Jatuh Bangun Dalam Belajar

Assalamualaikum kepada komuniti iium confession. Sedikit intro mengenai diri saya:
Perempuan, 31y-o, PhD student di sebuah IPTA di lembah Klang.

Alhamdulillah ada yang rasa inspired dengan confession saya sebelum ni https://iiumc.com/jatuh-bangun-dalam-belajar/.
Dan saya minta maaf sangat, confession kedua ni saya tulis berbulan-bulan selepas confession pertama. Saya sangat-sangat sibuk dengan research, sukar untuk saya ada masa free yang saya boleh karang confession ni.

Saya berharap, apa yang saya lalui, setiap jatuh dan bangun saya dapat saya kongsi kepada sesiapa yang memerlukan supaya mereka rasa motivated dan dapat menjadi seorang yang lebih baik dan cemerlang. Memandangkan saya tiada FB so saya tak boleh nak PM soalan2 dari brothers & sisters sekalian, so saya harap dapat jawab persoalan melalui post kalini. Terima kasih admin sebab approved last confession saya and hopefully kalini pun admin approve juga.

Memang tujuan saya tulis last confession tu pun dengan harapan ramai dapat baca dan rasa motivated. Sebab saya tahu betapa sedih, down and demotivated nya bila result SPM teruk dan cgpa semasa degree rendah. Sekarang ni nak kerja, nak apply scholarship, kebanyakanya nak minimum cgpa 3.00 kan. Jadi apa yang saya lakukan? Seperti confession saya sebelum ni:

1) Saya ubah cara study
Penting untuk kita study smart. Ada orang dengan study smart je dah boleh Berjaya. Saya ni bukan lahir2 terus genius, apa yang saya ada sekarang semua berkat usaha dan izin dari Allah. Kenali kelemahan diri. List kan pros and cons cara study kita. Lain orang lain cara study masing2. Saya beli 1 whiteboard (not too big, not too small). Setiap kali saya study, saya akan baca dan fahamkan dan saya akan tulis semula pada whiteboard tanpa refer kepada nota atau buku. Saya akan tulis banyak kali sampai saya faham. Contohnya: kalau saya tengah study tentang redox reaction. Saya akan baca 1 page or satu sub topic tu (depend berapa senang nak faham untuk apa yg kita study), saya fahamkan then saya akan tulis semula pada whiteboard. Kenapa whiteboard? Sebab 1st time kita cuba explain semula apa yg kita faham, mungkin kita still ada banyak salah. Sy akan guna red marker utk betulkan semula apa yang x betul, kenal pasti kesalahan, padam whiteboard dan tulis semula. Saya paling suka kalau ade part figure. Sebab saya paling senang ingat dan faham melalui figure. Kalau ade reaction path or diagram, saya boleh lukis exactly sama bila saya dah faham. Memang psychologically kita memang senang nak hafal dan faham melalui gambar rajah kan. Selagi apa yang saya tulis pada whiteboard tu masih ada kesilapan, selagi tu saya akan ulang tulis dari awal sampai saya takde salah. Seriously, this is the best method for me instead of menghafal sahaja sebab dengan hafalan saya selalu lupa semula beberapa hari lepas tu. Yelah, benda yang kita tak ulang hari2 kan.

Disebabkan saya engineering student, mmg byk formula and calculation saya kena master. So dengan whiteboard la saya senang buat revision. Kalau nak simpan sebagai nota, boleh buat dalam buku nota khas, tapi utk praktis, better guna whiteboard sebab kt akan praktis banyak kali. Whiteboard yang saya beli tak besar pun. Banyak kat kedai stationery.

2) Saya sambung master
Dah cgpa degree saya cuma 2.90+, jadi apa yang saya boleh buat untuk saya buktikan kepada bakal employer and scholarship provider yang it’s worthy bagi mereka untuk beri peluang kepada saya (kebanyakannya nak minimum CGPA 3.00)? Yes, dengan sambung belajar lagi. Saya ambil mixed mode sebab saya boleh masuk kelas belajar dan buat research juga. Tak delah lepas dapat pointer yang tak best, saya terus move on tanpa buat apa2. Ini pendekatan saya untuk improve education saya. Alhamdulillah atas izin Allah, graduated dgn cgpa 3.80+. Untuk lebih details boleh refer kepada confession sebelum ni.

3) Menguasai Bahasa Inggeris
Memang penting untuk kita menguasai Bahasa inggeris untuk kita sambung study, apply scholarship dan apply kerja. Petua-petua ni saya dah buat dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah dari sekolah rendah sampai uni, Allah bagi rezeki saya sentiasa A dalam subjek English. Ramai yang dah bagi petua kan, yang ni petua dari saya pula:

i) Selalu buka kamus.
Masa sekolah dulu saya selalu buka kamus English-BM. Saya akan randomly buka satu page dan akan baca maksud sesuatu perkataan tu randomly. Kadang2 sementara tunggu cikgu masuk kelas saya buka kamus, tengah rehat2 kat rumah saya capai kamus dan baca. Dari situ banyak vocab yang saya dapat. Jadikan sebagai habit, jangan sebab terpaksa. Bila kita seronok buat sesuatu insyaAllah lebih senang kita nak belajar. Belajar ni tak kan pernah terlewat. Umur 30an 40an dan seterusnya nak start sekarang pun boleh. Ilmu ni takde expiry date.

ii) Buat latihan grammar
Saya sangat suka 1 set buku grammar ni. Dari beginner, intermediate sampai expert. Tak ingat pula tajuk and publisher buku ni (buku dah hilang masa pindah rumah). Saya banyak buat latihan grammar dari buku-buku latihan. Rasanya banyak publisher keluarkan buku ikut level ni. So boleh lah start beli buku grammar kepada yang masih lemah grammar. Saya pun banyak lagi kena belajar and the learning process is still ongoing.

iii) Baca English novel
Masa sekolah dulu saya start dengan membaca buku cerita English yang simple2, lepastu masa form 3 saya start kumpul buku Sweet Valley High. Adik beradik kembar Jessica and Elizabeth Wakefield. Hehe. Sampai sekarang saya masih ingat buku tu. Peneman time bosan dan bahan bacaan sebelum exam English masa zaman sekolah. Saya baca sebab minat sangat dan baca novel English ni sangat2 membantu vocab, grammar and sentence construction. Then dah start masuk U saya upgrade baca novel yang lebih tebal and ada yang content nya quite heavy. Novels from Sophie Kinsella (light-reading), Dan Brown, Danielle Steele, Cecilia Ahern etc. sume tu saya suka.

Sebelum exam English, saya jadikan compulsory bagi saya untuk habiskan satu novel. Ia sangat membantu dalam penguasaan English saya. Yelah kan, novel2 mereka ni memang terang2 grammar dah betul dan ayat pun da cantik susunannya. Besar impact nya dalam pembelajaran English saya. Selain seronok, saya juga dapat belajar English dalam masa yang sama.

4) Tiada sebarang media sosial
Saya tiada facebook, Instagram, twitter dan apa2 lagi lah medium media social. Hati lebih tenang dan boleh focus kepada kerja saya seharian. Buka phone baca iium confession through website, baca email, main candy crush dan Sudoku. Hehe. Untuk chatting apps Cuma ade whatsapp n guna imessage je. Medium komunikasi ketika saya bekerja dulu, untuk research group, keluarga dan member2.

Ada yang komen bertanya bermacam-macam soalan, yg saya sedia untuk jawab. Selagi saya dapat tolong, insyaAllah saya akan tolong. Tetapi saya minta maaf kepada brothers and sisters semua, saya tiada sebarang media social untuk pm anda. Saya harap apa2 yg anda nak tau ada terjawab dalam confession saya ni. Semoga Allah permudahkan segala urusan pembaca semua.

Dalam confession sebelum ni, ada yang bertanya bagaimana cara nak apply kerja sedangkan tak habis belajar lagi:
Caranya ialah dengan tulis current cgpa dan bile expected graduation. Jangan tulis tarikh konvo pula, sebab konvo kebanyakan Uni/kolej cuma setahun sekali. Bila tengok lambat lagi “grad” nanti company tak nak ambik kerja pula. Nak apply scholarship untuk study next level pun takut susah nak dapat.

Masa saya Master dulu, research saya dah nak habis dah masetu. Dalam 4-5 bulan lagi kalau tak silap. Tapi saya bagitau interviewer yang masetu experiment tak habis lagi, thesis tak siap lagi dan viva pun tak tahu bila. Semua tu alhamdulillah tak jadi masalah kepada company tersebut sebab kata beliau, thesis boleh siapkan walaupun saya dah accept offer dan untuk viva saya boleh apply cuti. Yang penting, bila saya start kerja tu experiments semua dah settle so takdelah memerlukan untuk kita pergi ke lab semula.

Petua semasa interview:

Dalam 10 interview yang saya telah pergi, alhamdulillah 8 daripadanya saya berjaya melepasi stage interview tersebut. Saya tidak lah expert, tapi mana yang saya boleh share tips tu insyaAllah semoga berguna kepada yang lain.
1) Be prepared
Seperti confession sebelum ni, ada saya nyatakan bagaimana saya study hard sebelum interview. Apa soalan yang saya patut tackle dan study sehabis mungkin. Segala soalan yang terdetik masa study tu, terus je google. Baca dan fahamkan. Biasanya benda-benda yang kita tak faham masa study tu lah yang akan ditanya. Haha. Memang sakit hati kalau soalan tu ditanya tapi kita tak dapat jawab. Bila makin kita study, makin banyak soalan yang bermain dalam minda kita. Contohnya, macamana proses ni berlaku, macam mana nak purify sample ni, macam mana nak buat kalau mesin ni rosak.. semua benda ni mungkin kita tak tau sebab tak kerja lagi. So, Google! Study so semua persoalan terjawab. Kalau kita betul2 nak kan sesuatu mesti kita berusaha bersungguh-sungguh kan? Then again, study yang berkaitan dengan kerja yang kita minta.

2) Be confident
Biasanya kalau point nombor 1 di atas kita dah master, insyaAllah kita akan confident. Normal untuk nervous semasa interview, tapi jangan terlalu nervous. Takut akan terpancar kat muka yang kita tak confident dan nanti kita merapu pula semasa interview. Banyakkan selawat dan Tarik nafas dalam2. Maniskan muka dan senyuumm.

3) Pakaian biar kemas.
Ada kawan saya cakap kalau interview kat company swasta jangan pakai baju kurung nanti tak dapat. Saya tak tau lah company mana yang bagi syarat macam tu (mungkin wujud company macamni), tapi untuk saya alhamdulillah semua interview saya pakai baju kurung. Nak Nampak lebih professional boleh lah pakai blazer. Tapi even company international yg majoriti nya non-muslim pun saya datang interview pakai baju kurung je (without blazer), alhamdulillah dapat juga kerja. Then again, rezeki Allah alhamdulillah. Asalkan pakaian kemas saya rasa okay dah. Bagi saya macam mana kita represent diri, attitude dan apa yang kita jawab ketika interview tu yang banyak membantu macam mana interviewer view diri kita. Tapi kalau awal-awal dia suruh buka tudung ke, x perlulah kerja kat situ. Rezeki Allah ni luas. Niat nak cari rezeki kerana Allah insyaAllah dipermudahkan.

Kepada sister yang rasa nak give up study dalam chemical engineering tu, please jangan give up ye sis. Memang bukan senang belajar ni. memang stress, rasa tak sabar nak habis belajar. Tapi bila dah kerja, Allahu memang terkenang2 zaman belajar. Seronok nya belajar. Buktinya, selain saya sendiri, ramai kawan2 yang saya kenal masa master dulu yang berenti kerja sebab nak sambung belajar. Betul kan niat dan jadikan belajar ni sesuatu yang seronok. Bagi saya, dapat ilmu baru and scoring in exam ni sesuatu yang sangat sangat memuaskan hati. Saya sangat-sangat happy. Seronoknya daripada benda yang kita tak tahu, dengan belajar kita jadi tahu. Bila stress belajar, apa kata relax sekejap? Its good to push yourself but please don’t push too hard. Nanti kita rasa tak happy dengan apa yang kita buat. Jujur dalam belajar kerana kita belajar ni sebab nak dapatkan keberkatan dari Allah (Jangan meniru masa quiz dan exam. Dan cuba buat sendiri assignments. Kejujuran tu penting supaya berkat ilmu yang kita dapat). Belajar ni satu ibadah, cari cara yang sesuai dengan diri kita dan belajar dari kelemahan. Saya dulu macam sis juga, selalu rasa nak give up. Tapi bila saya ubah cara belajar alhamdulillah saya rasa ok sikit.

Untuk sis yang komen mengenai nak dapatkan 4 flat, boleh refer kepada cara saya study tersebut. Alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat 4flat dengan cara tersebut. Seperti yang saya tekankan dalam confession sebelum ni; banyakkan doa dan jaga hubungan dengan Allah. Hubungan sesama manusia pun penting, haiwan pun kena jaga kerana kita ni khalifah di muka bumi. Hubungan dengan parents jagalah sebaik-nya. Bila parents redha dengan kita dan selalu mendoakan kejayaan kita, insyaAllah smooth je perjalanan. Arwah ibu saya selalu buat solat hajat saat saya dan adik sedang menduduki exam, selalu bernazar, dan tidak pernah tinggal solat tahajjud dan dhuha selagi mampu untuk solat sunat.

Dalam confession sebelum ni saya ada luahkan yang saya sangat nak belajar di Jepun. Tak lama selepas confession sebelum ni, saya telah apply satu scholarship dari Jepun. Alhamduillah saya telah dapat tawaran as visiting researcher di dua buah universiti di Jepun di bawah biasiswa dari satu organisasi di sana. Salah satu university tersebut berada dalam top 3 best university in Japan. Tak lama lagi saya akan berangkat ke sana. Alhamdulillah syukur pada Allah atas segala nikmat. Sungguh tak tersangka dapat juga saya belajar di sana. Alhamdulillah.

Tak sampai dua minggu lagi saya juga akan ada interview untuk biasiswa dari kerajaan Jepun untuk full time PhD study. Alhamdulillah passed screening and exam stage. Doakan saya ye, semoga semuanya berjalan lancar. Dulu semasa saya tidak lepas next stage after interview untuk biasiswa ni, saya rasa sangat-sangat sedih. Saya rasa stupid sebab tak lepas. Tapi cepat2 saya berzikir dan berprasangka baik dengan Allah. Mungkin Allah tak bagi belajar kat Jepun atas sebab-sebab tertentu. Allah lah yang Maha Mengetahui. Semasa ibu sakit, saya sentiasa mengucapkan Alhamdulillah sebab tidak dapat biasiswa tersebut. Jika saya dapat, tentu saya akan belajar di Jepun pada waktu itu dan tidak dapat menjaga ibu, dan bersama ibu saat ibu menghembuskan nafas terakhir. Allah Maha Mengetahui. Perancangan Allah itulah yang sempurna. Saya tidak dapat bayangkan jika saya tidak bersama-sama ibu tercinta, menjaga ibu dan berkasih sayang dengan ibu sebelum Allah mengambil ibu. Alhamdulillah kerana Allah pinjamkan ibu yang terbaik kepada saya dan adik.Sentiasalah berprasangka baik dengan Allah. Jika apa yang terjadi itu bukan seperti apa yang kita harapkan, tetaplah tersenyum dan ucapkanlah Alhamdulillah. Allah sayang hamba-hambaNya. Mungkin sekarang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi mungkin Allah akan berikan pada masa yang tepat ataupun berikan sesuatu yang lebih baik kepada kita. Jangan sesekali putus asa. Yakinlah dengan Allah.

Kepada pembaca yang senasib dengan saya, tidak mempunyai result SPM yang cemerlang, dengan pointer degree tak sampai 3.00 janganlah anda berputus asa. Perjalanan hidup kita masih jauh insyaAllah. Banyak kesilapan lalu yang kita boleh ambil iktibar supaya kita boleh jadi lebih baik dari sebelum ni. Sentiasa letakkan Allah nombor 1. Berprasangka baik lah dengan Allah, insyaAllah semuanya akan berjalan lancar.

Semoga perkongsian saya ini sedikit sebanyak bermanfaat kepada semua.

I have too many flaws to be perfect, but I have too many blessings to be ungrateful. Alhamdulillah for everything.

– Hamba Allah yang masih belajar.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit