mengaji, bersedekah. Sebab aku nak sangat kerja tu. Aku plan after siapkan thesis, memang aku nak masuk kerja la.

Allah mendengar rintihan aku,doa ibu yang xputus2, adik beradik aku banyak tolong untuk lepas setiap 3 stage tu, masa aku interview, aku pergi sorang2 je, mak ngan adik beradik aku jauh nak teman aku. Lagipun aku xkisah pergi sorang cuma bila tengok mak ayah datang teman anak2, sedikit sebanyak tersentuh jugak hati aku ni. Tempat interview lebih kurang sejam lebih dari tempat aku belajar. Alhamdulillah xsesat dengan bantuan gps.

Dah sampai tu, sampai turn aku, sepatutnya 2 orang panel, tapi aku dapat sorang je, datuk ni dari spa,wakil dari jpa xdpt datang. Allah dah permudah dah part tu. Alhamdulillah. Sebab soalan dari panel dah kurang dah bila berseorangan. Hehe

Pastu, kat dalam bilik tu,datuk tu tanya soalan semua yang aku duk study dan hafal sebelum ni. Selain daripada tu, perkenalkan diri dan semua soalan dalam bahasa melayu. Tiada soalan provokasi. Duration interview lebih kurang 20minit. Calon2 sebelum aku dapat soalan yang provokasi, lari dari bidang, dan amik masa lebih dari setengah jam. Mungkin latar belakang bidang calon tu sendiri banyak datuk tu nak tanya. Keluar dari bilik interview hanya Allah sahaja tahu perasaan lega, sedih, bahagia semua ada.

So, sekarang aku tengah tunggu result interview sambil completing my thesis. Semoga kita terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah. Dan mempertingkatkan keimanan. Bukan mencari Allah disaat memerlukan sahaja. Sentiasa berbuat baik pada ibu bapa,insan lain. Semoga kita semua menjadi orang yang berguna dunia dan akhirat. Amin

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit