Janji Allah Itu Pasti

Aku merupakan seorang pelajar lulusan universiti terkemuka Malaysia yang terkenal…aku juga merupakan seorang yang dikenali ramai.

Mungkin disebabkan aku dikenali ramai, aku menjadi seorang yang banyak simpan rahsia orang. Yelah, sebab orang percaya pada aku…aku juga merupakan seorang yang mudah percaya pada orang (friendly lah katakn).

Justeru itu, pada aku bila aku anggap seseorang itu kawan aku,aku akan share semua rahsia dengan dia, sebab pada aku nama kawan tidak akan makan kawan. Tapi sebenarnya aku silap…bukan semua kawan yang tidak akan makan kawan, dengan kata mudahnya aku sudah dikhianati oleh kawan yang aku anggap kawan.

Ceritanya bermula apabila aku terasa hati dengan seorang rakan aku ini, tapi aku akui itu sememangnya salah aku kerana menceritakan perasan ketidakpuasan hatiku terhadap kawanku kepada kawanku yang seorang lagi.

Ingat janji Allah itu pasti, jadi disebabkan aku menceritakan masalah ketidak puasan hatiku kepada kawanku (bermaksud aku akan menceritakan keburukan kawanku ini kepada kawanku yang seorang lagi) telah menyebabkan ianya memakan diriku sendiri…

Aku fikirkan, sekiranya aku meluahkan semua masalah aku kepada kawan ku itu maka semua masalah aku akan selesai tetapi sebenarnya aku silap. Masalah semakin bertambah kerana ianya telah membuatkan kawanku itu terasa hati dengan diriku ini. Walaupun tujuan sebenarnya aku bercerita masalah aku itu hanyalah untuk menghilangkan stress tetapi ianya menyebabkan kawan ku itu terasa hati.

Aku agak terkejut kerana kawanku itu menyampaikan cerita yang aku sampaikan kepadanya kepada kawanku itu. Walaupun aku sedar bahawa aku yang bersalah tetapi sebagai kawan atau manusia yang kita percaya kenapa dia perlu menyampaikan setiap cerita yang aku cerita kepadany kepada kawanku…

Setelah lama aku memikirkannya, barulah aku sedar bahawa janji allah itu pasti. Sekiranya diri kita yang melakukan kesalahan (menceritakan keburukan orang kepada orang lain) maka suatu hari nanti allah akan membalasnya semula kepada diri kita.

Selepas kejadian itu, aku lebih berhati-hati akan tutur kataku dan aku juga mula sedar diri, sekiranya kita membuka aib orang nescaya Allah akan membuka aib kita berkali gandanya.

Justeru itu, aku sebagai manusia pendosa mengharapkan semua orang untuk tidak membuka aib orang. Biarlah perkara itu menjadi suatu peringatan kepada diri aku.

Duhai kawan yang menyampaikan ceritaku, aku sudah pon memaafkan mu. Walaupun terkadang aku marah akan perbuatan kau tetapi aku tetap beringat bahawa aku juga ada melakukan kesalahan.

Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa tetapi sama ada kita mahu berubah kearah yang lebih baik atau tidak sahaja…

Jagalah hati jangan sampai hati kita mati…

Wasalam daripada hamba Allah yang banyak dosa.

– Seorang hamba Allah yang banyak dosa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit