Untuk part I, (https://iiumc.com/janji-setia/).
Bismillah. Memandangkan ramai yang tertanya mengapa kami bercerai, sampaikan saya ada terbaca komen dari akaun yang mengaku dirinya Iz tu agak kelakar saya baca.
Saya tulis lagi sekali disini, agar tak wujud salah faham. Saya bukan nak buat page ni seolah page KRT, bukan… Maaf lagi sekali, mungkin ada yang tak senang dengan luahan saya.
Apa pun, terima kasih untuk komen-komen yang positif dari pembaca dan terima kasih juga yang memahami, memang niat saya menulis disini untuk Iz buka dan baca luahan saya, tidak meminta nasihat mahupun pandangan.
Maaf jika buat semua tertanya dengan confession saya yang tak lengkap punca ceritanya. Dengan keizinan Iz saya membuka sedikit cerita tentang penceraian kami. Ikutkan saya malas mahu menulis, macam tak patut.
Penceraian kami berlaku bukan kerana orang ketiga atau permainan bomoh dan sebaliknya.
Sepanjang saya dan Iz masih bersama kami tak LDR, saya bersama-sama dengan Iz di Perak dari mula bernikah hingga kami berpisah. Selepas berpisah, dimana saya berada sekarang usahlah ditanya. Biarlah rahsia. :)
Kisah perpisahan kami terjadi disebabkan behaviour family saya, behaviour yang tak normal. Iz tak selesa dan mungkin terasa hati. Family saya senang dengan kehadiran Iz sebenarnya. Cara didikan dan budaya keluarga saya dan Iz macam langit dan bumi.
Iz berlatar belakangkan keluarga pendidik, ayahnya pesara guru, kakak dan abangnya juga guru, budaya keluarga juga elok saja. Saya pula berlatar belakangkan keluarga yang agak kucar kacir, senang kata broken family. Saya anak sulung dari 2 beradik. Iz anak bongsu dari 4 beradik.
Saya meluahkan disini bukan nak salahkan mana-mana pihak, mahupun pihak Iz. Sudah ketentuan kami, tapi masih cinta. Itu saja. Keluarga saya boleh dikatakan selfish dan teruk dari segi apa pun. Dari saya remaja sampai beranak satu, saya masih bertahan.
Iz faham keadaan saya, agak struggle nak hidup dalam keluarga sebegitu. Nak saya, dia harus terima keadaan keluarga saya. Jadi dia teruskan saja, sebab masa tu happiness saya adalah Iz.
Saya bersyukur Allah hadirkan Iz untuk saya dalam keadaan begitu sebab masa tu saya rasa tak layak pun untuk diterima orang lain.
Jujur, sepanjang itu saya kawan pun tak ada, tak ada pun tempat nak meluah dan saya hanya ada Iz. Mak ayah pula, sorang ke utara, sorang ke selatan.
Adik? Dia remaja lagi, kini dia baru menginjak 16 tahun dan saya menjaganya bersama anak saya dan tanggung makan, pakai dan sekolahnya. Selagi saya bernafas, saya akan jaga dua permata ni baik-baik. Saya mahu mereka menjadi sehebat Iz. Ikut jejak langkahnya.
Berbalik pada cerita penceraian ini, keluarga saya sejenis bercakap kasar dengan anak-anak dan suka berkata yang bukan-bukan.
Contohnya; “Dah jauh tu, tak lama lah tu ada betina lain.” Boleh faham bagaimana rasanya. Saya sendiri malas nak ulas panjang. Kadangkala mak ayah suka menghambur saya dengan kata kesat bila berlaku selisih faham, sedangkan saya cuba untuk baik kan keadaan.
Tapi tak apa, saya okay saja, sudah biasa tapi tak biasa untuk Iz, kadang-kadang dia melawan juga mak ayah saya tapi saya cadangkan dia baik kami berdiam saja.
Sampaikan ayah saya kata semoga saya diceraikan oleh Iz. Dan itu yang berlaku hari ni. Berganda hancur hati saya sebagai seorang anak.
Waktu tu usia perkahwinan kami dah menginjak 2 tahun, Iz makin termakan hati dengan keluarga saya bila tiap kali terjadi salah faham, suka hambur kata yang bukan-bukan. Dan saya waktu tu dibaling oleh mak dengan pinggan berisi nasi panas.
Sehinggakan Iz malas mahu berbaik sangka dengan keluarga saya dan tak benarkan saya balik, demi kesihatan jiwa dan mental saya. Keluarga saya toksik, apa yang saya buat semua tak kena, anak orang lain dijulang, anak sendiri direndahkan. Tak apa, saya maafkan.
Tahun 2015, mak call Iz kata dia hasut saya supaya saya tak pedulikannya, waktu tu Iz sedang mengajar di dalam kelas sampaikan dia terpaksa keluar awal, tak boleh nak kawal emosi lagi, elok dia keluar dulu. Bukan Iz tak beri hak untuk saya pedulikannya, kejam sangat kalau begitu.
Saya tak tahu nak tulis bagaimana lagi, tapi demi Allah, Iz tak pernah larang saya pedulikan mak saya. Cuma Iz cadangkan jika nak balik jenguk mak, elok kami balik hari.
Saya okay, asalkan saya dapat jumpa mak. Tapi mak berfikir begitu, sampaikan Iz sendiri tak faham dengan kehendak mak. Itu tak kena ini tak kena, saya nak cerita detail rasanya tak perlu, cukup untuk simpanan Iz dan saya.
Dan ini semua terjadi kerana kata-kata, mungkin kerana kerehdaan mak dan ayah saya untuk kami bercerai tu tertunai oleh Dia. Bukan ke kata-kata itu senjata sebagai doa? Atau anggapan saya, Iz terasa tercabar dengan kata-kata ayah saya sehingga terjadinya perpisahan ni.
Saya kurang dari segi keluarga saya, jujur saya cakap. Sepanjang 30 tahun saya jalankan hidup, saya rasa rendah diri dengan semua orang dengan keadaan keluarga saya. Sampaikan saya malu dengan Iz. Sampaikan Iz terpaksa leraikan janji dia mungkin?
Iz tak boleh nak adapt dengan budaya keluarga saya sebab Iz datang dari keluarga yang bahagia dan penyayang. Saya sebaliknya. Ini jadi punca kami berpisah. Saya bukan nak salahkan Iz atau keluarga saya. Iz lelaki yang baik dan buruknya hanya saya sebagai bekas isteri yang tahu.
Hak penjagaan Izzati Iz serahkan pada saya kerana itu adalah salah satu tanda cinta kami yang saya kena siram dan lentur baik-baik. Sakit sebenarnya. Sakit sangat. Selepas kami berpisah saya bawa diri bersama Izzati dan adik saya.
Mak dan ayah saya? Tak tahu kat mana, saya lost contact dengan mereka selepas 3 bulan penceraian saya dan Iz, nombor telefon pun sudah bertukar, rumah sudah bertukar pemilik.
Hati saya bertambah hancur selepas itu. Sampaikan saya berfikir mereka puas hati agaknya untuk perpisahan kami dan saya tak layak nak merasa bahagia.
Saya tak tahu apa salah saya pada mereka, saya cuba untuk jadi anak yang baik dan saya dah lahirkan cucu mereka dari baka yang baik.
Saya hanya manusia, mungkin tak nampak silap saya tapi orang lain nampak. Tapi tak apa, saya okay. Saya kena kuat untuk Izzati dan adik saya.
Untuk Iz saya nak cakap;
We were like parallel lines, always close but we were not meant together forever…
– Hana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit