Terima kasih admin atas penyiaran confession aku ini.
Mungkin tajuk dan gaya penceritaan sebegini dah terlalu common korang dengar dalam confession. Cuma aku berharap ada yang boleh dijadikan motivasi diri di masa akan datang.
Aku mulakan perkongsian aku sebagai lelaki biasa-biasa. Jujur kata aku bukan jenis lelaki yang ayat manis, ayat power, dan sebagainya.
Tapi aku ni jenis lelaki kalau dah jatuh hati pada seseorang, memang aku akan pikul tanggungjawab bersungguh-sungguh.
Terpulanglah korang nak kata aku ni angkat bakul whatsoever. Tapi itulah diriku dulu, kini, dan selamanya.
Jatuh Hati Zaman Awal Nak Up
Kisah ni aku lalui masa darjah tiga. Lebih kurang masa tu aku ada minat kat seorang rakan sekelas aku ni. Dan itulah kali pertama aku tulis surat cinta (KONON…). Hahahaha!!!
Bila dikenang masa tu memang aku rasa lucu betul. Aku tak ingat apa aku tulis. Maklumlah dah lama sangat.
Seterusnya, masa darjah lima ada beberapa orang kawan perempuan yang request jadi teman istimewa. Tapi aku bukan jenis lelaki yang mainkan perasaan perempuan. So, aku layan dorang macam kawan biasa jer.
Jatuh Hati Zaman Remaja
Masuk tingkatan 1 hingga 3 ada juga kisah cinta monyet. Tapi masa tu terhenti tengah jalan sebab ada saudara pihak perempuan tak berapa suka aku.
Masuk tingkatan 4 dan 5 ada seorang kawan perempuan sekelas ni minat kat aku. Tapi aku anggap dia kawan biasa.
Dan masa tu pula aku ada minat seorang perempuan dalam kelas juga. Tapi dia pun anggap aku kawan biasa. Kira fair & suare kan. Hahaha!!!
Jatuh Hati Zaman IPT
Masa ni pula ada seorang perempuan ni minat kat aku. Punyalah bersungguh dia minat kat aku. Siap beli hadiah itu ini.
Aku memang anggap dia kawan biasa. Tapi pada masa yang sama aku tak sampai hati tengok dia dah bersungguh sampai macam tu.
Jadi kiranya aku terima perhubungan tu hingga satu masa kami ditakdirkan berpisah atas sebab tertentu.
Yang aku tak faham sebenarnya masa tu ialah dia minta putus. Tapi dia juga menangis kata sayangkan aku. Macam mana tu ya?
Jatuh Hati Zaman Kerja
Yang ni mungkin ada beberapa percubaan dari pihak aku untuk cari jodoh la kan. Kalau dikira ada lebih kurang empat kali percubaan yang telah gagal. Hahahaha!!!
Percubaan yang keempat tu memang sakit sebab kepercayaan yang aku beri dikhianati dan dicurangi secara diam-diam.
Lebih kurang 3 tahun perkenalan yang memang banyak aku yang mengalah. Aku tegur dia secara baik. Tapi dibalas dengan lentingan dan makian.
Dan akhirnya dia pilih lelaki lain sebagai pasangan hidupnya. Aku no komen sangat pasal pilihan dan itu keputusan dia. Aku anggap dia dah mati untuk selamanya walaupun mungkin orangnya masih hidup.
Jatuh Hati Tanpa Dirancang
Untuk yang ini, aku belajar daripada semua pengalaman lalu bahawasanya nilai kebahagiaan itu pasti dan pasti tak akan pernah ada pada manusia. Lebih kurang maksud hanya Allah sahaja yang akan beri kita rasa bahagia.
Perbaiki amalan dan hubungan kita dengan Allah & manusia. Jangan putus asa walau kau dihina, dimaki, dicaci manusia. Mereka tahu apa?
They know nothing but Allah know everything. Aku susah nak terangkan part ni. Tapi aku sekarang bukan lagi aku yang dulu.
Lelaki yang mengharap 100% sepenuhnya dicintai, disayangi oleh manusia. Tentang tips jodoh, aku tak nak ulas sebab dah terlalu banyak orang kongsi kejayaan bertemu jodoh dalam IIUM Confession ni.
Alhamdulillah Allah izinkan aku bertemu jodoh dengan isteri aku sekarang ni. Orangnya biasa-biasa tapi mendengar nasihat, sangat menghormati aku sebagai suami, pandai masak dan urus rumahtangga.
Walaupun dia belajar hingga darjah enam, tapi budi bahasa dan agama dia memang baik. Memang aku sangat bersyukur.
Memang masa tu aku menangis betul-betul bila Allah pertemukan jodoh aku dengan dia. Rasa terubah segala rasa dikhianati suatu ketika dahulu.
Kita semua manusia penuh dosa. Jangan jadi orang yang mementingkan diri atau bodoh sombong. Tapi belajarlah terima teguran & nasihat.
Dan belajar berubah ke arah kebaikan selagi hayat masih dikandung badan. Jangan syok sendiri.
– Ahmad Yazid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit