Jatuh Bangun Sebab Kawan-Kawan

Aku nak share cerita sorang kawan aku masa study kat Universiti dulu. Ayu ni kawan baik aku, tapi masa first & second year kitorang tak rapat sangat sebab dia clique (geng) lain.

Ayu ni masa kat Universiti, agak cantik tapi tak reti bawa diri. Maksud aku tak reti bergaya so dia nampak biasa je. Orangnya kecik2, putih, mata sepet macam Cina. Comel tapi selekeh.

Tapi aku rasa zaman dulu kitorang semua memang selekeh je. Takde bermekap bershawl macam budak2 sekarang.

Ayu budak pandai. Actually aku rasa dia agak genius, sebab dia kreatif. Otak dia bergeliga dan sentiasa ada idea. Kau bagi lemon, jadi lemonade. Gitu.

Cumanya dia anak manja, kerja rumah tak pernah buat, masak pun first time bila duduk rumah sewa dengan kawan-kawan baru la dia belajar. So housemates dia tak suka dia.

Sebenarnya bila kita jauh dengan keluarga, duduk ramai2 satu rumah, biasa la ada yg pandai bawa diri dan ada yang tak berapa pandai. Bagi aku benda tu takde apa, Ayu pun bukan la jenis tak belajar langsung.

Cumanya aku perasan kawan2 serumah dia ni macam dengki dengan dia, maybe pasal rupa dia yang lawa la drpd kitorang semua haha.

Diorang dok tumpu pada kelemahan dia (tak pandai masak, tak reliable, tak responsible, tak pengemas sangat, bilik dan meja study bersepah. Tapi yang jenis ni memang aku selalu perasan kat orang2 jenis kreatif).

Kawan2 serumah dia pandang rendah kat dia. Bila dia masak, cakap tak sedap. Diorang cop dia bersepah, not reliable, etc.

At one point aku rasa Ayu ni dah give up, so dia gelak dan terima je. Malas nak layan. Dia terus kan hidup cam bese, every semester dia score.

Aku sekelas dengan dia. Ada la benda2 bodoh dia buat macam terhilangkan buku teks aku (gaduh masa ni sbb dia sangat pelupa & clumsy).

Tapi overall dia kawan yang baik, rendah diri dan selalu minta maaf. Gaduh kitorang tak lama.

Itu intro pasal Ayu. Lupa nak cakap, ramai budak lelaki suka kat dia, tapi sebab dia sengal, dia tak perasan pun. Lepak je ngan budak2 lelaki course kitorang macam biasa.

Aku perasan problem bermula bila dia jatuh cinta.

Ada sorang mamat ni, aku namakan dia Abu. Abu course lain, yang takde kaitan langsung dengan kitorang dan memang kemungkinan nak bertembung tu zero.

Tapi Abu serumah dengan classmate kitorang. Ada la a few events yang membuatkan budak berdua ni terjumpa each other.

Abu budak cool. Takde kawan baik, lone ranger. Budak baik, famili pun jenis baik. Pegi kelas sorang, makan sorang, study sorang. Muka hensem.

Aku tak tau ramai budak popuan suka dia (sebab Abu bukan taste aku so aku tak perasan la dia good looking). Masa cuti sem, geng2 diorang ni ada banyak aktiviti piknik, jalan2, yang melibatkan Ayu dan Abu.

Ayu attracted dengan Abu walaupun dia tau ada di kalangan geng dia yang memang suka gila2 kat Abu. Aku pernah tanya, kenapa? Ramai lagi mamat hensem suka kat dia, tak pernah pulak dia sangkut.

Ayu cakap, diorang punya interest seiring. Ada la benda yang bole buat diorang ni ‘masuk’. Aku faham sebab aku ngan suami aku pun sama (kitorang kenal masa zaman2 Universiti jugak and ada something happen in our past lives yang kitorang penah hadapi tu sama.

Kitorang kongsi with each other sebab orang lain tak faham, which makes our relationship special). So aku faham camna Ayu boleh fell hard for Abu.

Abu pun suka je Ayu, budak cantik. At one point diorang senyap2 couple. Bila masa diorang dating (or pernah ke diorang dating) pun aku tak tau. Tiba2 hujung tahun tu Ayu start datang melepak kat rumah aku, tido kat umah aku, and aku nampak dia miserable.

Rupanya Abu main2 kan dia.

Abu couple dengan dia, in the same time cuba mengorat salah satu housemate dia (minah ni aku nama kan Seroja. Seroja ada bf PJJ so dia tak layan pun si Abu).

Abu jugak pernah bgtau Ayu, dia suka salah seorang kawan2 kitorang (pun budak lawa). Aku tak tau apa ada dalam kepala dia bagitau benda tu kat girlfriend dia.

Abu ada sorang kawan kat Universiti lain yang diorang keep chatting. Abu suka minah tu tapi dia nak ngorat susah sebab jauh. Abu tunjuk gambar minah tu kat Ayu, cakap, “kenapa la kau tak lawa macam dia ni.”

Eh #£&@ sungguh.

Aku terkejut dengar benda2 ni. Apa la bodoh kau ni Ayu. Kalau bf aku cakap gini, aku angkat kaki dah. Tapi Ayu still suka kat dia, sebab 90% of the time si Abu ni sweet je.

Ada lagi la benda2 bodoh si Abu ni buat. Aku pun tak tau kenapa. Dia budak baik, tapi dengan Ayu ni dia suka sakitkan hati. Padahal memang dia suka pun kat Ayu.

Hujung tahun tu, Abu tinggal kan Ayu. Aku tanya, dia ada buat benda tak senonoh ke (macam habis madu sepah dibuang la kan), tapi Ayu cakap takde. Dating pun kat library, tengok wayang sama pun tak pernah, nak buat mende.

Ada sekali diorang janji nak gi jalan2. Ayu tunggu dia 2 jam kat Park. Bila dia sampai memang Ayu hangin la. Balik rumah, Ayu borak2 dengan Seroja.

Seroja cakap dia chatting berjam2 dengan Abu tengah hari tadi cerita pasal apa ntah (Seroja takde maksud apepe pun, sekadar bercerita.

Chatting dengan kawan2 ni benda biasa masa tu. Dia tak tau Ayu couple dengan Abu).

Bila Ayu tengok timing, masa dia duduk tunggu berjam2 tu, Abu tengah aktif mengorat Seroja rupanya.

Pernah jugak diorang janji nak dinner. Abu tinggal kan Ayu kat bus stop sekejap malam tu sebab dia nak ambil barang kat rumah. Pun Ayu tunggu sejam lebih tengah2 gelap. Rupanya kat rumah Abu ada buat makan2, so Abu makan dulu.

Kadang2 bila aku fikir balik, Abu maybe suka Ayu sebab rupa dia je.

Bila kawan2 Ayu selalu cerita pasal keburukan Ayu, Abu ni baru rasa cam tak best. Dia pun ikut sama cari keburukan Ayu.

Abu tak cuba nak kenal Ayu pun. Dia start treat Ayu macam @#£& maybe dengan harapan nak Ayu blah la kot.

Masa ni la aku perasan, betapa pentingnya cari kawan2 yang membina kau, bukan menjatuhkan kau.

Nak tau tak sebab apa? Ayu hilang darı radar masa cuti hujung tahun. Diorang dah break, Ayu dah lalui fasa2 heartbroken dia. So cuti tu semua orang balik kampung, tapi Ayu hilang khabar terus.

Bila semester baru mula tahun depannya, Ayu dah jadi lawa gila hahaha. Kurus, muka licin and shining, dah pakai contact lens, rambut panjang dia style kan (dia pakai tudung so kitorang je la tau muka dia kalau tak pakai tudung macam perempuan Korea).

Dia start hang out dengan geng aku. Pindah rumah duduk dengan orang lain. Masa ni dia dah pandai masak.

Aku tanya apesal kau tetiba pandai masak ni? Dia cakap sebab budak2 rumah dia baik.

Dia kata dia tak reti masak, budak2 tu cakap, takpe mana orang tetiba pandai masak, jom belajar, masak sama2. Tetiba pastu Ayu la jadi paling terer sekali.

Dia still tak pengemas, bilik berkecah haha. Tapi housemates baru dia tak kisah and tak judge, sebab diorang tau Ayu budak pandai dan banyak kelebihan lain.

Kalau dia bebetul nak buat something, dia akan buat gila2 sampai jadi. Satu je jangan buat kat dia-jangan buat dia down.

Diorang lagi pandang result semester Ayu daripada meja dia yang tunggang langgang.

Ayu start lepak ngan geng2 aku, pun jenis tak judge dia. Kitorang semua rumah lain2, ada yang sengal, ada yang sewel, mengutuk each other depan2 tapi takde hard feelings.

Ada beza kita cakap, “tak sedap la ko masak!” dengan nada menghina, dan “bapak tak sedap siot ko masak hahaha,” dengan nada mengutuk tapi habis kat situ je.

Ayu spend 2 tahun duduk di kalangan orang2 yang judge dia dan jatuhkan dia tanpa dia sedar, sampai dia rasa dia buat apa pun takkan jadi.

So bila dia masuk kat environment yang encouraging, she soars.

Apa jadi dengan Abu?

Abu date budak Universiti lain yang cantik sangattt tu, tapi tak jadi apa. Maybe sama kes la dengan Ayu, usha nampak cantik. Bila dah jumpa ada la benda dia tak berkenan.

Tapi aku mmg padankan muka Abu. Kalau kau kejar rupa, last2 Ayu lagi cantik drpd mana2 perempuan yang dia pernah compare depan2 Ayu masa dia couple dengan Ayu dulu.

(Minah tu baik dan cantik je sebenarnya, skang bahagia dengan laki dia. Tu pun tau dr Facebook masa kitorang saja godek2).

Ayu pulak, tiba2 budak2 FAMA ramai suka kat dia (FAMA ni sape faham faham la yer. Bbdk kaya mak bapak sponsor, kitorang semua budak biasiswa je).

Aku rasa since Ayu start banyak buat kerja part time, join macam2 club, presence dia baru orang perasan. Ada masa Abu try ngorat dia balik, tapi dia buat dunno. Masa tu housemate Abu ada cerita Abu nampak heart broken, kitorang puas hati beramai2.

Abu tak kawen sampai sekarang tapi aku rasa sebabnya dah takde kaitan ngan Ayu dah la. Tu zaman cinta monyet kan.

Tapi Ayu takde couple dengan sapa2. Dia still tak let go frustration dia kat Abu sampai la beberapa tahun pastu dia jumpa husband dia.

That’s another story yang dia cakap sama la, jumpa soulmate. Aku happy sebab Ayu cari yang masuk kepala dengan dia, bukan sekadar rupa atau harta sebab yang dok ngorat dia ada je kalangan anak menteri.

Kenapa aku teringat cerita Ayu? Sebab dalam 10 tahun lepas kitorang grad ni, aku nampak Ayu dalam newspaper, kadang2 masuk TV. Dia berjaya kejar impian dia.

Aku syukur dia dapat husband yang encouraging, bukan yang membunuh hati dan perasaan macam Abu.

Sekarang pun kitorang dah beranak pinak. Follow up about each other guna Facebook. Kekadang jeles jugak tengok dia makin tua makin lawa. Tapi takpe la terima genetik masing2 hehe.

Ayu masih dengan diri dia. Pemalas kat sini tapi rajin kat situ, bodoh kat sini tapi pandai kat situ. Sebenarnya kita semua pun sama. Ada kelebihan dan kekurangan.

Ada masa kita lemah, ada masa kita kuat. Tapi berbaiklah sesama insan. Kita taktau kata2 kita boleh membunuh seseorang, dan kata2 kita boleh membina seseorang kepada kejayaan dan kebahagiaan dia.

– Kuntom (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *