Jatuh Cinta Dengan Staf Sendiri

Assalamualaikum. Aku Asif umur 39 tahun. Aku ada sebuah kedai jual barangan elektrik. Aku nak cerita aku jatuh hati pada staf aku, aku namakan dia D, umur 25 tahun, sekarang.

Aku nak ingatkan, ceritasedikit panjang. Harap tak bosan baca kisah aku.

Beberapa tahun yang lepas, aku buka jawatan kosong. Masa tu aku nak cari 3 staf perempuan. Aku pun pilihlah 3 orang budak perempuan dalam ramai-ramai yang mohon, tak ada lah budak sekolah, maksud aku perempuan antara umur 20 – 23.

Aku kan dah berumur jadi bagi aku umur awal 20an tu masih budak. Macam biasa, aku suruh 2 orang budak perempuan yang aku dah pilih mula kerja minggu depannya.

Satu hari, aku dapat mesej daripada seorang budak perempuan, nama dia D. Aku tak kenal dia masa ni lagi. Dia tanya ada lagi ke kerja kosong, aku balas kerja kosong dah tak ada, kami dah dapat staf baru. Aku minta maaf dan doakan dia dapat kerja lain yang lagi bagus. Setakat tu je kami whatsapp masa tu.

Pada hari pertama masuk kerja untuk staf baru kami 2 orang tu, salah seorang tak datang. Aku pm call semua tak balas. Geram pula aku budak ni, tak serius betul nak kerja.

Aku pun teringat D. Aku teringat dia sebab masa dia pm aku tanya kerja kosong, ayat dia sopan dan teratur betul. Ada salam, ayat dia tersusun tak ada short form serabutkan mata dan last sekali pun bagi salam, siap doakan perniagaan aku bertambah maju.

Dalam hati aku masa tu terdetik, mesti budak ni baik jarang orang nak balas macam ni. Aku tak sangka budak ni akan mengubah hidup aku lepas ni hahahahahaha.

Aku pun pm D, aku tanya dia masih berminat lagi ke nak kerja sebab ada staf baru tak datang, rezeki awak kalau awak nak. D cakap dia masih mencari kerja lagi, dia setuju nak kerja dengan aku tetapi dia hanya boleh kerja sekejap je, kalau dia dapat sambung belajar dia nak berhenti. Dia beritahu aku siap-siap kalau aku setuju pasal hal ni.

Aku kata boleh, janji nak berhenti beritahu je nanti. Aku suruh dia masuk kerja esok terus, dia setuju lagi pun katanya dia bosan duduk rumah.

Hari pertama jumpa D. Kecil, cute orangnya, rendah lebih kurang takat dada aku je…Tinggi 150cm, berat dalam 45kg. Pakaian dia simple, blaus panjang, skirt dan bertudung bawal labuh. Dia bekas budak sekolah agama. Dia berkulit putih macam aku, dia ada lesung pipit di pipi kiri. Muka ada mix sikit, cantik orangnya dengan penampilan gaya muslimah.

Pandangan pertama aku pada dia hanya sekadar seorang budak perempuan lagi walau pun dia cantik aku anggap dia adik-adik je, yelah dah lah badannya kecil, umur pun baru 21. Aku pula bukan muda lagi, adik lah bagi aku.

Dah masuk 3 bulan dia kerja dengan aku.. Kerja semua bagus, prestasi kerja, kehadiran semua tip top. Aku senang dengan dia, apa aku suruh cepat je dia buat.

Ramai-ramai staf aku, dia antara staf paling bagus pernah kerja dengan aku. Dia pun peramah orangnya, tetapi still jaga ikhtilat tak pernah pandang aku atau mana-mana lelaki betul-betul, dia selalu tundukkan pandangan bila bercakap.

Kalau aku dan dia macam dekat, dia akan menjarakkan dirinya daripada aku. Kalau staf lain tak ada, tinggal aku dan dia je dalam kedai dia akan duduk jauhhhhhh dari aku, cakap pun sepatah dua yang perlu je. Aku pun faham dia perempuan yang menjaga semua tu. Kalau masa ada staf lain, dia boleh cakap banyak dengan aku..

Kadang dia bergurau dengan aku “Bos bila nak kahwin? Jangan lama bos, bos bukan muda lagi”.. Aku gelak je. Masa ni aku belum jatuh cinta dengan dia.

Ni part aku jatuh cinta dengan dia. Masa tu tinggal sebulan lagi dia nak berhenti kerja, alhamdulillah dia dapat sambung degree di universiti sebelah utara tanah air. Lepas dia beritahu aku yang dia nak berhenti kerja lagi sebulan, aku jadi tak keruan. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku. Aku rasa sedih weiiiiii..

Tak pernah pernah aku rasa sedih staf-staf aku berhenti sebelum ni, tetiba tang budak seketul ni aku sedih pilu apa semua. Aku dah kena sifir ke apa ni dengan budak ni? Hahahahahahaha. Aku banyak soal diri aku, hati aku kenapa aku rasa macam ni.. “Kau sayang dekat dia ke Asif?”… “Budak tuuu, kau sedar ke dia budak?”…

Ya budak tu buat aku rasa tak aman, tak selesa semua ada. Kedai aku yang beraircond pun aku boleh jadi berpeluh kalau D tu ada. Sejak dari tu aku dah tak fokus. Hari-hari yang tinggal tu aku rasa aku macam meratap dia akan pergi…… Dalam hati je, takkanlah aku nak meratap real. Yang paling sadis, aku tak tahu kenapa aku jadi tergagap bila bercakap dengan dia.

Dia pernah tegur aku “Bos, kenapa bos tergagap?” malunyaaa akuuuu.. Aku tergagap sebab kau lah budak, nak je aku cakap begitu. Ada tu aku nak bagi dia buku jualan.. Sekali tangan aku terketar-ketar. Dia pandang aku pelik je. Jemmmm hidup aku, memang sah aku dah gila teruk, aku gilakan D tu.

Dia masa tu belum nampak ciri-ciri kewanitaan, yelah baru umur 21… Macam budak lagi, gaya budak sekolah agama…Gitu lah dia, tak bergaya langsung. Tetapi aku tak tahu kenapa hati aku jadi begitu berdebar-debar dengan dia sejak kebelakangan ni.

Ada je kawan-kawan perempuan aku yang sebaya aku yang begitu feminine bergaya dll tak ada pula aku tertarik dengan mereka. Kali terakhir aku suka seseorang, masa aku umur awal 20an dulu, masa aku belajar di universiti. Cinta monyet je.. Sempatlah aku couple dengan si monyet tu 2 tahun sebelum dia curang.

Aku tak kahwin sampai sekarang bukan sebab ex aku ya, tak kuasa aku fikir ex aku lama-lama. Ntah jodoh aku tak tahu sesat ke mana, dah hampir nak jadi teruna tua dah aku tunggu.. Ke D jodoh aku? Patut lah aku dah nak tua bangka dia baru muncul.. Hahahahahahaha.

Dia pun berhenti kerja dengan aku… Ya Allah aku rasa hidup aku macam tak bermaya, aku dah tak boleh tengok dia lagi dah, 5 bulan juga dia kerja kedai aku. Aku tak ada mood pergi kedai, kalau aku di kedai aku terbayang D pernah duduk situ, D berdiri layan customer dekat situ, mana-mana di sudut kedai aku terbayang macam dia kerja dulu.

Aku tahu aku dah jatuh cinta dengan staf aku tu. Aku rindu sangat dia. Macam mana aku nak beritahu dia yang aku dah angau sangat dah dekat dia. Mesti dia tak boleh terima kalau aku cakap aku suka dia. Yelah aku dah berumur lagi sikit nak 40. Dia baru 21… Aku tak ada lah nampak tua, orang selalu kata aku muda dari umur sebenar…

Kawan-kawan kata aku muka jambu, dengan berkaca mata lagi menampakkan aku spesis cute kata mereka…. Ada orang teka umur aku masih 20an padahal aku dah 36. Aku ada masalah uban, orang lain tumbuh uban lewat… Aku masa akhir 20an dah beruban…

Awal 30an uban aku dah banyak, ini dah nak akhir 30an lagi lah memutih kepala aku. Lagi menampakkan aku macam tua… Dia sudahlah badan kecil, macam budak sekolah dah gamaknya. Aku macam bapak orang dengan rambut beruban gini huhuhuhuhuuuuu……

Tinggi aku 180cm, berat aku 85kg…. Dah macam gergasi dengan budak kecil hahahahahahaha…. “Sesuai ke aku dengan dia??” jangan nak kata kenapa aku tak warnakan rambut aku, aku suka rambut aku beruban putih, nampak sangat bergaya macam richard gere dalam pretty woman hahahahahahahaha.

Aku dah macam cacing kepanasan fikir macam mana aku nak confess perasaan aku, aku risau dia belajar sana takut dipikat orang lain. Yelah dia dah lah comel gila. Aku tekad, aku mesej dia aku ajak nak jumpa. Dia tak nak jumpa aku, dia kata mesej je kalau ada apa-apa nak beritahu. Aku kata kena jumpa juga, senang nak cakap depan lagi. Dia tak nak juga..

Adehhh jemm, so aku pun terus confess dalam whatsapp. Dia baca tetapi berhari dia ignore mesej aku. Aku pm dia semula tanya kenapa dia senyap, esoknya baru dia balas dia cakap,

“Saya tak tahu nak cakap macam mana dengan bos, bukan sebab saya dah ada boyfriend.. Saya memang tak ada boyfriend, saya tak pernah couple seumur hidup saya. Saya rasa bos tak boleh macam ni. Saya nak kejar cita-cita saya, saya tak sesuai dengan bos, bos memang baik sangat tetapi maaf saya tak boleh balas perasaan bos”.

Aku cakap kat dia, yang aku bukan nak ajak dia kahwin segera. Dia boleh belajar lama mana dia nak, cuma berilah aku peluang tunggu dia. Bukan nak ajak couple ke apa. Dia tak balas dah. Tak lama lepas tu dia block nombor aku… Aku pm dia dah 1 tick sampai ke sudah, gambar profile pun dah lesap.

Hahahahahahaha menangis tak berlagu. Memang aku menangis, keluar airmata jantan aku, aku kena reject. Aku memang jenis keras, tetapi kena reject dengan dia sakit gila. Tak pernah aku rasa sesakit ini. Mandi tak basah tidur tak lena……

Walau pun aku dah berumur tapi aku tak ada rasa nak kahwin, sebab tu aku rilek je selama ni. Aku pun tak ada suka sesiapa selama ni, ada yang nak serius dengan aku, aku tak nak aku tak berminat. Siapa yang suka aku, aku cakap kita kawan je. Aku tak suka buat orang sedih….

Bagi aku, sayang seseorang tak salah….. So aku akan cakap kita berkawan je. Aku tahu sakit kena reject, dulu masa form 5 aku kena reject sampai berkawan pun dah tak boleh. Segala kebaikan aku terus dia lupakan, dia anggap aku macam orang asing hanya kerana aku confess je.

Sakitnya terluka tanpa darah ni. Jadi aku takkan buat orang macam tu. Aku juga takkan paksa diri aku terima orang… Aku sejenis orang yang susah nak sukakan orang. Kalau dah suka jadi macam ni lah. Hmmmm…

Setahun berlalu sejak dia berhenti kerja, aku pun diam je. Aku tahu rumah D. Nak je aku jumpa abah umi dia masuk meminang. Itulah, aku tak nak serbu macam tu. Aku nak D boleh terima aku dulu, baru aku buat step-step lain. Aku ada tanya orang sekampung dia tentang keluarga D. Abah umi D orang yang berkerjaya, abah dia pensyarah, umi dia kerja kerajaan.

Jarak rumah D dan aku hanya 20 minit je. Aku pernah terserempak dengan D masa dia cuti semester di mall dekat sini.. Dia keluar dengan umi dia. Aku tegur dia pun sebab aku terlalu dekat dengan mereka, dia terkejut tengok aku. Aku pun terkejut tengok dia, nak lari dah tak boleh sebab dah terlalu dekat jadi aku tegur je lah.

Dia kenalkan aku bekas bos dia pada umi dia. Aku masa tu, berpeluh-peluh… Ada tergagap sikit masa aku bercakap dengan dia dan umi dia… Mall yang sejuk tu tetiba je jadi panasssssss…. Lepas je dia orang pergi, aku cepat-cepat blah cari nyawa.. Macam melayang nyawa aku dengan berpeluhnya.

Aku duduk dalam kereta dengan perasaan yang sangat terkejut, ya Allah aku rindu gila dia. Setahun baru jumpa dia. Aku perasan D pun gelabah tengok aku, dia pun siap tergagap-gagap lagi masa bercakap dengan aku. Apa kess….

Masa berlalu macam tu je, kami tak pernah jumpa lagi selepas tu. Kadang aku pergi mana-mana aku selalu intai-intai mana tahu ternampak dia. Aku pun tak pernah cuba contact dia. Aku tak nak dia fikir aku kacau dia.. Nanti lagi rumit hubungan kami. Aku pun tak tahu dia dah unblocked whatsapp aku ke belum.

Aku macam biasa, rasa rindu yang kuat dan rasa sayang amat tak pernah hilang pun. Hanya mampu doa je semoga dia dan aku dipertemukan semula dan ada jodoh. Perit juga gila bayang ni. Aku tahu akaun facebook, instagram dan tiktok dia. Yelah dia buat nama dia, senang aku jumpa. Aku tak nak follow dia, aku tak nak dia fikir aku stalk dia.

Hanya kekadang aku rindu aku search akaun-akaun medsoc dia tengok post, gambar dia. Budak-budak sangat dia lagi, dia enjoy dengan life dia sebagai student dengan kawan-kawan dia. Happy je aku tengok dia. Dia pernah beritahu aku yang dia tak akan couple @ ada boyfriend. Dia tak nak buat dosa bercinta sebelum nikah. Dia nak kahwin terus, bercinta selepas kahwin.

Aku pun tak kuasa nak bercinta, dengan umur aku dah lewat aka teruna tua kalau jumpa sesiapa yang aku berkenan aku nak ajak nikah terus. Mama aku pun dah bising nak menantu. Abang long, kak ngah, dan adik aku 2 orang lagi pun dah selamat semuanya ada keluarga masing-masing dan beranak pinak. Aku je yang masih single.

Aku tahu mesti dia takut aku ajak nikah sebab aku dah berumur dia pula muda gila lagi. Aduhhhh, sesak dada aku ni, tak pernah aku suka orang begini sekali. Dulu aku bercinta dengan ex aku tak ada pula aku rasa berpeluh, terketar, tergagap… Aku sah positif terkena penyakit angau, aku dah gila bayang. Aku rindu dia sangattttttt.

Nak pm tak berani, aku tak tahu apa aku perlu buat, aku tak nak paksa dia suka aku. Aku risau kot-kot dari ada harapan sikit jadi tak ada harapan langsung. Jadi aku biarkan diri dia dengan harapan Allah jaga dia dari jantan-jantan lain……

“Tangis diri musnahkan ku.. Sayu hati ku telah menanti.. Menanti kamu tiap waktu.. Ku sedar bukan kuasa ku.. Hanya tuhan yang bisa memberi.. Cinta dia maha indah.. Ditakdirkan bersamaaaa”.

Awal tahun lepas, aku saja lalu area rumah dia, kata orang tengok bumbung pun jadilah. Aku buat 2 3 kali juga lah perangai ni hahahahahaha. Yelah rindu punya pasal. Dia bukan ada pun, dia dekat universiti sana. Alang-alang dah masuk waktu solat aku singgah masjid berdekatan rumah dia. Aku jumpa abah dia datang solat.

Terkejut aku, aku pernah tengok gambar keluarga D aku cam abah dia. Aku pergi salam dengan abah dia lepas dah selesai solat. Abah dia tanya aku orang mana tak pernah nampak pun sebelum ni. Yelah masa solat tadi sebaris pendek je makmum, bukan waktu solat maghrib ke apa, ini waktu asar… Berapa kerat je orang kampung datang, semua orang tua.. Aku je yang muda.

Aku cakap aku lalu kawasan ni kebetulan dah masuk waktu aku singgah solat. Padahal aku pergi tengok rumah dia tadi hahahahahahaha maafkan saya pakcikkkkk… Tengah aku borak dengan abah dia sambil berjalan keluar pintu masjid, sekali tengok umi dia tengah tunggu abah D dekat tangga masjid.

Alamak mati aku….. Mesti umi dia cam aku. Memang betul, umi D cam aku. Dia kata “Eh macam kenal, kawan D ke?” Aku gelabah biawak terus “Aah makcik, saya Asif kawan D”. “Ini abah D”, kata umi D…. “Laa abah D ke, kecil dunia ni boleh juga saya kenal abah umi D”…”D ada ke makcik dekat rumah?”…”D belum cuti semester lagi sekarang, nanti free datang la jalan-jalan ke rumah ya?”.

Ya makcik, insyallah saya akan pergi rumah makcik bawa rombongan nanti… Dalam hati je lah mampu cakap hahahahahaha. Aku rasa bahagia gila boleh jumpa abah umi dia, patut lah D tu baik bagus perangainya, cakap pun sopan….Rupanya abah umi dia pun bagus. Rasa macam level harapan aku makin tinggi sikit lepas jumpa abah umi dia hahahahahaha.

3 tahun aku lemas dalam bayangan D tu… Yelah jumpa apa pun tak boleh, memang aku tergila dekat bayang je lah. Last aku jumpa dia dekat mall tu. Lepas tu tak pernah jumpa dah.

1 hari nak dijadikan cerita.. Masa tu aku duduk cek stok dekat belakang, staf aku panggil aku cakap ada orang nak jumpa. Memang terkejut rasa nak pengsan bila ternampak D. Rupanya umi dia suruh panggil aku, dia nak beli periuk elektrik. Umi dia lah suruh D bawa dia ke kedai aku. Mesti D tu tak mahu, tetapi dia tak boleh melawan, dia kan anak yang baik kikikikikikikiki….

Aku terkejut tengok D macam nak luruh jantung aku. Lama betul tak jumpa dia. Aku rindu gila dekat dia, umur dia dah 24. Dia sangat lah cantik, dah tak ada rupa budak lagi dah. Semakin lawa orangnya… Apa lagi auto aku jadi gelabah berdebar berpeluh ketar-ketar gagap… Cukup semua simptom penyakit gila anak dara orang datang serentak.

Aku tak tahu muka aku masa tu macam mana, mesti muka aku merah tak pun pucat. Aku tengok D pun gelabah biawak juga tengok aku… Muka dia jadi merah bila aku pandang dia. Aku tak pasti umi D dan staf aku perasan ke tak wajah kami berdua. Suasana tetiba jadi janggal amat. Aku rasa nak lari menyorok.

Aku kuatkan hati melayan umi dia. D cuma diam je tengok aku melayan umi dia. Ada 1 moment aku tak boleh lupa, bila umi dia bayar dekat aku, resitnya umi dia suruh D ambil. Aku tengok muka dia sambil hulur resit, sekali dia jeling aku tajam. Mungkin dia geram dengan aku sebab merenyam sukakan dia hahahahahaha.

Lepas hari dia datang kedai aku, aku tak boleh duduk diam. Macam mana aku nak buat dia sukakan aku? Aku nak sangat jumpa dia, cakap dengan dia secara berdepan… Kalau dia reject aku, aku nak dia reject aku depan… Dia dah nampak matang sekarang, mungkin hati dia dah berubah boleh terima aku, apa salahnya aku tanya dia sekali lagi.

Aku penat tanggung rindu, sayang dekat dia bertahun macam tak ada kesudahan… Sebenarnya aku memang tunggu dia. Yelah mana lah tahu lepas dia habis belajar hati dia terbuka untuk aku. Aku cuba pm dia dekat whatsapp, dia dah tak block aku lah… Mesej aku double tick. Aku pm dia, aku nak jumpa dia… Hari dan waktu dan kat mana aku bagi dia yang tetapkan, aku ok je.

Dia balas mesej aku beberapa jam lepas tu, dia kata ok, lusa jumpa dekat mall cuma dia nak bawa 2 orang kawan dia teman dia. Aku setuju janji dia boleh jumpa aku. Sejak tu aku tak boleh nak tidur, jadi tak senang duduk semua ada… Aku takut dengan keputusan yang akan aku dengar dari dia….

Sebenarnya aku takut nak terima kalau dia tolak aku. Aku dah terfikir kalau dia tolak aku, aku mungkin akan tunggu dia lagi sampai dia terbuka hati. Teruk juga aku ni kan, memang teruk penangan cinta dia terhadap aku.

Hari yang ditunggu dah tiba, aku awal lagi dah bertolak. D nak jumpa aku di restoran dalam mall tu. Aku masuk je restoran tu, dia dah ada dengan kawan-kawan dia rupanya… 3 orang kawan dia bawa, ramainyaaa… Bertambah gugup aku jadinya.. Semua dah macam ustazah termasuk D…

Aku tahu D memang perempuan muslimah, bertudung labuh kejap pakai bawal kejap pakai shawl. Kami semua duduk semeja. Aku kata, “Assalamualaikum saya lewat ke?”…”Waalaikumussalam eh tak, kami yang awal encik” kata mereka. Aku sarankan kami makan dulu sebelum bercakap hal yang serius.

Selesai kami makan, aku pun mula bercakap… Aku punya berdebar tak tahu nak cakap…. Seram sejuk jadinya. Sekali kawan baik dia tanya aku, “Encik Asif boleh saya tahu umur encik Asif?” aku cakap aku dah 38 tahun ni. Dia orang terkejut cakap “eh kenapa rambut encik dah beruban banyak? Umur tak ada la tua mana, muka pun muda lagi”….

Aku gelak je lah, aku cakap aku banyak fikir kot itu yang rambut aku cepat beruban. Memang ramai orang tanya pasal rambut aku, aku tetap dengan pendirian aku tak akan warnakan rambut aku, aku suka begini.

Teringat abah umi D pon pernah tanya umur aku masa aku jumpa mereka dekat masjid dulu, sebab aku banyak uban kata mereka.. Abah D cakap muda sangat lagi, uban bukan masalah pun asal bukan penyakit hahahahahahaha.

Ok kembali kepada situasi dalam restoran tadi. Aku pun beritahu tujuan aku nak jumpa D hari ni… Aku memang ikhlas nak serius dengan dia, nak peristerikan dia. Aku cakap aku dah lama tunggu dia sejak dia umur 21 lagi dan aku tak kisah dia nak belajar ke, nak kerja apa ke…. Nak kejar cita-cita dia dll aku takkan jadi penghalang semua tu. Aku hanya nak dia terima aku je sebagai suami dia.

Aku tengok D tenung ja air dalam gelas depan dia tu mungkin dia tengah berfikir nak hadam apa aku cakap.. Semua tekun dengar apa aku cakap dengan kawan-kawan dia sekali senyap.. Aku pun tanya boleh ke sambil pandang D… Kawan-kawan dia termasuk aku semua tengok D…”D kau dengar tak encik Asif cakap?”…

D macam terkejut, dia kata dengar. Dia kata dia tak ada masalah pun dengan aku… Umur aku dll… Dulu masa dia tolak aku sebab dia memang terkejut sebab yelah masa tu dia sangat muda lagi. Dia pun tak pernah terfikir nak nikah semuda tu.

Sekarang dia dah 24, nak tak nak kena juga fikir pasal jodoh katanya. Lagi pun tengah tahun depan nak habis belajar, nanti abah umi dia pasti carikan dia jodoh atau ada orang akan datang meminang dia.

Lepas tu dia cakap dekat aku, boleh ke aku bercakap dengan abah umi dia pasal hal ni. Kalau abah umi dia ok, dia setuju terima aku. Ya Allah gembira betul aku dengar… Aku kata insyallah aku akan jumpa dengan abah umi dia bercakap pasal ni nanti.

Selepas sebulan dari hari kami jumpa, aku pm D minta izin nak datang rumah dia jumpa abah umi dia. Masa tu D dah masuk belajar semula. Aku pergi seorang diri ke rumah D. Aku macam tak percaya aku dalam situasi sekarang, nak minta izin untuk peristerikan seorang gadis yang aku paling sayang daripada ibubapanya.

Berdebar tak tahu nak cakap, macam-macam doa aku baca supaya abah umi dia dapat terima aku. Abah dia sambut aku depan pintu rumah. “Jumpa lagi ya kita”, kata abah D. Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Banyak kami borak petang tu, abah umi dia banyak bercerita pasal D masa kecil sampai lah besar sekarang.

Tujuan aku datang petang tu pun aku belum beritahu, mungkin D dah cakap sebab tu abah umi dia bercerita pasal D je. Sekali abah umi D tanya aku bila aku nak buat majlisnya…Terus aku terkejut “Haaa, maknanya setujulah ni ya saya dengan D?”… “Saya belum beritahu tujuan saya datang lagi ni…. Pakcik makcik pun tak kenal saya lagi”.

Abah umi dia tersengih sambil cakap dia orang dah siasat aku siapa takkanlah dia nak jodohkan anak dia orang dekat orang tak kenal asal usul…. Adehhh hahahahahahaha betul juga tu… Abah D tanya kenapa tak beritahu awal dulu niat aku. Kalau ada orang datang nak minta anak mereka, mereka buat mudah-mudah je.

Aku cakap masa tu awal sangat lagi, D pun muda sangat lagi masa tu. Aku rasa nak melompat, gembira tak tahu nak cerita… Tetiba aku rasa sebak, aku boleh termenangis depan abah umi dia, nasib baik lah masa tu abah umi dia je ada. Umi dia cakap “Asif kenapa menangis? Ini kan berita gembira”…”Tak makcik..Saya gembira sangat, saya menangis sebab dah lama saya tunggu dia”…

Dengan abah umi dia sekali sebak petang tu hahahahahaha. Tunggu dia memang 3 tahun tapi sebelum tu aku membujang jadi teruna tua sebab dia juga, tunggu dia besar dulu… Lama kan. Hahahahahahahaha.

Aku pendekkan cerita….. Aku malas nak buat part 2, cerita ni pun dah panjang betul. Sebenarnya aku dah nikah dengan D awal tahun baru ni, sudah hampir 5 bulan kami disatukan sebagai suami isteri. Pada hari aku jumpa abah umi D untuk minta izin nak peristerikan D, aku cakap aku nak buat majlis pernikahan kami segera boleh tak? Abah umi dia setuju je.

Selepas beberapa kali berbincang, kami dua buah keluarga sepakat aku dan D dinikahkan semasa D cuti semester sebelum ramadan hari tu. Sekarang ni akulah lelaki paling gembira, dapat hidup bersama dengan orang paling aku cintai. Masa kami dah jadi suami isteri, aku tanya D kenapa dia terima aku…. Yelah aku dah berumur.

D cakap masa kali pertama aku confess dekat dia, dia selalu teringatkan aku… Dia bukan suka aku pun awal tu, sebab aku dah berumur dia muda lagi tak pernah fikir nak kahwin awal tetapi dia tak pernah lupa aku. Kami jumpa di mall, yang dia bersama dengan umi dia tu…

Dia terkejut sangat tengok aku tetiba ada depan dia. Jantung dia jadi berdebar, dia jadi gagap dan terketar-ketar… First time dia rasa macam tu, aku kata itu tanda jatuh cinta sayang…. Dia menafikan yang dia dah jatuh cinta dengan aku hahahahaha tak mahu mengaku konon. Dia cerita dia banyak buat solat sunat supaya kalau ada jodoh dengan sesiapa bagi Allah mudahkanlah urusan tu.

Waktu umi minta nak pergi kedai aku, dia rasa tak sabar nak tengok aku, lama tak tengok aku katanya… Bila sampai sana dan aku ada, dia rasa nak balik pula sebab terlalu berdebar… Lagi-lagi bila kami bertentang mata dan dia rasa lagi apa yang dia rasa macam jumpa aku dekat mall dulu.

Ntah macam mana dia terdetik kalau aku pm dia lagi untuk peristerikan dia, dia akan bagi aku peluang… Itu yang bila aku pm semula nak jumpa dia kata ok… Dia senang dengan semua hal tentang aku… Dulu waktu kerja dengan aku, dia anggap aku seorang abang je.

Sekarang dia fikir dia patut bagi aku peluang… Dia tak nampak kekurangan aku yang boleh dia tolak aku… Dia kata aku ada semua ciri-ciri suami yang dia nak. Aku pun cerita juga apa aku rasa terhadap dia dari mula… Dia kata kesian aku lama dia tolak aku, 3 tahun.

Masalah sekarang ni bukan 3 tahun, 39 tahun aku cakap kat dia. Dia cakap alaaa bukan lama pun kan hahahahahahaha. Lepas ni dia janji akan selalu ada dengan aku, jadi isteri yang solehah yang cantik yang comel.. Alahaiii sayang sangat.

Kau orang tahu tak, aku tak pernah boleh nak bercakap hati ke hati macam ni dengan dia sebelum nikah. Selepas dia setuju untuk jadi isteri aku pun kami tetap macam biasa, tak pernah ada luahan hati ke hati ke apa. Aku pun pm dia tanya hal babitkan perkahwinan kami je…. Memang betul-betul kami bercinta selepas nikah. Aduhhh sweet gilaaa…

Aku bersyukur tak terhingga Allah kurniakan aku perempuan sebaik dia. Aku tak pernah terbayang aku akan nikah dengan orang yang aku sangat cinta sepenuh hati aku….

Di setiap malam sujudku
Aku berdoa dan meminta
Agar diriku selalu didekatkan
Dengan wanita pendamping hidupku
Tak henti henti ku meminta
Lebam hati menahan rasa
Aku pasrahkan segala inginku
Pelengkap genggaman jemariku

Sungguh indah sekali
Ciptaanmu yang sangat sempurna
Sehingga aku tergila gila
Ku menginginkannya
Tak pernah ku sangka
Ku akan menemukanmu
Pelita hati penglipur lara
Didalam hidupku

Ini bukan nukilan dari aku, ini lagu orang tau….

Sekarang isteri aku yang comel gila tu tengah exam final, ini semester last dia. Kau orang tolong doakan dia boleh jawab dengan baik dan lulus cemerlang. Aku malas dah nak taip ni…. Panjang gila hahahahahahaha.

Aku rindu isteri aku sebenarnya, nak kacau dia… Dia tengah study. Jadi aku terfikir nak tulis kisah cinta aku ni. Doakan kami dapat zuriat cepat yang comel-comel macam kami berdua ya.

Terima kasih sayang abang yang cantik, yang comel, yang manja sudi terima abang sebagai suami sayang. Abang akan sentiasa mencintai sayang sehingga akhir hayat abang. Abang love sayang so much, my cinta hati D.

Terima kasih sudi baca sampai habis.

– Asif (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Alhamdulillah..mashaAllah tahniah encik. Allah takkan sia siakan hambaNya. We need more of this!

  2. Alhamdulillah tahniah untuk encik. Ini cerita yang menyatakan usia bukan penghalang. Orang yang saya kenal pun ada juga ambil masa untuk kenal jodoh kerana yang minat mereka lelaki lebih muda. Terbalik dari cerita encik. Syukur comel-comel juga anak-anak mereka.

  3. Typical lelaki melayu. First thing yang dia nampak adalah rupa paras. Benda pertama yang kau describe pasal diri dia, muka dia. Kau kawen dengan dia sebab rupa dia je sebenarnye. Dah berisi nanti jangan cari yg lain ye

    • Kau baca ke tak ni? Bukan dia first2 tgk terus suka. Dh berbulan kenal baru dtg perasaan tu.

    • memang lah.. cantik pada pandangan mata dia.. apa yg tak puas hati sangat?

  4. ooo patutla, nak yang muda je ye. Lelaki memang suka perempuan separuh umur diorang ke? Selalu nampak pattern macam ni. Apa2pun tahniah, semoga bahagia ke anak cucu.

    • Daripada ambik yang umur baya2 kita perangai tak matang macam budak umur 16. Baik la ambik yang muda tapi matang. Yang paham je paham.

  5. Bestnya dengar cerita awak…sy dh lama kwin ni lupa dah mcm mne rasenya jatuh cinta…patut lah masa jumpa suami dulu dia berpeluh2 hahahaha…dh kwin die plak menyombong…eeww awak jgn cam gitu taw….

  6. Tahniah Bro. Alhamdulillah. Semoga kekal bahagia. Aku baca pun seronok ada Happy ending. Teringat bercinta dgn wife lepas kahwin. Sekarang pun masih bercinta walaupun dah nk dekat 20 tahun. Alhamdulillah

  7. Barokallahulakuma wa baraka alaikuma wajamaa bainakuma fi khair.

    Moga ikatan encik asif dan D dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

    Teringat kisah sy dgn suami,berconta selepas nikah juga. Walaupun situasi tak sama, tp boleh relate feeling tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *