Assalamualaikum semua. Harap admin dapat approve confession ni sebab saya rasa masalah ni harus diperbetulkan dari didikan kecil lagi dan tidak harus dibiarkan begitu saja.
Janji melayu. Kalau cakap pasal janji melayu ni sinonim dengan tidak menepati masa atau apa2 janji la. Tapi mostly orang akan guna untuk masa. Contoh, “eh, nak jumpa pukul berape ni? Kul 9?”, “kita gitau je kul 8.30. Janji melayu kan. Konfem sume sampai kul 9 lbih2”.
Itu apa yang saya selalu dengar la. Dan saya rasa perkara ni harus diubah dan harus dimulakan dengan didikan ibu bapa. Kalau ibu bapa pun bersikap sebegini, generasi akan datang akan follow jugak dan sampai bila masyarakat Malaysia ni nak berubah? Dalam Islam sangat mementingkan masa. Tengok orang jepun. Macam mana mereka dapat bangkit semula selepas kejadian Hiroshima dan selepas tsunami besar dulu. Dan terbaru sekejap je tutup lubang besar tengah2 jalan. Saya bukan nak bandingkan tapi mereka adalah contoh zaman moden yg patut kita ikut selain ikut sunnah2 Rasulullah.
Kenapa saya tekankan didikan ibu bapa? Sebab mak saya seorang yang sangat mementingkan masa dan kualiti kerja manakala ayah pula vise versa of ma’s behavior; tidak menepati masa, kualiti kerja tidak diambil berat dan tidak menepati janji.
Daripada kecil saya dibesarkan oleh ibu saya sebab kami memang berpisah dengan ayah. Sempat bersama ayah untuk beberapa tahun sahaja lepas tu mereka bercerai. Tapi apa yang saya nak cerita disini adalah cara didikan mak saya yang walaupun sibuk dengan kerja tapi masih ingin memerapkan habit pentingkan masa. Sebab mak saya sendiri dah fed up dengan orang2 yang tak pentingkan janji masa ni. Jadi dia cakap dia tak nak anak2 dia ikut benda tak elok macam tu.
Mak saya kerja jururawat jadi ada tiga shift, pagi, tengahri dan malam. Waktu masukdan balik ialah 7-2, 2-9 dan 9-7. Mak saya akan masuk kerja 30 awal dari waktu kerja. Kenapa? Yela nak makan dulu dan kalau ada yang mengajak sembang2 boleh guna masa awal tu. Tepat jam masuk kerja mak sudah sedia pegang report dan buat kerja. Balik pula akan balik lewat sebab apa? Orang yang masuk shift selalu lambat jadi mak kena buat kerja sampai la yang orang shift tu masuk tapi dorang masuk bukan terus buat kerja even dah lambat. Nak makan la, sembang la, last2 dari shift start kul 9, 945 baru start buat kerja.
Jadi mak saya sangat tekankan bab masa. Apa yang jadi kat mak jadi dekat saya dan abang2. Kami dah biasa kalau nak pergi mana tetapkan waktu, siap awal2 jadi tidak kalut. Apa yang banyak kali terjadi dekat saya, contoh nak pergi hiking. Janji kumpul pukul 5 pagi. Saya dah sampai pukul 430 pagi tepat seperti dijanjikan sebab nak pergi ambil yang lain. Tunggu punya tunggu dengan anta sms reply dh otw or dah nak trun at last kul 6 baru sume boleh gerak.
Mana2 sama saja. Cuma ada segenlintir yang akan kumpul tepat waktu tapi mostly non-Muslims dan saya sorang. Nak cakap solat dulu, takkan saya tak solat. Sudah plan solat kat rnr. Jadi tak de alasan nak lambat.
Saya rasa perkara ni harus diperbetulkan dan diterapkan dalam habit anak2 kecil lagi. Bila orang kutuk melayu pemalas, tidak menepati masa dan kualiti kerja teruk, marah tapi adakah kita cuba tepuk dada dan tanya aku ada buat silap itu? Jika ada, adakah aku cuba untuk perbetulkan? Masalah orang kita ni pantang ditegur dan susah nak mengaku salah sendri. Kalau saya ada buat salah dan boss panggil saya akan cepat2 cakap, “boss it’s my fault and I’ve plan to fix it” kalau itu betul salah saya.
Maaf. Kalau terkasar bahasa tapi saya rasa kita harus berubah. Sampai bila nak jadi masyarakat mundur macam ni? Teknologi maju tapi pemikiran kuno. Saya bukan nak cakap saya baik sangat. Saya mengaku saya pun banyak dosa, banyak salah silap tapi sebagai sesama masyarakat saya ingin menegur sedikit dan berharap kita dapat berubah demi generasi masa depan. Kalau diteruskan, tahun 2030 ada kereta terbang pun, malaysian tetap mundur dengan habit, “alaa… Takpela. Dorang bukan datang awal pun. ” berhenti mengikut orang atau perangai yang tak elok. Dan contohi sikap2 yang positif dan banyak2 mengikuti sunnah2 Rasulullah saw. Sesungguh baginda adalah sebaik2 manusia.
– Gadis Melayu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit