Janji Ibu

Alhamdulillah 2 bulan sudah aku bergelar ibu pada seorang cahaya mata. Yang sudah bertahun2 aku tunggu. Tiada nasihat apa2 untuk kalian di sini. Tiada cerita apa2.

Cuma aku ingin meluahkan rasa hati. Kerana aku tahu di sini kita tak mengenali antara 1 dengan lain. Di sini bebas melontarkan pendapat sama ada baik atau buruk.

Semua orang tahu syurga di bawah tapak kaki ibu kan. Buat anakku,

Ibu janji akan menjaga kamu sepenuh hati,

Ibu janji akan memberi kan yang terbaik buatmu,

Ibu janji tak akan sesekali bertengkar dengan ayahmu dihadapan kamu.

Sebab dahulu nenek dan datuk selalu bertengkar, saling menyalahkan. Semua di hadapan ibu.

Kesannya hari ini, ibu menjadi seorang yang agk keras hati dan mudah memberontak.

Ibu janji setiap hari akan luahkan kata sayang pada kamu. Peluk kamu.

Sebab dahulu semasa kecil ibu kurang dipeluk, kurang mendengar kata kasih dari ibubapa ibu.

Kesannya, hari ini jika datuk/nenekmu mengucapkan kata sayang, ibu rasa semacam tidak terkesan atau lebih senang, “awkward”,

Susah untuk ibu membalas balik kata2 sayang itu.. sebab itu bukan kebiasaan ibu dari kecil.

kadang2 ibu cemburu betul melihat kawan2 ibu yang tanpa segan silu atau teragak2 mengucapkan sayang atau peluk “parents” mereka.

Nanti kalau kamu ada adik, ibu janji tak akan membezakan kamu semua. Sebab ibu pernah merasa dibezakan. Senang cerita apa sahaja yang adik2 ibu buat semua betul.

Ibu janji nak, ibu janji.

Di sini ibu bukan mahu menyalahkan datuk/nenek kamu. Cuma, Ibu tak nak bila kamu dewasa nanti, kamu merasakan hal yang sama. Kadang2 ibu terfikir, derhaka kah ibu?

Kadang2 kita selalu merasa banyakanya salah anak pada kita. Buat sesuka hati kita.

Tapi, sebenarnya apa layanan kita pada anak hari ini mempengaruhi mereka dewasa nanti. Baik dan indah layanan itu, baiklah.

Jika buruk layanan itu, anda tak akan tahu.

Kerana mereka tak akan bercerita pun apa perasaan mereka. Kerana memikirkan kita sudah tua.

Ya Allah, semoga kau tarik semua pengalaman pahit ku ketika kecil dari ingatan ku. Ikhlaskan aku Ya Allah.

Untuk anak ibu, ibu redha dan ampunkan anak ibu dari lahir hingga akhir hayatmu nanti.

Tempatkan ibu bapa kami, anak2 kami, suami isteri kami dalam syurgamu Ya Allah.

Aamiin…

– Putri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *