Salam admin & pembaca semua. Ni first time aku buat kerja gila ni, confess hahaha. Harap admin publish la confession aku ni walaupun penulisan cacar marba.
Ok, sebelum tu aku kenalkan diri. Nama Ed, umur 20an (tak berapa nak pertengahan tapi tak berapa nak hujung gak), bujang, berkerjaya, & hensem (sikit la). Hahaha.
Admin, tolong lah siarkan ya walaupun tajuk saja dah mengundang kontroversi hahahah. Bukan apa, saja saja nak luahkan beban kat dada ni. Nak cerita dengan orang sekeliling, haish malu beb. Kang orang cakap aku tak betul.
Tak tau weh mana nak mula. Macam ni, aku ada sorang kawan baik yang memang kawan dari sekolah rendah lagi. Sampai sekarang masih rapat sebab circle of friends yang sama, minat dengan aktiviti sukan yang sama & rumah pun dekat saja. Aku gelarkan dia Arif saja lah ye.
Jadi Arif ni dah ada isteri aku gelarkan sebagai Laila. 2 orang anak, 1 laki 1 perempuan. Dorang ni aku rasa dah 5-6 tahun gak la kahwin. Tak silap awal tahun 2016 la.
Haha, susah nak ingat banyak sangat kawan kahwin. Aku saja tak kahwin2. Jadi kenapa pulak aku fall in love ngan bini dia? Sebelum korang kecam aku, baca dulu cerita aku ni ye hahah.
Arif ni umur dia tua beberapa tahun saja dari aku. Zaman bujang sebelum dia kenal bini dia sekarang, fuhhh punya lah buaya. Tukar perempuan macam tukar baju saja. Perempuan yang dia pilih lak semua jenis glamor2, rambut ropol2 blonde, stock2 model la.
Lagi satu, Arif tak suka perempuan bertudung. Pernah kawan kitorang nak kenenkan dia dengan sorang perempuan ni boleh tahan cun, dia tak berminat. Aku tak minat lah dengan bertudung ni katanya.
Masa Arif dok bajet playboy buaya darat ni kitorang dah kenal dengan Laila, sebab Laila ni kawan baik kepada tunang kepada salah seorang geng kitorang gak. Faham tak salasilah ni? Hahahah.
Jadi kadang2, apa2 aktiviti kitorang buat macam bbq ke, konvoi ke mana2 ke, tengok wayang ramai2 ke, tunang kawan ni ada jugak lah bawak Laila sekali.
Masa ni Arif takdelah minat pun dekat Laila. Yelah Laila perempuan bertudung. Tapi salah sorang dari geng kitorang memang angau dengan Laila, tapi Laila tak layan pun hahahah.
Masa ni pun aku takde nak feeling2 apa pun weh. Walaupun taste aku memang perempuan pakai tudung, tapi aku tak rasa apa2 pun masa tu. Yang aku perasan pasal Laila masa tu, dia jenis easy going, masuk air gak & yang paling best senyum dia tu pehhhh, cair beb. Dah lah dia ada lesung pipit.
Satu hari ni geng kitorang dikejutkan dengan gosip tergempar bila kantoi Arif dengan Laila dah pernah keluar lunch berduaan. Kitorang segeng pun apa lagi curious lah.
Knowing Arif, kenapa dia tiba2 keluar dengan Laila pulak kan? Bukan taste dia kot. Masa kawan kitorang angau dengan Laila, Arif ni siap cakap apa lah yang kau suka dekat Laila tu. Jadi kitorang pelik ah dorang tiba2 lunch sama??
Rupanya kebetulan saja terjumpa masa tu. Aku pun tak ingat dah cerita dia macam mana. Tapi tu lah, dah nama pun jodoh. Lepas perjumpaan yang kebetulan tu lah dorang mula rapat & akhirnya kahwin lah. Ada saja cara Allah nak atur kan?
Benda yang rasa macam mustahil saja pun boleh jadi. Masa ni aku memang terbuka bijik mata jugalah dengan sesuatu yang bernama kuasa Allah. Kenapa aku kata mustahil?
Macam aku cakap tadi, Laila ni memang bukan taste Arif sebab dia bertudung. yang bertudung walau cantik mana pun, automatik jadi tak cantik di mata Arif sebab dia bertudung.
Tapi, Laila ni memang sumpah lawa tak tipu woit. So bila Arif & Laila rapat ni, kitorang semua terkejut lagi sekali sebab Arif dah berubah 360 darjah. Dia tinggalkan semua perempuan2 glamor keliling pinggang dia tu.
yang paling lagi terkejut, tak sampai setengah tahun rasanya dorang rapat, Arif cakap kat kitorang dia dah ajak Laila kahwin. Walawehhhh. Ternganga bebbb. Tak lama lepas tu dorang bertunang. Tak sampai setahun pun bertunang dah nikah pulak. Aiii betul tak sabar Arif ni.
Sejak dari tu, aku memang curious lah. Kawan2 kitorang yang lain semua dah move on lah kira terima hakikat siap bergembira sebab ada jugak gadis (selayaknya gelaran untuk Laila) yang berjaya buat seorang land crocodile jadi setia. Hahahaha.
Aku curious lah. Sebab aku yang paling rapat dengan Arif. Aku tau lah Arif tu macam mana kan. Lepas dorang kahwin aku pun jadi rapat gak dengan Laila. Jangan salah faham ye. Rapat lebih kepada sebab Laila tu isteri kawan baik aku.
Tetap ada batas2 dia. Bahasakan diri pun aku kau saja. Tapi, semakin aku kenal Laila melalui pemerhatian aku & apa yang Arif ceritakan, aku dah mula rasa sesuatu. Aku asyik teringatkan Laila.
Benda ni jadi lepas dorang dah ada 1 anak dah pun. Bukan disengajakan ye. Aku pun takde niat jahat. Aku hormat Laila sebagai wanita & isteri kepada kawan baik aku.
Macam mana aku nak describe Laila ye. Laila ni menarik perhatian aku. Dia buat aku kagum dengan cara dia bawa diri.
Laila ni datang dari keluarga kaya raya. Keluarga dia terkenal di bandar tempat asal aku ni. Tapi Laila satu keluarga jenis yang down to earth. Takde nak hidup macam golongan high society.
Cool & simple saja lifestyle dorang. Dan Laila ni juga sangat cantik. Pandai bergaya. Body masih maintain walaupun anak dah 2. Sebab dia rajin exercise. Selalu saja kitorang run sama2 dengan Arif sekali la tapi. Laila berhenti kerja bila dorang dapat anak pertama.
Laila uruskan rumah tangga sendiri bila Arif kerja. Aku salute sebab walaupun busy dengan 2 anak dan urusan rumah tangga, Arif pulak selalu outstation, kalau tak pun, balik kerja pukul 7-8 malam, Laila tetap ada masa untuk jaga diri, melawa, exercise & semuanya tetap terurus (dari cerita Arif).
Belum lagi kalau ada hari yang kitorang main Futsal 3 kali seminggu. Tgh malam baru balik. Tapi Arif pun suami & ayah yang baik. Kalau dia ada di rumah dia pun ringan tulang (cerita dari Arif sendiri & kdg2 Laila pun puji suami dia depan kwn2 kitorang).
Aku pun tak tau lah kenapa cerita aku macam panjang & melalut. Tapi aku cuma nak bagi korang faham dan dapat relate semua ni. Laila ada ciri2 perempuan yang aku suka. Aku tahu ada something special pasal Laila ni yang buat Arif berubah begitu sekali.
Misteri itu lah yang buat hati aku lagi macam tertarik2 jatuh hati dekat Laila. Bila aku makan masakan Laila masa Arif jemput makan2 kat rumah dia, adoiyai masa tu rasa macam nyesal kenapa lah aku tak kacau Laila awal2 sebelum Arif rapat dengan dia. Haha.
Laila ni bila dia bercakap, atau share something dekat social media, memang boleh nampak yang cara pemikiran dia lain dari yang lain.
Walaupun pendidikan cuma tahap diploma sebab Arif kata Laila tak minat nak sambung degree, tapi pemikiran dia macam orang bijak pandai weh. English dia pun fuhh berhabuk. Aku yang ada master kerja company terkemuka pun tak power sangat English.
Oh ya, Laila ni tua 2 tahun dari Arif. Maknanya dengan aku jauh lah jugak beza. Tapi langsung tak nampak yang dia dah 30an. Aku & Arif pulak yang nampak lagi tua dari dia.
Laila ni pun bukan sejenis yang suka upload selfie dekat social media. Dekat instagram or fb dia takde 1 pun gambar dia selfie (alamak kantoi lak stalker hahaaha).
Kalau dia share story cuma pasal masak2, quotes, pasal anak2 dia & aktiviti hidup dia lah. Takdepun nak share gambar selfie or sorang2 tunjuk kecantikan diri kahkahkah. Tiktok ke tuktuk ke tak pernah aku tengok dia main.
yang lagi buat aku kagum, dengan kecantikan dan background family dia, Laila tetap pilih Arif jadi suami. Arif bukan lah takde rupa.
Hensem jugak kawan aku tu cuma dia berbadan gempal. Background family biasa2 saja. Dan Laila pun tau yang Arif tu playboy. Kenapa lah dia nak jugak kan?? Masa baru kenal Laila, gaji pun biasa2.
Tapi Arif masa sekolah top student. Sampai sekarang di tempat kerja pun Arif menyerlah. Lepas kahwin dan ada anak rezeki dia pun mencurah2.
Usia awal 30an dah dapat jawatan best dekat international company & gaji sedap belasan ribu. Aku percaya semua tu sebab adanya wanita seperti Laila dibelakang Arif.
Arif selalu cerita, kalau bukan sebab sokongan Laila, kalau bukan sebab Laila seorang yang sangat memahami, kalau bukan sebab pengorbanan Laila berhenti kerja, jaga anak & bagi peluang untuk Arif fokus dengan kerjaya, Arif takkan sampai ke tahap ini.
Arif juga bagitau yang dia dengan Laila tidak pernah sekalipun bergaduh dari mula kenal sampai lah sekarang dah anak 2. Laila tak pernah merungut, mengeluh bila Arif balik lewat.
Kenapa Arif cerita semua ni?? Sebab aku juga selalu dengan sengaja bertanyakan Arif pasal kehidupan rumah tangga dia sebab aku nak dengar cerita tentang Laila.
Satu yang aku kagum tentang pasangan ni, dorang saling bertoleransi, Laila tak pernah halang Arif untuk beraktiviti dengan kawan2, & Arif pun bagi peluang kepada Laila untuk ber’me-time’.
Arif ada upah babysitter khas untuk jaga anak2 bila Laila nak keluar exercise atau keluar dengan kawan2. Mungkin itulah punca dorang bahagia & tak pernah bergaduh.
Aisehmen sorry lah guys aku hanyut dalam fikiran tentang Laila kahkahkah. Oh ada satu cerita best. Ada satu hari ni, Laila ada mesej aku.
Dia send gambar sorang perempuan ni & tanya aku kenal tak perempuan tu. Aku kenal sangat. Salah satu bekas cinta monyet Arif lah. Tapi sebab aku malas nak panjang cerita aku cakap saja aku tak kenal.
Malas nak bersoal jawab weh. Tapi gatal gak tgn aku ni mesej tanya Laila kenapa dengan perempuan tu? Laila cakap dia nampak Arif dok contact dengan perempuan tu.
Aku pun cakap lah, dah tanya Arif tak. Laila cakap dah. Arif kata tu kwn2 lama selalu lepak sama dulu. Sebab tu Laila tanya aku.
Tapi aku tetap denied lah. Aku cuba lah tenangkan Laila walaupun Laila bukan lah mengadu pun dengan aku. Dia cuma nak tau siapa perempuan tu dalam hidup Arif.
Aku cakap kau jauh lagi cantik dari perempuan ni Laila. Kalau Arif nak buat hal dengan perempuan ni memang dia bodoh lah. Laila tak balas pun mesej tu cuma Laila cakap, jangan bagitau Arif eh aku tanya kau ni.
Aku pun tunggu2 lah kot2 Arif nak cerita pasal perempuan tu. Kalau aku buka cerita tak ke kantoi. Tunggu punya tunggu berminggu tak jugak Arif cerita. Mungkin taknak buka pekung. Jadi aku pancinglah. Aku bagitau Arif yang aku ada terjumpa perempuan tu (buat2 cerita saja).
Dan ye Arif pun cerita pasal dia contact dengan perempuan tu dan kantoi dengan Laila. Arif kata takde niat apa pun cuma nak tanya khabar.
Kalau nak berscandal ke apa buat apa dia simpan mesej tu. Tapi punca Laila suspicious sebab mesej perempuan tu memang gedik2 pun. Aku pun apa lagi kaw2 basuh Arif. Aku cakap kau takyah lah nak mesej2 tanya kabar bagai. Dari nak tanya kabar saja terus jadi benda lain nanti.
Takde hal bikin hal. Arif gelak saja. Pastu dia cakap aku tak nak buat dah weh sebab 3 hari Laila bagi aku silent treatment. Makan pakai aku semua tetap terurus tapi Laila tak cakap dengan aku sepatah haram. Trauma aku weh kata Arif.
Pastu Arif ada gak tunjuk mesej dari Laila bunyi lebih kurang macam ni la. ‘jangan tipu2 i sebab satu hari Allah akan tunjuk gak. Kena tipu lagi sakit daripada tau hal sebenar. Tolong terus terang even susah macam mana sekali pun, even benda tu akan kecewakan i. Kita boleh berbincang’.
Lebih kurang macam tu lah. Panjang mesej tu aku tak ingat dah yang lain. Tapi lepas baca tu, tiba2 rasa sakitnya tu disini hahahaha. Rasa macam jatuh cinta gila2 punya weh.
Respek dengan cara Laila handle masalah. Tak melatah. Arif pun cakap bila kantoi tu Laila takde pun nak mengamuk, tinggi suara marah2 ke apa. Alahai Arif kalau kau buat perangai gak kau memang hati kering lahh.
Dah panjang sangat pulak cerita ni wehh. Tapi banyak lagi aku nak cerita. Tapi jangan lah kecam aku ye. Apa yang aku rasa ni memang aku pendam saja sorang2. Tak siapa pun tau.
Kalau ada perjumpaan kawan2 pun & Laila ada sekali aku cuba untuk tak selalu tengok dia dan tak bertentang mata. Debar teruk wehhh.
Biarlah hanya aku & Allah yang tau. Aku harap Arif jaga Laila baik2 & dorang bahagia sampai ke akhir hayat.
Tapi kan, kalau kita masuk syurga kita boleh mintak apa saja yang kita nak kan? Boleh tak aku nak mintak Laila jadi isteri aku kat syurga?
Hahahahaha. Ok bye guys Assalamualaikum. Jom lah kita bercerita kat ruangan komen pulak ye hehehe.
– Ed (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit