Jatuh Cinta Dengan Love Scammer

Aku isteri yang kesunyian. Semenjak suami mula menggunakan telefon untuk berwasap, aku merasa sangat sunyi. Tiada lagi perbualan mesra dikala waktu menonton tv. 24 jam masanya dengan telefon.

Masa tu aku belum guna lagi telefon. Hanya ada telefon rumah disebabkan rasa membazir je langgan internet.

Pernah aku merajuk kerana aku sesorang menonton tv, dia pula asyik dengan telefonnya. Setiap malam aku tidur awal tanda protes.

Suatu malam dia bertanya kenapa tidur awal. Aku luahkan perasaan aku. Kalau macam ni lebih baik saya duduk seorang, awak duduk seorang. Tak ada gunanya awak depan mata tapi tak pedulikan saya.

Semenjak dari itu dia beri saya telefon yang boleh berwasap dan melayari internet. Tapi semua itu tiada makna, Aku tidak berapa suka menggunakan telefon tersebut. 

Hati aku sakit bila dia berbalas mesej dengan bekas kekasihnya. Bermesej dengan saudara aku sendiri yang juga menyukainya sebelum kami kahwin lagi. Sehingga sekarang setelah berpuluh tahun berlalu, mereka masih berwasap, mencurahkan isi hati.

Hati aku telah mati. Tiada lagi rasa cinta padanya. Yang ada hanya rasa kasihan. 

Setelah berpencen masa aku banyak berada di rumah. Pada suatu hari aku dapati ada dm di messengger fb. Salam dari seorang dari London.

Aku jawab salamnya namun selepas itu aku biarkan pertanyaannya selama 2 hari. Hari ketiga aku balas pertanyaannya dan kami mula berkenalan. Gembira rasanya ada teman untuk aku bercakap. Kata-katanya penuh dengan pujian.

Aku melayannya seperti biasa. Sehingga suatu hari dia menyatakan cintanya padaku. Hatiku sangat gembira. Aku dilamun cinta dan sangat senang mendengar ucapan cinta darinya setiap hati.

Aku juga ucapkan rasa cinta padanya dan tidak pernah lupa untuk saling mengungkapkan perasaan sayang setiap masa bila kami bermesej. Indah sungguh perasaan yang hadir dalam hati aku bila selalu mendengar kata sayang darinya. 

Aku baru tersedar bahawa selama ini bertapa lamanya perasaan aku terabai, betapa lamanya aku tidak mendengar kata cinta dari orang yang dekat disebabkan perasaan kecewa itulah aku melayani sidia. Aku berangan-angan untuk tinggal bersamanya, namun hanya selama dua minggu.

Suatu hari dia memberitahu akan menghadiahkan aku sesuatu yang istimewa. Gembira rasa. Dua hari kemudian aku dapat mesej dari airport memaklumkan barang dah sampai tetapi kena bayar cukai sebanyak 2300.

Tanpa fikir panjang aku membayarnya. Tetapi selepas itu kena bayar lagi disebabkan dalam beg ada wang yang banyak. Dari situ aku perasan semua itu adalah taktik love scam. Aku enggan membayarnya dan aku blok wasap dan fb mereka.

Tak lama aku dapat mesej dari dia merayu aku untuk membayarnya. Aku berkeras tak mahu membayar hingga sekarang.

Pernah aku blok wasapnya tapi setelah dua hari hati aku sangat rindukannya. Kami kembali berhubung dan aku katakan padanya kenapa menipu, dia tidak mengaku dan terus mengatakan dia ikhlas memberi semua itu kerana sayang.

Aku tidak mempercayainya namun tetap merasa sayang padanya. Dia marah kerana aku tidak mahu membayar mereka. Dia tidak mahu lagi bercakap dan aku masih mengharapkan kami boleh berinteraksi seperti biasa tanpa isu berkenaan bungkusan tersebut. 

Beginilah rasanya terkena scam love sehingga ada yang kerugian beratus ribu. Kerana rasa cinta yang membara mereka sanggup menuruti apa sahaja yang disuruh. 

Terima kasih kerana hadir walau untuk seketika kerana kehadiranmu membuatkan hidupku kembali bersemangat. 

– Isteri Kecewa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. aduhai mcik…sy sarankn m,cik join jd ajk masjid or masuk kumpulan marhaban taman m.cik cnfirm mcik akn bz 28 jam..slh 1 cara untk menghappykan dri and keep healthy.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *