Janji Seperti Drama

Tajuk confession aku sengaja letak macam tu supaya orang tak akan persoal yang aku buat2 cerita.

Aku berusia 26 tahun & boyfriend aku 28 tahun. Aku Wani, si dia Zik. Aku dan Zik berniat nak kahwin selepas mak Zik meninggal.

Macam berkomplot nak buat benda jahat kan? Bukan2, baca dulu confession aku.

Aku & Zik kenal sejak zaman sekolah rendah tapi mula ada hubungan selepas habis degree.

Z terus ajak kahwin sebab kerjaya kami berdua dah stabil & masing2 dah ada kereta serta rumah sendiri.

Kami bercadang nak duduk satu rumah je, satu lagi sewakan & jadi side income selepas kami berkahwin. Macam2 dah kami rancang supaya kehidupan lepas kahwin kurang susah.

Zik bawa aku jumpa mak dia, mula2 mak Zik sangat ok dan juga sangat mesra. Kami bertunang sebulan kemudian. Tapi makin hari, makin aku nampak perangai mak Zik.

Setiap kali ada majlis di rumah mereka, mak Zik akan jemput aku. Dekat situ aku nampak macam mana mak Zik layan menantu2 dia, bakal biras aku la kan?

Mereka dilayan seperti pembantu rumah. Pakaian comot & buat kerja rumah tanpa henti. Dari pagi sampai petang.

Kalau bakal biras aku tu stop buat kerja rumah untuk sambut tetamu atau bercakap dengan aku kejap, terus kena tengking dengan mak Zik.

Pernah sekali, masa berbuka di rumah mak Zik, makanan yang dimasak kakak2 ipar Zik sedikit masin tapi masih boleh ditelan bagi aku. Mak Zik campak lauk tu ke lantai.

Zik dan abang2 Zik buat macam benda tu biasa berlaku. Semua diam.

Oh satu lagi, masa makan kena duduk asing2. Meja utama hanya ada mak Zik, Zik, abang2 Zik & aku. Padahal ada lagi kerusi yang kosong.

Kakak2 ipar Zik kena makan di meja dapur. Setiap kali mak Zik panggil, mereka wajib berhenti makan & datang.

Masa borak dengan aku juga, mak Zik akan bagitahu semua cerita buruk tentang bakal2 biras aku. Cerita dalam kain anak2 dia pun mak Zik bagitahu aku.

Mak Zik juga suka membandingkan aku dengan bakal2 biras aku. Aku rasa untuk kembangkan hidung aku tapi aku tak selesa. Takut bakal biras aku benci aku pula.

Aku pernah tanya Zik, kenapa abang2 yang dah kahwin masih duduk dengan mak?

Rumah tu ada 4 kelamin yang duduk. Kata Zik sebab mak yang suruh. Walaupun kesemua abang2 dah ada rumah sendiri. Rumah mereka dibiarkan kosong atau buat sewa shj.

Aku tanya, nanti kita dah kahwin macam mana? Zik janji dengan aku yang kami akan duduk rumah sendiri.

Aku masih tak sedap hati dengan janji Zik tu. Aku curiga. Aku pasti kakak2 ipar Zik juga nak duduk rumah sendiri selepas kahwin. Tapi dipaksa duduk dengan mertua bersama 4 kelamin dalam rumah tu.

Makin hari, makin aku tak selesa & curiga. Aku dah bincang dengan parents aku. Parents aku juga curiga dengan perangai bakal besan yang layan menantu macam tu.

Parents aku takut nanti dah kahwin, aku pun akan dilayan macam tu. Keluarga aku buat keputusan untuk putuskan pertunangan.

Setelah berbincang, Zik faham dan minta maaf sebab tak mampu melawan maknya. Mak Zik dah 80. Sebaya dengan nenek aku. Zik kata level keras kepala maknya seperti batu.

Disebabkan faktor usia yang terlalu tua, abang2 Zik & Zik sendiri tak berani untuk marah mak mereka. Walaupun mak mereka layan menantu macam pembantu rumah.

Pertunangan kami putus di situ.

Zik kata dia masih sayang aku tapi Zik faham yang perangai maknya tu macam mana. Aku pun masih sayang Zik tapi aku juga sayangkan masa depan aku.

Aku dan Zik setuju untuk kekal berkawan. Kalau ada jodoh, kami akan berkahwin. Zik berjanji akan lamar aku balik selepas maknya meninggal.

Zik kata dia tak mampu nak pilih aku atau maknya buat masa sekarang. Janji sekadar janji sebab ajal maut di tangan Allah. Mungkin ajal kami berdua yang datang dulu? Semua rahsia Allah.

Aku setuju & akan terima lamaran Zik sekiranya mak Zik sudah tiada. Aku 50/50 percaya Zik akan lamar aku balik. Kalau ada jodoh dengan Zik. Ada la tu.

Kenapa aku masih nak Zik kalau dia lamar aku balik? Mungkin sebab cara dia layan mak dia.

Ye, mak Zik perangai macam tu, tapi Zik masih hormat maknya. Aku juga sangat ok yang Zik lebih memilih maknya daripada aku.

Sebab aku tahu kalau Zik pilih aku, kami kahwin & di masa hadapan pasti akan ada konflik yang besar.

Aku jenis melawan kalau orang tak hormat aku macam tu, tak sama macam kakak2 ipar Zik yang lain.

Aku juga dah tawar hati nak kenal orang lain. Mungkin kali ni aku terlepas mulut buaya, tp aku takut termasuk mulut harimau pula kan.

Sekarang dah 1.5 tahun berlalu sejak janji Zik tu. Kami masih berkawan macam biasa.

Tu sahaja aku nak share.

Aku harap perempuan di luar sana, kalau dah nampak red flag dalam keluarga bakal suami, tolong jangan tutup mata. Jangan terlalu sayangkan lelaki sampai korbankan masa depan.

Bila kita berkahwin, kita berkahwin sekali dengan keluarga si dia.

Ramai yang aku jumpa, awal perkahwinan si suami akan memihak kepada isteri, tapi lama2 anak lelaki akan memihak kepada mak sendiri juga.

Bye!

– Wani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *