Assalamualaikum semua. Mesti ada yang sangat sakit hati bila baca tajuk. Tapi inilah yang aku hadapi sepanjang usia aku 35 tahun.
Pertama kenapa aku cakap macam ni. Dalam tempoh selepas tamat degree aku bekerja dalam beberapa tempat. Semuanya dalam bidang pendidikan.
Pendidikan di sini adalah swasta ya. Bila bercakap tentang sekolah swasta. Hanya yang pernah bekerja sahaja yang tahu betapa banyaknya kerja dan tekanan.
Bila bebanan kerja yang banyak, perlukan banyak tangan untuk membantu. Malangnya yang lelaki semua tak boleh diharap. Kalau bagi jawatan pun tak bergerak. Dan akhirnya menyusahkan orang.
Sehingga nak minta tolong angkat kerusi untuk susun dalam dewan pun susah. Ya Allah sedih betul jumpa orang macam ni.
Bila update status baik aje. Kemas rumah, masak hari2 untuk bini. Memanglah kena baik dengan keluarga. Tapi tempat kita cari rezeki pun kita mesti buat yang terbaik. Ni tidak, mengular dan banyak komplen.
Sehinggalah umur aku dah 35 pun, aku dah dapat bekerja di sektor kerajaan, aku masih jumpa circle lelaki yang sama. Malas bekerja dan suka mengular. Serius aku jadi prejudis sangat dengan lelaki.
Dalam otak aku fikir memang dioarang ni semua malas. Dalam 100 peratus, 20 peratus saja yang rajin. Dan yang rajin tak akan ada kawan sangat. sebab lelaki yang malas ni akan ada geng mengular dan komplen itu ini.
Kemalasan lelaki2 yang nak buat kerja tu sangat2 menyusahkan. Perempuan terpaksa pikul banyak kerja sebab tak boleh diharap. Gaji sama saja. Mesti ada yang tanya org atasan tak buat apa2 ke?
Takkan yang mengular tak kena tindakan. Jawapannya ialah, nak tegakkan keadilan adalah susah sama sekali.
Nak buat benda haram senang. So memang tiada tindakan. Sampailah yang perempuan sahaja bertungkus lumus siapkan kerja2.
Sebabkan circle lelaki malas ni la, aku takut nak berkahwin. Aku memang ada menolak untuk berkenalan sehingga hati aku betul2 rasa nak kahwin.
Sebab perasaan menyampah dengan lelaki malas sangat membuak2. Aku rasa macam nak pergi jumpa doktor sebab pendam terlalu lama.
Yang lelaki rasa macam marah bila baca ni maaflah ya. Kalau korang rajin takpelah. Jangan sentap.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit