Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sebab approve cerita sis untuk kali ini. Apa yang sis nampak semenjak dua menjak ni, hangat betul perbualan tentang pendidik, lagi-lagi sebab kes di Johor Bahru beberapa hari lepas yang melibatkan warga pendidik lelaki.
Sis tengok dari segi raut wajahnya, masih ada cinta pada pelajar beliau. Aku boleh lihat bagaimana tingginya kemahuan dia untuk memastikan anak itu berjaya kelak, tapi apakan daya, beliau juga insan biasa, sabarnya ada had dek kerana pelajar itu melanggar norma kehidupan. Minta maaf kalau sis tulis terlalu panjang, ini pun sis dah pendekkan dengan beberapa kejadian besar.
Sesungguhnya sis nak cakap, warga pendidik ni biarpun dari tahap guru tadika hingga ke professor sekalipun, cinta mereka terhadap anak murid itu terlalu tinggi sehingga tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Tetapi cinta mereka itulah yang kekal seiringan bersama cinta dari Allah, ibubapa dan pasangan.
Percayalah wahai anak muda. Buktinya, sis sendiri sudah merasai cinta dari pendidik, dan menjadi perbualan sis bersama rakan sepejuangan, dan tiada rungutan “dah banyak kali cerita pasal En. Masdur (bukan nama sebenar) ini. Kalau cerita pasal cikgu ni, memang common.
Tapi untuk sis listener, Encik Masdur banyak mendedahkan hidup kedewasaan. Tak pelik juga En. Masdur ni seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang terletak di negeri pantai timur yang majoriti rakyatnya menggunakan bahasa melayu harian berbanding dialek negeri.
Sedikit pengenalan diri En. Masdur ini, beliau dikatakan berasal daripada salah sebuah negeri di rantau kami, kulitnya sawo matang, suaranya agak lantang, sangat tegas orangnya sehinggakan bunyi tapak kasut beliau, dari keadaan kelas kami pada awalnya hiruk-pikuk, terus menjadi sunyi sepi walaupun beliau masih belum sampai ke dalam kelas.
Tegas dia tu dik, ala-ala Thanos, tapi beliau sangat baik sebab walaupun beliau, begitu dia masih memberi peluang melainkan diri sendiri memilih untuk mengundur diri. En. Masdur ni adik-adik, dia pensyarah kepada satu kursus daripada IPTA ini, dan kursus ini lebih melibatkan kemahiran dari pencil and paper.
Jadinya bila kami belajar ilmu ini, kami banyak menghabiskan latihan berulang- kali seperti belajar menulis, walaupun berada di usia awal kedewasaan kami, pensil lebih banyak digunakan untuk menulis huruf, perkataan, singkatan dan frasa menggunakan simbol-simbol tertentu.
Pernah kami dapat, perlu 100 kali salinan untuk tugasan yang diberi oleh beliau. Bab bercakap, En. Masdur ni, mulut dia agak lepas tetapi bukan lepas secara sengaja, ada makna dalam persekitaran kata-katanya.
Berbalik pada kisah sis, sis pernah berada bersama beliau untuk dua sem berturut-turut iaitu semester 2 dan semester 3. Alhamdulillah sis berjaya ‘on-time’ sepanjang bersama beliau. Masa aku berada di hujung sem 1, sis ada dengar perbualan rakan-rakan. Memikirkan nasib mereka yang dikatakan mungkin tidak selamat bersama dengan En. Masdur ni.
Yela Thanos, satu petikan jari, macam-macam hal boleh jadi. Mereka sangat takut untuk gagal matapelajaran tersebut, tambahan pula ada yang ‘vanished’ akibat gagal matapelajaran yang diajar oleh beliau. Sis cuma dengar saja, barangkali mereka termakan dengan kata-kata senior. Well, college life.
Tiba masanya aku berada di semester 2, hari pertama kelas sis memang nampak laa muka sahabat-sahabat sis ni dalam ketakutan nervous. Selepas dewan kuliah dibuka, kami duduk. Seperti dalam perenggan sebelum ini, bunyi kasut kedengaran, kelas menjadi sunyi. Terlihat En. Masdur berjalan kedalam tanpa senyuman, terasa aura beliau tu memang meremang.
Beliau meletakkan buku diatas meja dan mula dengan percakapan beliau. Terus memperkenalkan diri, dengan suara yang tegas, dan beliau mengingatkan kami supaya menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan, kalau tak akan jadi seperti senior kami yang bernama Fatini (bukan nama sebenar). Boleh bayang? didalam dewan kuliah yang mempunyai hampir 90 orang pelajar dari dua buah kelas.
“Kalau tak, engkorang akan jadi macam Fatin. Betul tak Fatini? Fatini, berapa lama dah awak disini?,” Kata En. Masdur.
“Betul Encik. Saya sudah 3 sem bersama Encik.”Jawab Fatini. Sememangnya Fatini jawab kerana terpaksa.
“Fatini, kalau awak failed kali ini. Awak memang tak kemana Fatini, buat habis duit mak bapak kamu saja Fatini.” Tambah En. Masdur dengan lantang.
Kemudian Encik Masdur menyambung syarahan beliau. Tidak semena-mena, seorang lagi pelajar intake kami ”ditembak” oleh En. Masdur. Beliau memulakan pertanyaan kepada pelajar lelaki bernama Syafie(bukan nama sebenar).
”Tu, siapa nama awak. ” Kata beliau sambil menuding jari kepada Syafie. Syafie dikatakan menundukkan kepala apabila dituding.
”Engkau lah, aku tanya ni.” Suara beliau semakin lantang. Lalu Syafie bangun memperkenalkan diri dengan suara agak perlahan dan menundukkan kepala.
“Kau ni lelaki, suara kena kuat. Malu-malu macam betina pulak.”
Selepas mendengar kata-kata beliau, sis menyiku kawan sis. Kawan sis hanya buat isyarat muka sahaja menyuruh sis duduk diam-diam. En. Masdur mula memberi tugasan pada Syafie, beliau menyuruh Syafie untuk mencari pensyarah disiplin untuk fakulti aku dan meminta tanda tangan pensyarah itu diatas kertas yang beliau beri.
Sangkaan Syafie meleset, dia fikir untuk mencari pensyarah tersebut selepas kelas, rupa-rupanya, En. Masdur suruh pada masa itu dan jangan pulang ke kelas semula selagi tidak dapat tanda tangan pensyarah disiplin itu. Syafie bangun, bergerak ke luar kelas.
Lepas pada masa itu, kelas berjalan seperti biasa. Dalam perjalanan pulang ke bilik sis terfikir,dan Sekarang sis percaya apa senior ceritakan. Pada masa yang sama, sis terserempak dengan Fatini. Terus sis dan geng-geng sis jumpa Fatini. Kami berasa simpati dengan apa yang berlaku keatas Fatini.
Fatini cuma tersenyum, dia berkata tak mengapa kerana nasibnya sudah begitu. Fatini mengingatkan kami jangan senyap saja jika En. Masdur bertanya, jawab sahaja. Jangan sesekali buat perkara En. Masdur benci, nanti kena aim sampai nak habis belajar. Itu nasihat Fatini buat kami.
Beberapa hari kemudian, ditakdirkan kelas En. Masdur lagi. Kebetulan sis seorang yang aktif dengan aktiviti koko, dan aku memakai baju uniform ke kelas beliau. Kali ini, sis pula yang kena aim dengan beliau. Di suruhnya sis memperkenalkan diri beserta ID sis. Beliau mengajukan soalan kepada sis. Ilmu kepolisan dan ketenteraan, Alhamdulillah, semua sis jawab tanpa gagal.
“Personaliti awak ni, tak sesuai untuk kursus ni. Tapi tak apa dah minat.” komen En. Masdur.
Agak la jugak terasa tapi sis sikit pun tak ambil hati. Jadi sis skip pada pertengahan sem, nak dekat raya kami ada dapat tugasan, tapi disebabkan ada classmate sis yang buat beliau angin pada waktu tu.
Sepatutnya kami membuat latihan sebanyak 10 kali salinan dalam satu perkataan terus jadi kepada 100kali. Sis tak berapa ingat apa yang menyebabkan dari 10kali kepada 100kali, tetapi isunya ada pelajar bercakap semasa beliau menerang didepan.
Selepas dia menyuruh kami menyiapkan tugasan itu dan hantar pada hari pertama kelas dia yang juga selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Kau rasa? 40 soalan, diminta untuk salin 100 kali tiap satu. Lepas aku dapat arahan beliau, nak ke taknak, aku siapkan juga kerja tu, aku meminta maaf pada ibuku kerana menyiapkan kerja itu.
Mak kata ikut sahaja permintaan En. Masdur, adalah hikmahnya nanti. Akhirnya, malam raya sis berjaya menyiapkan tugasan itu selepas berhari-hari takde life. Selepas sakan beraya kenalah balik ke tempat kami. Sis menyangkakan ramai yang sudah menyiapkan tugasan ini.
Rupa-rupanya, hanya beberapa orang sahaja termasuk aku yang menyiapkan kerja itu. kelas berjalan, ramai yang berada dalam ketakutan. Beliau menuntut latihan tersebut aku orang pertama tampil menghantar dan disusuli pelajar lain. Beliau mula bertanya.
”Mana lagi? Takkan banyak ni je??.” nadanya semakin tinggi. Berkali-kali beliau mengulangi perkataan itu.
“Kamu semua memang bodoh!,” sambil berjalan dan berlalu pergi sambil menghentak kerusi. Beliau melangkah pergi, tempat sis duduk ditepi laluan, semasa dia mahu berjalan keluar beliau sempat berkata kepada sis.
“Terima Kasih, Listener.” dengan menyembut nama sebenar sis.
Sis tersedar, bahawa kata-katanya yang lantang itu sebenarnya ada makna tersendiri. Kini sudah grad, sis rindu dan memilih untuk melawat tempat belajar dahulu. Baru-baru ini, sis berjumpa dengan beliau, beliau bertanyakan apa sis buat. Sis menjawab, sis sudah menjadi salah seorang pendidik sepertinya tetapi di IPT di seberang jalan sana.
Senyumannya lebar, tak pernah sis melihat beliau tersenyum seperti itu. beliau memuji, sambil mengheboh-hebohkan kepada pensyarah lain. Bagi sis, selepas sudah menjadi pendidik, sis faham benar apa yang beliau rasai. Sikit pun tak rasa segan. Kemudian sis melepak dengan pensyarah lain. Bangga betul En. Masdur dengan awak, sebenarnya, En. Masdur sangat kasihkan pelajarnya, tapi cara mendidiknya bukan digambarkan dengan kata-kata, malah diberinya dengan realiti.
Beliau sangat pemurah, ada saja rezekinya akan diberi kepada anak didik, tapi tiada siapa pernah tahu, En. Masdur tidak mahu sedekahnya diketahui, sedekahnya banyak, dan beliau meminta rakan sekerja menyelesaikan sedekahnya, jadi inilah mengapa kami tidak nampak material yang dia beri.
Ibarat menyerahkan menggunakan tangan kanan, tangan kiri tidak mengetahuinya. Encik Masdur “ayah” kepada anak-anak pelajarnya. Tanpa pelajar tahu, sebenarnya beliau sangat mengambil berat keatas pelajar.
Bagi sis, apa yang pernah diperkatakan dan suruhannya itu untuk menjadikan kami lebih baik. Untuk kes Fatini, hikmahnya ialah masa, masa lalu tidak boleh diubah, perlunya kita sendiri untuk mengubah nasib walau apa pun halangan. Alhamdulillah, Fatini sudah grad. Untuk Syafie, pengajarannya, perkara sukar ini kita patut usaha walaupun ambil masa agak lama. Buat En. Masdur, ilmunya bukan setakat buku tetapi realiti juga.
Banyak lagi kenangan dengan En. Walaupun dari segi luaran En Masdur banyak seperti mendera emosi pelajar, jangan kita lupa, kesakitan menyebabkan kita tidak mengulangi perkara yang sama. Setiap pendidik, ada caranya tersendiri. Terpulang pada kita terima atau tidak.
Terima Kasih En. Masdur, jasamu dikenang.
– Sr. Listener (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit