Pernah terfikir tak macam mana term ni boleh wujud? Pertama-tama sekali biar aku kenalkan diri aku. Aku berusia pertengahan 30 an, seorang penjawat awam di sebuah negeri yang majoritinya berbangsa Melayu. Kakitangan di sini majoriti adalah Melayu.
Baik, sebelum berpindah ke sini aku berkhidmat selama 8 tahun di negeri yang majoritinya bukan berbangsa Melayu. Jujur, walaupun mereka ini gila kerja tapi aku lebih selesa di sana. Terasa gaji lebih berkat. Kami berhadapan dengan jumlah pelanggan yang ramai tetapi tak pernah merungut. Semua staf datang tepat pada masa, kekal di kerusi semasa waktu bekerja, dan tiada istilah mengopi atau mengeteh semasa bekerja.
Fast forward 8 years, aku berpindah ke negeri K. Hari pertama lapor diri, aku dah terasa kurangnya produktiviti. Urusan lapor diri sahaja makan masa setengah hari. Keesokan harinya, aku lapor diri ke ofis pula. Aku tiba jam 7.45 pagi. Kosong. Tiada orang. Aku tunggu lagi. Jam 8.15 pagi baru lah muncul seorang demi seorang menjinjit bekas makanan. Belum makan lagi uols. Ya Allah..apakah ini.
Kerja di sini agak santai. Pelanggan pun tak ramai. Daerah yang tenang sahaja. Namun itu tak boleh lah dijadikan alasan untuk tak tepati masa. Sebelum jam 1 dah hilang entah ke mana. Ke tandas pun sikit punya lama. Petang pula pukul 2 belum nampak batang hidung. Nanti pukul 3 nak mengopi pula. Dan ini semua dah jadi satu kebiasaan. Orang yang imejnya warak pun sama ja. Aku rasa baik aku kerja dengan bangsa lain. Lebih produktiviti.
Kalau ada program di luar pun sama. Tak pernah akan berjalan tepat pada masa. Semasa mula mula kerja di sini aku rasa lemas. Sebab selalu aku yang jadi pak pacak tunggu orang. Lama kelamaan aku pun sama. Hahaha… Tapi sekarang deru keinsafan dah masuk dalam jiwa aku. Aku rasa, tak boleh dah macam ni. Tapi aku pun tak tahu nak tegur orang lain macam mana sebab takut sentap. Nanti dituduh poyo pulak. Dah tu..acaner? Malu laa dengan bangsa lain. Kita ni, janji pukul 8 tp Pukul 9 baru muncul.
Bila baca komen di FB, Melayu ni selalu dilabel sebagai malas. Ya..malas. Sebab tu masa pun tak boleh tepati. Bila disuruh buat kerja lebih sikit, mencebik muka. Bab membawang nombor satu.
Jadi saya seru semua, jom kita ubah perkara ni. Jangan jadikan alasan ada anak kecik jadi takleh awal, rumah jauh jadi takleh awal, sesekali boleh laa.. kalau selalu.. memang nampak kebodohan awak lah di sini. Tolong ya.. saudara saudara saya semua. Islam sendiri suruh kita tepati masa tau.
– Madam Who?
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit